Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Wednesday, July 13, 2016

[G.U.G.U.R 2.0]

'Saya nampak dia qowiy tapi kenapa boleh gugur'

Qowiy ni bukan urusan mulut
ia urusan hati bersama DIA

tidak tertulis pada dahi
tidak tercop di wajah
dan juga
tidak terjamin dengan tindakan

tapi kita yang masih ADA
TERUS
-buang perasan ragu
-berbuat dengan pasti
-berdoa supaya terus menjadi orang yang tinggal dalam dakapan DAKWAH ILLALLAH

[G.U.G.U.R]

Ingatkan datang hari fitrah (Eidul Fitri), gugur segala dosa. Rupanya dosa2 itu gugur bersama tuan (lemah jiwa) sekali.

Hilang nikmat tarbiyah
Gagal sebuah tarbiyah

Hanya kerana...
'nikmatnya merasai cuti'

Dakwah yg pastinya menjamin kesusahan dan kepayahan

Di rumah, yg pasti terjamin adalah kemewahan dan kesenangan
dan 'kebetulan' nafsu mencintai kesenangan

nah, apa lagi kalau keputusannya memilih kesenangan

Pabila dakwah juga turut beraya dan bercuti aidilfitri, maka kesan virusnya

-tiada lagi ruh dakwah harian kebiasaan dibuat
-syaitan mula menyapa jiwa
-kesenangan mula menghimpit
-keperluan dakwah mula menjadi less prioritas
-kepentingan hawa nafsu mula menjadi high prioritas

Dan jika virus itu terpalit pada kita,
lemahlah jiwa
dan pergilah kita bersma orang yang gugur.

...Wasatiyah...

Ketaatan adalah melaksanakan perintah
Kemaksiatan adalah pelanggaran terhadap perintah Pemikiran Moderat Hassan al-Banna-Bab Taat

Ketsiqahan hanyalah pada Allah
Kepada manhaj yg diikuti
Dan kepada pemimpin yg mengarahkan
Semua itu bermula dalam diri
Bukan kerana faktor eksternal
Pemikiran Moderat Hassan al-Banna-Bab Tsiqoh

...Melemah...

Antara punca gugurnya daie di medan dakwah

adalah kurangnya keinginan, kemahuan yang kuat terhadap dakwah.

Kalau dimedan belajar, kenapa kita strive ke arah pencapaian yg baik dan terbaik. strive 5A untuk UPSR, 9A untuk PMR, 10A+ utk SPM, 4.00 untuk matrik dan degree. Pemacunya x lain dan x bukan adalah disebabkan kemahuan untuk berjaya. rakus dunia, itulah manusia. X rela kejayaan itu berpindah milik pada org lain.

Tetapi kenapa di medan dakwah, merelakan kejayaan itu mnjadi milik orang lain?

'akh, antum lebih layak'
'ukh, anti lebih afdal'
'maaf, ana x bersama antum lagi'

kerana apa? tyelah kemahuan dan nilai keinginan dalam hati kalian. yg memberi alasan itu hanya pada mulut sedangkan hati sememangnya sudah tidak pingin untuk strive kepada akhirat.
dan lumrahnya hati adalah cenderung kepada keinginan untuk mudah dan senang. 

seandai keinginan itu kita turuti, jgn ditanya kenapa kita tidak tersenarai sbg ahli syurga kerana nk menjadi penghuninya adakah sekadar bergoyang kaki?
antum punya jawapan.

...Busy...

Sesak seharian aktivitas dakwah

Itu alhamdulillah.

Cuma kadangkala, sesaknya dada untuk mnyusun
Hanya Dia yg maha tahu.

Pesan murabbibku yg x dilupa

'Jgn pikir sempit. Ubah mind setting
InsyaAllah aku akan sentiasa ada masa
Instead of selalu melaungkn
Aku busy aku x de masa'


...Sabar...

Murabbi itu perlu sabar!

Binaan kita ndak semuanya persis malaikat.
Tercela dr dosa. kalau smuanya maksum,
x perlu murabbi agung, baginda nabi memulakan tarbiyah

Ada ketika 'kenakalan' mereka itu
Mmbuatkan kita hilang sabar

Lantas, teguran itu wajib
Dan yg paling penting dan utamanya
Berdoalah spy
Allah lembutkan hati dia
Dan
Mempercepatkan lgi, untuk dia faham

Jgn sgka semua taujihat kita
Membenaki minda mereka.
Yg membuka ruang untuk mereka fakih adalah Dia

Sentiasalah
Berdoalah agar kita terjumpa mutarabbi
yg juga mahu cintakan Dia.

Moga Allah sentiasa tuntun langkah para murabbiyyin dan mutarabbiyyin yg bersungguh atas jalanNya menjadi mu'min dan muttaqin.

...Bodoh...

Kalau kita rasa diri kita bodoh, Tolong lah sabar sehingga Allah bagi kefahaman dan fakih memahami dakwahnya.

Rata org merasakan bodoh lantas membuat lagi keputusan bodoh menjadikan kebodohan kuasa dua. makanya syaitan yg bodoh berjaya menawan si bodoh kuasa dua itu!!!

...Semakin...

Semakin tinggi ketaatan pada Dia

Semakin menggunung ujian
Semakin sakit tekanan

dan kerana semakin itu, yakinlah bahawa
semakin banyak Dia beri pahala.

...Selfish...

Kalau fikir letih kita, penat kita,
Islam akan mundur
sebab yg maju adalah kepentingan diri.

...Selekeh...

Wahai murabbi
perhatikan penampilanmu

bukan diminta tabarruj
cukuplah menjaga kerapian, kekemasan
dan yang paling penting
yang sedap mata memandang!

Sedangkan 
Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. 
kenapa perlu jadi murabbi selekeh?

kebiasaannya,
seorang daie yg baik, bila terlihatnya
terpamer keindahahan syurga.

kalau daie yang selekeh
masih nak diharap terpamer kelihatannya spt apa?
[facepalm]