Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Friday, February 10, 2012

...Kedua-duanya timbul KONFLIK...



tadi tetiba kembali satu post dari pada blog akhwatmedic iaitu 'cemburu yang memakan diri'


sudah setahun saya membacanya, tetapi belum faham sepenuhnya. tapi hari ini, terasa nak mengulas isu ini. saya amat menyokong post itu bagi memperingatkan diri saya dan akhwat sekalian.


baru-baru ini saya berdiskusi dengan beberapa akhwat ttg masalah ini. yang kelakarnya, ada seorang akhwat masih tidak percaya masalah ini wujud dalam kalangan aktivis sendiri


mengulas isu ini,


isu syuur berlebihan sememangnya wujud


ukhwah yang hambar bakal meretakkan hubungan sesama akhwat
tetapi jgn kita sangka ukhwah yang berlebihan tiada sebarang masalah
ia juga bakal mwjudkan konflik bagi siapa yang gagal mengawalnya



Bagaimana ia berlaku?



kebiasaannya, manusia memang cenderung untuk dikasihi, disayangi
itu memang tidak dapat dinafikan lagi


insyaAllah, mana-mana aktivis dalam gerakan islam,
Allah mngurniakan keinginan berukhwah kepada mereka
Allah telah mempersatukan hati kita dengan yang lain
untuk menguatkan satu sama yang lain dalam bergerakkerja untuk Allah


saling memberi tausyi'ah, itu semestinya
saling mengingati, itu pasti
saling mengasihi dan menyayangi kerana ALLAH juga benar


jadi kadangkala kita larut dalm kesempurnaan itu...
kita rakus dalam kepentingan diri sendiri...
kita mula tamak untuk memiliki rasa dikasihi oleh orang lain


niat kita berukhwah kerana Allah tersasar
kita letakkan Allah sebagi no 2 kerana mengharapkan kasih akhwat lain daripada cinta Allah yang lebih aula
kita mula cemburu jika akhwat yang kita rapat, bergaul dengan akhwat lain melebihi diri kita
kita tidak senang dengan cara akhwat yang kita kasihi itu


maka, jika keadaan di atas berlaku. berhati-hatilah, virus ukhwah mula menular. kita bakal mengidapi penyakit 'syu'ur yang berlebihan'


Andai penyakit ini terkena kita, ayuh ukhti kareemah, kita rawati segera!
letakkan Allah no 1 di hati kerana DIA yang wajib kita cemburu kalau DIA mencintai atau mengasihi orang lain



Bahana jika Allah bukan yang pertama



akhwat yang dirahmati,


cuba kita lihat apa yang terjadi pada Nabi Yaakub A.S kerana terlalu mengasihi Nabi Yusuf A.S. Allah memisahkan mereka dalam tempoh puluhan tahun. dan akhirnya setelah berapa lama kedua-duanya menderita, baru Allah mempersatukan mereka kembali


begitu juga Nabi Ibrahim yang terlalu kasihkan Nabi Ismail sehinggakan Allah memerintahkan agar Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang dikasihi itu


jadi ukhti sekalian, kita tidak sekuat para Anbia untuk menanggung mehnah dari Allah S.W.T.
kita perlu takut apa yang bakal Allah tentukan seandainya kita mencintai sesuatu lebih daripadaNYA sendiri..


dari pengalaman saya, saya juga pernah cemburukan akhwat saya kerana rapat dengan akhwat yang saya kasihi. sy rasa tidak selesa jika ada akhwat lain rapat dengan akhwat yang saya kasihi itu. dan akhirnya, Allah telah memisahkan kami. dia sudah tidak bersama saya lagi.


1 je khilaf saya yang InsyaAllah yang saya sedar dan menyesal sehingga sekarang iaitu, terlalu mengharapkan kasih orang lain daripada YANG MAHA AGUNG..mgkin itu balasan untuk saya kerana gagal meletakkan Allah no 1 di hati


Solusi cemburu itu


jadi ukhti kareemah


jgn lupa untuk meletakkan Allah di hati. DIA lebih utama untuk ruang dihati kita. bukannnya orang lain..


ingin saya kongsikan 1 tips untuk menngelakkan syuur yang berlebihan itu


kalau dalam post saya sebelum ni 'mengharap cinta seisi langit dan bumi', saya ada berkongsikan satu hadis iaitu



Sesungguhnya jika Allah mencintai hambaNYA, ia akan memanggil Jibril seraya berkata, " Wahai Jibril, aku mencintai si fulan, maka cintailah ia." maka Jibril pun mencintainya, lalu ia Jibril menyeru penduduk langit, "Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan, maka cintailah ia" Maka penduduk langit pun mencintaiNYA, sehingga ia pun dijadikan nya diterima (dicintai) oleh penduduk bumi" (HR Bukhari dan Muslim)



formula ini yang saya gunakan untuk menghapuskan syu'ur itu. Sesungguhnya janji Allah benar dan Allah tidak pernah menyalahi janji


cintai Allah. itu kuncinya..
insyaAllah Allah cinta pada kita juga..bahkan malaikat, penduduk langit dan bumi juga cintakan kita. kasihkan kita.
ingatlah Allah, Allah juga ingat pada kita seperti dalm firmannya dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 152


nak mengharapka orang cintai kita, kasihi kita, rindui kita, cintailah Allah dahulu. nescaya penduduk bumi cintai kita patah lagi akhwat kita. yang penting bersihkan niat kita.






insYaAllah, daripada hadis ini saya cuba aplikasikan dalam hidup. suatu hari saya sgt merindui seorang akhwat. jadi apa yang saya buat, cuba untuk meletakkan cinta pada Allah dahulu dan terus berdoa untuk akhwat itu kerana sy rinduinya kerana Allah. Alhamdulillah, hari itu juga saya menerima mesej dari akhwat itu dahulu mengatakan dia juga rindukan sy kerana Allah. Terima Kasih Allah....


INNAWA'DALLAHIHAQ!!!




Thursday, February 09, 2012

...Kita Buat untuk APA?..



Bismillahirrahmanirrahim...


insyaAllah post kali ini saya nak ulas tentang 1 pertanyaan dari pembaca..


soalannya,


Macammana kita nak rasa ikhlas bila beribadah? Sebab kadang-2 tak dinafikan buat cuma sekadar tunaikan kewajipan shj.


ikhlas adalah satu feel yang x dpt didescribe secara konkrit. ikhlas adalah perasaan yang lahir dari hati yang penuh keyakinan dan pengharapan pada Allah S.W.T. lagi 1 siapa yang ikhlas, x terlahir atau tertulis di dahi. jadi, memang susah untuk kita tahu kita ni ikhlas ataupun tidak


Kenapa kena ikhlas?


kalau sebut pasal ikhlas, ia berkait rapat dengan niat. kita sedia maklum bahawa, tidak terangkat amal seseorang itu

kalau

1. tidak ikhlas..
2. tidak bertepatan dengan sunnah dan syarak...


Bagaimana??


jadi, apa pun amalan kita nak buat baik dari segi beribadah mahupun berdakwah, pertama-tamanya

clearkan niat..

tya diri sendiri
niat beribadah untuk siapa?
Allah?
nak menunjuk?


kalau diperhatikan Khalifah Umar Abdul Aziz,
takkan melangkah khalifah itu melainkan niat-niat yang baru.


makna kata, setiap langkahnya, dia meluruskan niat agar setiap apa yang dia buat disertakan Allah S.W.T.


memang benar, kadangkala niat kita tersasar, contoh tgh solat, terfikir benda lain, bermakna, kita dah x srtakan Allah, maka luruskkan balik niat ibdah kita..


jika niat kita ikhlas, insyaALLAH Allah terima.
tentang hasil , biarlah Allah yang tentukan


ada juga tanda, kalau niat kita benar, kita senang untuk berbuat
contoh nak bangun tahajud, kita mudah bangun untuk mengerjakannya
nak berdakwah atau pergi program yang jauh, hati tenang untuk ke sana
nak baca quran, mudah sekali menghabiskan target mukasurat
mudah dalam mengerjakan dalam segala hal walaupun sukar


yang penting, niat kita bagaimana..


tetapi AWAS!!!


andai kita bangun tahajud, kita mengungkit disebabkan mengantuk dalam kelas,
duit kita habis disebabkan pergi program
x sempat study disebabkan baca quran
x terasa manisnya beribadah


ini tanda niat kita belum lagi ikhlas pada Allah S.W.T


jadi, solusinya mudah, clearkan niat balik.


Effect tidak ikhlas...


hasilnya pasti iaitu Allah x pandang pun apa yang kita kerjakan..
mahukah kita lihat, amal kita rase dah kerjakan dgn banyak
at the end masa dinilai oleh Allah S.W.T, nothing disebabkan niat yang tidak benar..


Pengalaman diri


insyaAllah, sy nak kongsi 1 pengalaman di mana Allah nak mngajar sy tentang ikhlas,


suatu hari, saya perlu berkhidmat untuk satu tempat di area KL untuk memenuhi jam kredit kelas sy. hari pertama, hati sy cukup sayu kerana receptionist dan pekerja tempat tu kebanyakkannya buta atau low vision


sedih rasanya melihat mereka. dah la x dapt merasai nikmat Allah, bekerja pulak macam orang normal. perasaan nak berkhidmat dan membantu di tempat itu sangat tinggi..setinggi gunung kinabalu (penambah perisa..) (^_^)


tetapi segalanya bertukar. niat terus tersasar. daripada ikhlas membantu terus merungut disebabkan terlalu banya kerja yang diberikan seolah kita pekerja tetap tanpa gaji..sehinggakan kerja-kerja itu kena bawa balik rumah


dalam hati merungut disebabkan assgmnt yang berlambak dan keserabutan yang melanda sem lepas seperti yang sy post sebelum2 ni ditambah lagi kerja yang baru diterima..


jadi, nak x nak, kena jugalah buat keje2 tu walaupun masa terhad. 1 weekand tu, sy prepare mase buat benda tu dengan keep in data yang beratus2. dari 8 pagi sampai 11 malam, keje masih x siap. sy ketepikan lapar, selesema time tu untuk fokus siapkan keje. berenti untuk solat dan tilawah.


dah dekat 11.30 malam, dah memang exhausted..dah x leh nak teruskan. jadi sy cdang nak smbung esok. dah save dlm laptop. icon autosave pun keluar.


tapi keajaiban berlaku!


ape jadi??


sy try bukak file tu balik, mcm nak menjerit tgk file tu..nak terjun bangunn, nak meraung, meroyan semua ada.




semua data yang ditaip hilang kesemuanya..
pencarian selepas tu ternyata gagal..
segala penat lelah dari pagi hingga ke malam seolah-olah sia2 belaka...


dah x thu nak buat pape, pegi la nangis dalam bilik air tenangkan hati dan bertanya apela yang Allah nak tunjuk pada sy..


bila dah cool, sy duduk dan berfikir, sy temui jwpnnya. 'rupanya Allah nak ajar balik tentang niat'
Alhamdulillah, Allah menyedarkan saya ketika di dunia lagi!


sy mengaku niat ikhlas nak menolong totally zero


jadi, esoknya sy buat semula keje2 tu dengan niat yang baru. alhamdulillah, dalm masa setengah hari dah siap disebabkan pertolongan Allah. berbanding 1 hari yang sy amek sebelum tu. yang penting husnuzhon dengan Allah.


jadi ibrahnya, dapat lihat kan, niat yang tidak ikhlas, apa yang kita akan dapat adalah
NOTHING!


jadi pesan untuk diri saya dan pembaca sekalian, teruskan ikhlas walau ape pun keadaan sebab kita rasa kite dah berbuat dan beramal dgn bnyaknya kt dunia tapi at the end Allah x nilai dan redho dengan kerja kite kt dunia. jgn kite jd seperti apa yg difirmankan Allah dalam


Surah Al-Kahfi pada ayat 103 dan 104


Katakanlah (Muhammad),'apakah perlu kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?'

iaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya.