Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Monday, August 31, 2009

My family

yang ni adik bongsu ana..umur dia 8 tahun..ana syg sgt kat dia..sape berani kacau dia, mesti
berhadapan ngan ana dlu..

My family

Ni gambar anak sulung kakak ana, kak nana...muka dia x ubah macam mak die, perangai pun
sama..Nama dia NURSHAHIRAH BINTI MOHD IZAZI..masa dia lahirkn berat dia 1.5 kg je..
kecik sangat sampai ana nak pegang pun takut..tapi kalau dia nangis, MasyaAllah nak pengsan
orang yg ada kat ctu. pye le kuat! skrg ni umur dia dh 4 tahun..

Friday, August 28, 2009

Salam Ramadhan Al-Karim

huhh...
dah lama x tulis something,
agak-agak nak dekat sebulan dahhh..
nak kta cbuk..ntah..ye kot! hehe
baru hujung mggu ni dpt rehat kt blik..
sempena bulan pose ni, nak ucap
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
AL-KARIM,
RAIKAN RAMADHAN, GANDAKAN AMALAN
kepada sesiapa sahaja yg membuka blog ana..

ana nak kongsi satu benda..
mggu ni u ana exam midsem..jatuh plak waktu pose..
tapi ana tahu banyak student cni banyak x study lagi
termasuklah ana sendiri..
Ana tgk ramai yg suke baca buku akademik dri bkak Al-Quran,
Rmai yg studi giler pyer hard smpai x pegi sembahyang terawikh..
tahu ler solat terawikh tu sunat..tapi kta bkan lakukan solat tu setiap
bulan..apa salahnya kta korbankan skit masa untuk Allah..
banyak keluhan dr kawan ana terutama melayu islam
"takutnyer exam esok".."uihh, aku tkut ler nk g exam esok, byk x studi lg"
kat cni kta bleh nampak betapa selfish nyer manusia di hadapan Allah.
takut mereka terhadap exam melebihi tkut kta kpada ALLAH,
dlm tidak sedar, mereka menghambakan diri kepada exam smpai terlupa
seruan Akhirat, smpai terlupa untuk takut kepada Allah..
astaghfirullahalazim...bersama2 kta mohom keampunan kepada Allah, ana juga
takut ana pernah melakukan perkara ini dalam keadaan yg tidak sedar.

saudara2 seislamku.
ana teringat satu kata-kata,
"kalau kta asyik mengejar dunia, akhirat akan berlari meninggalkan kta,
TETAPI klu kta mengejar akhirat, dunia akan berlari mengejar kta"
Yg mana yg kta mahukan?????..
tepuk dada tya hati di mana iman..
Akhirat nanti bkan exam yang menentukan amalan kita tpi
ALLAH YG SGT BERKUASA KEPADA KITA.. INGAT!

Akhir kalam..berdoalah pada Allah tanpa jemu dengan hati yg khusyuk,
tinggatkan amalan2 sunat dan letaklah Allah sebagai kekasih, sahabat no.1 kta..

Saturday, August 01, 2009

...from iLuvIslam...

Adakah Syurga Itu Murah?
www.iLuvislam.com


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ketika melintasi restoran-restoran makanan segera asing yang anda sendiri maklum menyokong pendudukan dan penjajahan Yahudi di Palestin, saya berasa amat pelik kerana setelah ada yang penat lelah turut sama mengikuti kempen mengutuk dan memijak serta barangkali membakar bendera Israel tidak berapa lama dahulu, namun tetap ada juga sahabat seagama kita yang terus sama menyokong dengan membeli barangan tersebut.
Logikal memboikot barangan Yahudi benar, saya mengakui yang jika pemboikotan besar-besaran berlaku terhadap produk Yahudi , maka ramai rakyat malaysia akan kehilangan peluang pekerjaan bahkan ada antara mereka yang sudah pun berjaya dan kaya raya dengan jawatan mereka. Mereka pula bahkan telah mampu mengerjakan haji dan mungkin sekali beramal dengan wang tersebut. Pemboikotan juga mungkin sekali barangkali akan menyebabkan kemelesetan ekonomi yang besar terhadap negara.
NAMUN jika dinilai dari sudut yang berbeza,sebagaimana yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri kita, ketika diwawancara dalam rancangan Blog@1, beliau menyatakan kita memerlukan pengorbanan untuk hal ini.
Bahkan kalau kita lihat dengan lebih cantik lagi, kalaulah setiap penduduk Muslim di Malaysia tidak meminum coca-cola ataupun berhenti makan di KFC dan Mc Donald, bukankah ini merupakan peluang yang bagus untuk peluang perniagaan makanan segera tempatan yang baru dan setaraf dengan KFC. Lebih molek lagi andai syarikat makanan tersebut merupakan milik orang Islam dan menjadi franchise yang memberi lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan terhadap rakyat tempatan seperti yang dialkukan oleh syarikat HPA yang telah membuka restoran RFC(Radix Fried Chichken) dan punya beberapa cawangan di beberapa tempat.Umat Islam harus bersatu!
Jika umat islam di Malaysia ini pandang hal ini, ini merupakan aspek KESATUAN UMAT ISLAM. Ingin saya nyatakan juga,sebagai seorang muslim,kita selalu mendengar tentang persaudaraan umat Islam. Anda boleh merujuk Al-Quran tentangnya :
"Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara ,maka damaikanlah antara keduanya”

Bahkan dalam hadis Rasulullah s.a.w menyatakan :
“Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri”

Lihatlah! Betapa indahnya Islam ini tentang persaudaraan. Persaudaraan yang menjalinkan manusia bukan dari segi warna kulit,bangsa ataupun budaya tetapi berdasarkan iman kepada Allah sahaja! Maka, wahai saudara-saudaraku, adakah syurga itu murah?
Adakah syurga itu murah sehingga kita katakan tidak logik untuk memboikot bahkan tidak logik untuk membantu?
Adakah syurga itu murah bila kelak Allah akan bertanyakan pertanggungjawaban kita kepada wang yang kita gunakan?
Adakah syurga itu murah bilamana kelak saudara Palestina kita bertanyakan,
“Saudaraku, saudara se-Islam ku! TERNYATA KAU CUMA MENYATAKAN BENCI MU SAHAJA PADA YAHUDI!!TETAPI SEBENARNYA KAULAH YANG MEMBUNUH KAMI!!KAU BERIKAN MEREKA WANG RINGGIT MU UNTUK MEMBELI PELURU-PELURU MEMBUNUH MENEMBUSI DADA DAN JANTUNG ANAK-ANAK PALESTIN, MEMBUNUH SAUDARA SMEUSLIM MU SENDIRI!”Maka saudaraku,ketika waktu itu terjadi,dimanakah syurga yang kau idamkan? Dimanakah mukamu yang bangga dan megah itu hendak diletakkan? Benar,mungkin tidak semua barangan tersebut dapat kita boikot dan mungkin sekali bagi sebahagian kita yang mampu,semua barangan tersebut boleh kita nyahkan jauh dari hidup kita. Tetapi,usaha itu perlu kita letakkan di tempat yang benar-benar betul.
Selagi mampu kita laksanakan, kita laksanakan. Kalau memboikot adalah yang paling mampu kita lakukan,maka kenapa tidak kita lakukan? Mahukah nanti Allah bertanya padamu:
ADAKAH SYURGA ITU MURAH?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


IBRAH: mungkin utk berjuang di sana kita tidak mampu tapi kita punya senjata lain iaitu doa dan boycotlah barangan buatan musuh kita. Ayuh sahabatku, kita mampu lakukannya. Bantulah saudara kita di sana.

Lagu nasyid best

Sahabat2 try dengar lagu ni bestttttt!

Gelombang Keadilan

Album :
Munsyid : Shoutul Haroqah
http://liriknasyid.com

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga




Syurga???

Diriwayatkan di dalam kitab Imam Hanafi, bahawa di hari kiamat(syurga) ada tiga cahaya yang berlainan:

1. Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang
2. Cahaya yang kedua seperti bulan purnama
3. Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari

Huraian:

Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah2 manusia yang ketika di dunia, mereka segera meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Cahaya yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya wajah mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

IBRAH : tanya diri antunna cahaya yg mana pilihan kita jika kita ditakdirkan Allah berada di dlm syurgannya? adakah wajah kita akn diserikan spti cahaya2 itu ataupun 0-0.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini