Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Sunday, September 05, 2010

...Sekilas memoir ghazwah pada bulan Ramadhan...


InsyaAllah pada entry kali ini saya nk kongsi rincian nama ghazwah/ perang yang terjadi pada zaman Rasulullah S.A.W pada bulan Ramadhan . setakat maklumat yg saya dapat, hanya 2 perang yg berlaku pd bulan barakah ini. (klu ada maklumat tambahan boleh tggalkan di bahagian komen)


1. Ghazwah Badar Kubro berlaku pada Ramadhan 2H, Mac 624M di Lembah Badar

2. Ghazwah Fathul Mekkah berlaku pada Ramadhan 8H, Jan 630M dan tempatnya adalah sekitar Kota Mekkah

********

insyaAllah saya nak kongsi skit psal perang Badar..antara kejayaan penting yg diperolehi oleh tentera islam adalah:

berjaya membunuh beberapa TOKOH PEMIMPIN arab yg musyrik iaitu:

-Abu Jahal (abu hakam)

Pada awalnya ditentang oleh 2 org anak muda bersemangat waja yg baru baru berusia belasan tahun iaitu Muawiz bin Afra’ dan Muaz bin Amru bin Jamuh. Abu jahal jatuh terkulai kerana digasak oleh 2 pahlawan islam ini. belum sempat mereka membunuh abu jahal, muaz bin amr gugur syahid kerana digasak oleh tentera kuffar dan muawiz tercedera. Akhirnya hayat abu jahal ditamatkan oleh Ibnu Mas’ud


-Umaiyah bin khalaf

Berjaya dibunuh oleh bekas hambanya sendiri iaitu Bilal bin Rabah


-Utbah bin Rabiah

Bapa hindun iaitu isteri kepada Abu sufyan..dibunuh oleh Saidina Ali dan Saidina Hamzah tetapi pada awalnya, Utbah ditentang oleh Ubaidah bin al-Harith tetapi ketika menggasak Utbah, Ubaidah cedera dan kakinya terputus..lantas S.Ali dan S.hamzah menamatkan riwayat Utbah bin Rabiah. Ubaidah meninggal dunia di al-Safra, empat atau lima hari selepas peperangan Badar, iaitu semasa kaum muslimin berjalan pulang ke Madinah


********

KEKUATAN CINTA PUTRI RASULULLAH DIUJI

Dalam perang ini juga, terselitnya satu kisah cinta diantara putri Rasulullah, Zainab dan suaminya, Abu al-as..Zainab berdiri ditengah kekalutan samaada harus memilih iman dan cinta kepada Allah atau mengikut suaminya yang ketika itu masih kufur..zainab menerima sinar islam tanpa disertai oleh suami tercinta. Mereka terpisah kerana hukum Allah telah meneNtukan...ketika dalam perjalanan untuk berhijrah, zainab mengalami telah keguguran


Ditakdirkan Allah, suaminya ditawan oleh tentera Islam dalam perang Badar.


Mendengar berita penawanan suaminya oleh tentera Islam, Zainab telah mengirim wang untuk menebus Abu al-As, suaminya yg tercinta.


Zainab menghantar kalung yang diberi oleh ibundanya, Saidatina Khadijah semasa perkahwinannya dengan Abu al-As sebagai wang tebusan.


Bilamana wang tebusan smpai kepada Rasulullah, hati Baginda sayu dan tersentuh kerana kalung itu adalah kalung Saidatina Khadijah, lantas Baginda meminta izin para sahabatnya untuk membebaskan Abu al-Aas, mereka semua pun mengizinkannya. Dan Rasulullah mengenakan syarat kepada Abu al-Aas iaitu supaya membebaskan Zainab.


Selepas Abu al-As dibebaskan, dia juga turut berhijrah dan memeluk Islam..



Sumber : Raheeq al-Maktum Syeikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri


p/s: maaf klu ada sedikit kekurangan. kelopak mata dah x thn menanggung mengantuk