Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Thursday, October 14, 2010

...Tersenyumlah anda...


Pernah x anda senyum pada seseorang, tapi apa yang anda dapat bukanlah senyuman kembali malah satu mimik muka yang masam mencuka...

Kalau anda di situasi ini, bersabarlah, jgn dicerca org itu, jgn pula mengutuk diri org itu di dalam hati..

Rasionallah..bukan semua manusia cirinya happy go lucky..yang akan tersenyum sentiasa x kira masa..

Dan..

Bagaimana pula kalau anda pula mnjdi org itu, yang masam berkerut walaupun orang disekeliling menyedekahkan senyuman untuk anda??



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


My Point

Jadi apa yang ana nk tekankn pd entry ini, tersenyumlah anda walaupun anda memang seorang yang SERIUS..

senyum merupakan salah satu unsur terpenting dalam bahAsa tubuh yang dimiliki setiap org. Dengan senyuman, anda dapat membuatkan orang jatuh cinta pada anda dalam 1 detik. Sesuai digunakan untuk mengenali mad’u baru. Senyum ibarat sebuah jalan yang terbuka lebar menuju hati manusia..ia kunci emas setiap gudang.

Dengannya, seseorg dapat membuka semua jiwa yang sulit ditundukkan. Ia seperti cermin. Ia mampu Memantulkan dan melembutkan hati manusia. Ia adalah SIHIR halal yang bisa menawan hati manusia dan menyihir jiwa mereka.

Wajah yang sentiasa tersenyum membuatkan orang sentiasa merasakan kedekatan hati dengan kita atau erti kata lain, mmbuatkan org lain mudah untuk bergaul dgn kita.

Skrg ana nak Tanya anda 1 soalan, anda lebih suka ibu bapa anda tersenyum pada anda atau masam mencuka apabila berbicara?

Kalau anda kata ya, anda stuju dengan ana.. manusia secara zahirnya, tertarik pada seseorg yg pemurah dgn senyuman dgn penuh keikhlasan berbanding org yg berwajah suram lagi menyeramkan


Kenali Cara senyum

Senyum sederhana- ditandai dgn bibir tertutup

Senyum dusta- ditandai dengan bibir terbuka. Tanpa ada keseimbangan urat saraf pada bahagian wajah lainnya

Senyum putus asa- bibir hanya setengah tersenyum


Senyum je, dapat balasan, InsyaAllah

Rasulullah S.A.W bersabda :

‘senyummu pada saudaramu adalah sedekah’

Daripada sabda rasulullah ini kita dapat lihat, setiap senyum kejujuran akan beroleh pahala sedekah..klu dipikirkan, ramai org mengangap snyuman itu tidak penting walhal dengan senyuman la kita sgt2 mudah mendapat pahala..tidak perlu membuat perkara yang memenatkan..

Cuba bayangkan,

Senyum (A) × Jumlah orang yang ditemui (B) × Hari seumur hidup (C) = ABC


ABC ini adalah pahalah yang anda dapat..Subhanallah..jadi, senyum tidak boleh diremehkan oleh setiap orang yang berakal.

Dalam sebuah Hadis, Rasulullah S.A.W bersabda :

‘ Janganlah kalian meremehkan suatu perbuatan baik yang kecil, meskipun hanya sekadar bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri ‘ (HR Muslim)

Tapi berhati2 lah ketika senyum..JANGAN lah terlalu pemurah menghadiahkan senyuman pada lelaki atau perempuan berlaina jantina dengan anda sehingga dia jatuh cinta pada anda..ana harap anda paham had limitnya..

Dan JANGAN juga memberi senyuman yang tidak tulus, tidak ikhlas dan penuh dengan kejanggalan yang terpendam di dalam hati.


Kenapa kena senyum?

Ketahuilah, shbtku, memberi senyuman merupakan 1 contoh sikap yang ada pada Rasulullah..Rasulullah merupakan sosok tubuh yang banyak tersenyum pada stiap org..

Abdullah ibnu Harits Ibnu Hazm berkata ‘ Saya tidak melihat seoarng pun yang paling banyak tersenyum daripada rasulullah S.A.W

Dari Jarir bin Abdullah ia berkata ‘tidaklah Rasulullah tertutup dari pandanganku semenjak aku masuk Islam, tidak pula aku melihat beliau kecuali aku melihat beliau tersenyum (HR Tirmidzi disahihkan oleh Al-Bani)

Jika anda ingin dicintai manusia, x perlu beri hadiah tapi berikan dan hadapilah wajahmu dengan senyuman.

Rasulullah S.A.W bersabda:

Sungguh, kalian tidak perlu menarik hati maanusia dengan harta kalian. Namun hendaklah kalian membuat wajah kalian tersenyum dan berakhlak baik.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Penutup

Melalui kajian para ilmuan, ketika seseorang itu senyum, maka ada 13 urat saraf yang ikut bergerak. Tetapi apabila seseorang itu muram, 47 urat saraf ikut tegang. Jadi kenapa kita nak membuat urat2 saraf kita tengang dengan berwajah muram?

Ketahuilah sahabat, jika senyum bisa menciptakan keuntungan, maka berwajah muram menciptakan kerugian. Anda senyum anda meraih pahala, anda muram, anda meletakkan gap antara diri anda dan orang lain. Jadi, jika org jauhkan diri pd anda, usah tunding jari pada orang lain sedangkan ia salah anda sebenarnya.


Thursday, May 13, 2010

...SeLeSAi SuDAh...


Alhamdulillah, hari ini 12 mei 2010 tamatla aktiviti ana di bumi KL ini...

insyaAllah, selepas ini berkemas utk pulang ke kg ana di ‘utara’ tanah air..

sepatutnya ana dh pulang 26 april lalu selepas tamat paper terakhir utk sem ini..tpi, kita hanya yg merancang, Allah juala yg menentukan...

Alhamdulillah,

selesai sudah daurah..
selesai sudah program ziarah ana..
selesai sudah konferens course ana..

yg tggal adalah time to practik ape yg ana dpt...


kepada yg sudah bercuti, harap kondisi iman berada ditahap yg stabil...

kepada yg belum dn bkal bercuti, InsyaAllah, cuti an2nna jga bakal menyusul..berdoalah bersama2 agar kita tidak mudah futur(kondisi iman lemah)...


p/s: post ni ditaip semalam dn bru dipublishkn ari ni..huhu bru dpt tenet..ni pun gna lptop ngan broadband k lina...hihi...K Lina skang tgh L.I kt IJN..

Saturday, March 20, 2010

...demam pesta bku...

Alhamdulillah, ari ni lpas je klas English pagi tdi, tros ready utk ke pesta bku kt PWTC..mula rncg nk g ngan fika je, mulanya ingin berdua tapi akhirnya berenam..mula2 asma ngan Aishah join, pastu kt PWTC plak, jmpa ika ngan ain yg dtg dri um..

first destination,booth GALERI ILMU..bku yg dicari adalah Murabbi cinta..oihh tgk kulit pun menarik, wrna pink gitu..



after je solat zohor kt the mall, tros g mkan kt situ..oleh kerana fika ngan aishah dh mkn kt cafe K1, diorg pegi dlu..so, berpecah la kitaorg..

pastu after mkn kitaorg serbu booth PTS Litera, bku yg diaim adalah Khalid Al-Walid dan Ikramah..klu si asma plak, mcm2 bku dia cpai!!



pastu g booth AL-HiDAYAH..x de yg berkenan di hati..kt cni, cik asma dia borong lagi..
sesak dada ni tgk dia borong bku..hehe

las destination, booth TELAGA BIRU, sama jgak, x de lgi bku yg berjaya memikat hati, tapiknnnn
kt cni, cik asma borong lagi...adohai!!


pastu dh x de dh!! dh x sggh mne2 dh..tros balik sbb asma ada titas..klu dibiarin bisa kosong pesta itu dikerjarin mbak asma nih!!

ana ckp kt dia, klu ada meja satu n kain alas meja pastu susun bku yg dia beli, confirm mcm org jual bku..byk btol dia borong..

overallnya, ana smpt plih 3 buah bku..x nk bli byk2 sbb 2,3 mggu lpas bru shopping bku kt pustaka mukmin..masa tu x tau la plak akn ade book fair kt PWTC..x pe la..sumua ni percaturan Allah..

klu tgk suasana kt pesta ni, bleh tahan ar sesak..cmne la cti ari minggu, msti lagi sesak..


lastly, kt pesta buku ni jgak ana jumpe shbt lme ana yg ana sudah lma tidak ketemu..Alhamdulillah terubat rindu..

p/s: kepada sesiapa nk mndptkn bku2 yg yg murah, dtg la ke pesta bku ni..byk discount yg ditawarkan especially kt PTS Litera hmpir 30% diberikan dengan hnya tnjuk kad matrik pelajar..huihh..berbaloi-baloi..

PENUHI DIRI ANDA DGN ILMU2 YG BERMANFAAT...

Sunday, March 07, 2010

...Allah ingin menguji...

dua tiga mggu ni, kondisi diri x begitu baik..selera makan terus hilang..asal makan je, mesti lastly bgi kt syaitan, memang x leh nk habis..sebelum ni, asal masuk cafe je, tersirap hormon, sumua nk makan..

alhamdulillah, hari ini Allah masih lgi bg kekuatan utk menahan diri dgn sakit yang menimpa-nimpa dalm msa 2 minggu ni..

ape2 pun condisi kita, suka ana memperingatkn diri ana dan diri org lain bahawa, sakit bkan alasan untuk kita makin jauh daripada Allah. apabila 1 nikmat yg Allah cabut, letaklah seluruh pengharapan pada Allah. berdoalah minta pengampunan daripadaNYA, mgkin ada hal belum kita settle denganNYA sehingga kifarahNYA diberikan kepada kita..

ana ckup terharu plus respect bila tgk ada pesakit, yg sedang terlantar d hospital disebabkn sakit kronik yang dioarng hadapi..sakit tu bkn dioarng mintak..tapi di situ kita dpt lihat besarnya rahmat Allah..Allah sedang menguji mereka..sesungguhnya Allah lebih mengetahui..Allah memberikan ujian sakit kerana mereka memang mampu menghadapi...

bila kita ditimpa dgn kesakitan dn keperitan, ingatlah! Allah sedang menguji hamba2NYA..DIA nak lihat sejauh mana keSABARan kita dlm menghadapi ujian yg diberikan..

Wallahualam..

Tuesday, February 02, 2010

...subjek ku bertambah lagi...

Alhamdulillah, sabtu lepas ana berkesempatan utk menambah lagi subjek yg bkan menjadi subjek jabatan untuk sem ini..he3..hujung mggu ana slps ini mgkin sibuk skit utk menghadiri kelas ni.

bercita2 nak amek class ni lepas spm lagi..tapi nak buat cmne, time tu pitih pun x de..
nak mintak kt mak ngan ayah, x smpai ati la plak sbb kakak2 ngan adik2 mesti nk gna duit..
peram je perasaan nak amek klas ni..

alhamdulillah sem ni dpt amek..ada la duit simpanan skit2..lgpun, ana skrg mmg sgt perlukan klas ni..


taraa..bku ni perlu bkak jge skit2 utk test teori nanti..bertambahlah lagi bahan bacaan ana..
pesanan ana utk org len, x kira bku apa yg kta bca, sumua ade manfaatnya sendiri..
semoga menjadi pemandu yg mematuhi undang2 ye kpd sesiapa yg sedang atau igin mengambil lesen ye mcm ana..


***************************************************************

...kitab oh kitab...

life sbg studen, smua x trlepas utk membaca bku2 ilmiah sebegini
tapi!!!




dlm kesibukan kita dlm usaha kita untuk mengejar cita2, jgn lupa untuk mengutamakan kitab ini..dengan Al-quranlah yg dpt memandu kita ke jalan yg Allah reda..x kira setebal atau senipis mana bku itu, ataupun sesibuk mana kita, jgn lpa utk bka kitab ini dalam sehari..



selain tu, pandai2lah mnyusun masa utk membaca bku2 ilmiah(bku2 agama)..
sekalipun, coarse yg kita amek bkan yg cabangnya agama, bkan brmkna kita x perlu utk bka bku2 sebegini..bku2 inilah yg dpt membimbing kita atau mengingtkn kita tentang Pencipta, InsyaAllah..

Konklusinya,
gnakanlah masa kita dengan sebaiknya..daripada kita bka komik2, novel cintan cintun atau bku2 yg x bermanfaat, lebih baik kita mengkaji kitab2 yg bleh mendekatkan diri kita dgn Allah..