Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Saturday, December 26, 2009

...Di Persimpangan ini AKU Berdiri...


semalam, hari ini dan seterusnya...

terasa kaki ini lemah dan longlai untuk melangkah ke hadapan
meniti hari2 yg semakin kabur dari pandanganku,
menanggung beban penderitaan dan kekecewaan yg smakin menghimpit jiwa..
aku telah hilang sesuatu...

dulu aku sudah hampir berda di puncak bersama semangat2 yg meyokongku
tpi bermula semalam (25 disember 2009),
aku ditinggalkan...

aku kini di kaki puncak yg paling bawah semula,
harus mendaki tanpa semangat2 itu,
aku hilang kekuatan,
aku menangis hiba..
jiwaku merintih derita..

aku hampir rebah tersungkur di persimpangan jalan...
jalan didepanku semakin tertutup untukku,
jalan yg ada di kiri dan kananku
aku lihat penuh dengan cabaran...
terasa hati ini ingin segera berundur ke belakang..

tpi aku harus juga mencuba jalan di kanan dan kiri ini
agar aku bisa merasakan
peritnya pengorbanan
masinnnya onak2 duri dalam hidup
serta manisnya berdakwah di jalan Allah..

aku perlu mengumpul semangat mulai detik ini..
aku harus hijrahkan diri ini..

Ya Allah, beratnya dugaan yg engkau berikan padaku,
kuatkanlah aku Ya Allah..
tsabatkanlah hati ini dengan keimanan yg bnar2 mntap
agar aku dpt teguh terpasak berdepan dengan dugaanMu ini..

akhwatfillah, maafkan aku andai khilafku mengundang duri dalam hubungan yg baru bertunas ini..bersama-samalah kita memperjuangan Islam walaupun kita kehilangan sesuatu yg kita sayang..ayuh sahabatku, pimpinlah tangan ini juga untuk bersama2 mu dalam barisan pejuang yg menegakkan hak2 Allah dan menjadi da'i yang sentiasa beriman, bertakwa dan berkualiti..

luahan hati sang pencintaMu:
nurhabibullah...

Wednesday, December 23, 2009

hanya PadaMu..

kekadang hati merintih derita,
jiwa menangis sedih,
akal mengeluh letih..
namun...
hakikat hidup takkan berubah..
yg perlu diubah adalah diri
yg menghadapinya..
hati memilih jalan
akal memulakan langkah dan
iman meluruskan arah..
moga kasih Allah
sentiasa bersama hamba-hambaNya...

Ya Allah,
andai hidup ini baik untukku,
andai hidup ini membuatkan aku lebih mengenaliMu,
andai hidup ini untuk mentarbiyyahkan
aku untuk lebih dekat padaMU,
Engkau panjangkanlah umurku...
Ya Allah,
andai kematian itu lebih baik untukku,
matikanlah aku dalam keadaan syahid,
agar aku bisa meraeh semulia kematian..

Ya Allah, jgn engkau matikan kami dalam keadaan kami yg belum bertaubat padaMu, Ya Allah..

Thursday, December 10, 2009

..kasar VS lemah lembut..

dlu masa ana jahil dlu, ana seorg yg agak hot temper..abes adik2 ana yg jdi mngsa..pntang silap skit, nahas la diorang..kesian adik2 ana. klu nak ckp ana kejam, memang pun..shbt ana si Ann pun ckp ana kejam ngan adik2 ana masa ana cerita kt dia dlu..

tpi tu dlu..
skrg ana dh berubah..insyaAllah..
ana nak jdi kakak yg rahmah..
bunyinya mcm ana ada rmai adik je kan..hihi..
ana ada 2 org adik je..atas ana ada 3 kakak n 2 org abang lg..

klu kita suka marah adik2 kita, mgkin akan effect relationship kita dengan mereka..diorang mcm cube larikan diri dri kita..ana x pndai la nk xplain detail psal benda2 ni..cube try sembang2(borak) dgn student yg amek cos pendidikan awal kanak-kanak atau sesiapa yg arif psal bab ni..mgkin diorg bleh xplain detail psal benda ni..
ana dpt input ni pun dari diaorang..

ana try la aplikasi dalam hidup ana dlu..yg jdi bhan uji kajinya mestilah x lain dan x bukan adik ana si Din ni..x silap ana, ana ada letak gambar dia dalam blog ana msa post bulan ogos dlu rsenye..
umur dia 8 tahun..
sorila din, akak jdikn din sbgai bahan xperimen akak..

dulu msa jahil dlu, klu ana ajar subjek ape2 kt dia, dia mesti nangis2 sbb apa lg, ble dia x paham ape yg ana ajar, ana akan marah dia..abes papan putih kt umah ana, patah-patah sebab ana baling, sebabnya lg, dia x paham2 apa yg ana ajar..yg binasanya habis benda sekeliling jadi mangsa..dahsyatkan ana..

msa tu dia x berapa rapat la ngan ana, ble ana tya something, dia x nak gtau pun masalah dia..
dia mcm pendam sesuatu..suka berdalih dari kebenaran..

tpi alhamdulillah bila ana ditarbiyyah, ana buang karat jahiliyyah tu..
ana mula tunjuk yg ana care dgn dia
klu dia salah ana tegur dia baik2..
x la tengking mcm dlu..

skrg ni apa2 pun adik ana akan cari ana dlu..
ana rajin sembang ngan dia. ape2 masalah dia pun, dia akan ckp..cikgu pkul dia la..ada org ngorat dia, n lain2 lg.. klu dlu..hmmm.. x de nye dia nak bkak cerita!


dlu penah ana tya dia,

1) msa ana slalu kejam ngan die..

ana : sapa yg din paling sayang?

din : mak la, sapa lg..

2) bila skrg..

ana : antara, mak, bapak, kak nana, kak ala, k nani, abg pon, abg pi, abg kerol, ngan akak, sapa yg din syg lebih?

din : k nani ngan hg la..

ana : mana bleh 2 org. plih salah satu je..akak ke k nani?

din : hmm, k inah la..( dia berbisik)

ana : sapa yg selalu defence din, bila mak nak marah atau pkul din?

din : hang la..

gembiranya hati ini, hya Allah yg tahu...


*********************************

dulu,

ana : din, akak nak blik dh sok!!!

din : hmm, balik ar..din x kisah pon..(nada yg serius)

sekarang,

ana : din, akak nak blik esok..dh x leh nak main sama2 dah..

din : ( senyap sambil menunjukkan muka yg sayu )..

tiba2 pinggangku dipeluk olehnya..

din : hmm, x best ar... bila k inah nak blik plak? (excited giler tya )

ana : x mau ar balik dah..menyampah ar ngan din..( dlm nada yg ketawa )

*******************************

Alhamdulilah, byak yg ana dpt compare bla ana bersikap keras dgn berlemah lembut samaada terhadap adik-adik atau kawan-kawan ana..
ada hikmah bila kita berlemah lembut dgn seseorg..

bila ana tulis pasal ni, ana rasa sumua dh tahu bahawa kita memang perlu berlemah lembut dengan seseorang kan, seperti contoh yg ditunjukkan oleh Rasullullah S.A.W iaitu, berlemah lembut dalam berdakwah..dengan cara itu, dakwah Rasulullah diterima oleh masyarakat pada zaman itu.

ana tulis ini sekadar memperingati kerana manusia sekarang sudah hilang budi bahasanya dan pertimbangan diri

bila kupas tjuk ni ana teringat kuliah Us. Kazim yg bertajuk
' lemah lembut dalam berdakwah'

dia ada menghuraikan ayat dari surah Taha, Allah berfirman:

' pergilah kamu berdua kepada Firaun, kerana dia benar-benar telah melampaui batas '

' maka berbicaralah kamu berdua kepada Firaun dengan kata yg lemah lembut ( qaulal layyina) mudah-mudahan dia sadar atau takut' (20:43-44)

dalam ayat ni Allah telah perintahkan Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S berdepan debgan Firaun dan berbicara dengan lemah lembut, sedangkan kita sedia tahu, Firaun ini sikapnya sgt angkuh, kejam dan zalim..
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg diperintahkan. pasti ada manfaat dalam setiap apa yg Allah perintahkan..

sedangkan berhadapan dgn Firaun, Allah perintah utusannya untuk berlemah lembut, inikan pula kita..adakah kita perlu bersikap kasar atau berlemah lembut org lain?
tepuk dada tanya hati dimana iman..

sebelum ana mengakhiri post ana pd kali ini, ana teringat kata2 Dr danial zainal abidin,

"kita bukan sahaja perlu mengaji tapi perlu mengkaji Al-quran ". banyak kebesaran Allah melalui ayat-ayat yg diturunkannya..

wallahualam..

' ya Allah, jgn engkau biarkan aku berlebih-lebihan dalam urusanku '

...nafas baru dlm hidupku...


sambungan post 'aku dikutip'


aku mula melangkah ke surau utk mencari balik diri aku..ternyata di rumah Allah ini, byk peristiwa yg mengajar aku..

hatiku mengangis hiba..
jiwaku merintih derita..


di rumah Allah ini aku mengenali sahabat2ku sekarang..

aku cemburu melihat mereka yg trlebih dahulu dsentuh oleh nur Allah

lantas cemburuku menjadi azam pd diriku,

hatiku menjerit, bahawa aku perlu mencontohi mereka,
malah must better than them
untuk meraih syurgaNYA
yg tlah dipagari dgn laluan berbisa..


terima kasih sahabat2ku sekarang yg masih lg bercontact dgnku hgga sekarang..
terima kasih juga kerana sudi membiarkan aku menyelit di kamus hidup antunna..
banyak yg aku tlah belajar dari antunna..


Alhamdulillah,
sekarang aku dpt lihat

indahnya tarbiyyah

manisnya ukhwah

hebatnya erti perjuangan.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


skrg adalah msa aku mndakwahi keluargaku pula
alhamdulillah,
ada perubahan walaupun sedikit..

jika aku gugur sebelum keluargaku berfikrah sepertiku,

aku harap, org yg menganggapku sbg sahabat,
smbunglah kembali apa aku citakan..
bantuilah aku..


nasihatku

pd shbt2ku sekarang...

jgn jadi seperti aku..

jgan biarkan dirimu berubah kearah jalan yg memburukkan engkau lg..
pandanglah hadapan..
jgn kau kutip sisa2 jahiliyyah yg telah lma engkau tinggalkan..

jgn biarkan hatimu kosong tanpa ilmu akhirat,

kelak akan membuatkan hatimu keras dan mudah ditembusi senjata2 syaitan..
engkau boleh berubah...
jgn tggukn esok, kerna nafasmu belum tentu panjang..

jgn diharapkan sesuatu terjadi kalau dirimu belum mula menggerakkanya...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


-TAMAT-

jazakillah sahabat2ku dari :

smks, mrsm beseri, halaqahmateku dlu dn sekarang, apids, teman2 surau, dan sesiapa yg mengenaliku yg mengganggap aku ini sahabatnya..

thanz 4 the ukhwahfillah ini...

Wednesday, December 09, 2009

...aku dikutip...




sambungan dr post 'aku hmpir tersungkur'


bla aku melangkah ke matrk..
aku mula ingin menyempurnakan apa yg aku rncg.. seminggu je aku bleh truti ape yg aku nak..lpas pd tu aku jdi rimas

Alhamdulillah aku x selamanya dlm keadaan itu..ternyata Allah masih sygkn aku..DIA beri aku kesempatan utk kembali ke jalannya..DIA bka kembali jln2 untuk mencari redanya padaku..DIA bgi aku peluang untuk aku berubah untuk kali kedua..syukur padamu Ya ALLAH..


"kemudian setelah hatimu menjadi keras, sehingga hatimu seperti batu, bahkan lebih keras. padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai2 yang airnya memancar daripadanya. ada pila yg terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. ada pula yg meluncur jatuh kerana takut pada Allah. Dan Allah tidak akan leengah terhadap apa yg kamu kerjakan.." (2:74)

pd 1 jun 2008, Allah telah mempertemukan aku dengan seseorg.. seseorg yg mngubah laluan dn corak hidupku hingga kini.. aku bersyukur dipertemukan dengan seorg ukhti ini.. dia dn shbtnyalah yg memaut tgnku kembali dri jurang yg menarikku ke lembah jahiliyyah..
dia dan sahabtnya tdak jemu2 membimbingku hgga kini...


sepanjang aku mengenali mereka,

aku kembali diingatkn dgn ayat2 ALLAH

aku ditarbiyyah utk kali kedua..

aku harap tiada lg utk kli ketiga kerna inilah hijrahku yg terakhir..

iman akan tsabat jika kita istiqamah..

ya, aku perlukn istiqamah..


tanpa aku rsa tkut, aku keluar seorg diri di tgah bandaraya KL ni utk mencari tudung yg sesuai dgn jiwaku..
bayangkanlah...
aku org kg..x penah la aku jln sorg2 ditengah bandar jenayah ni..
kt kg aku pown, mak aku x kasi keluar sorg2..
tdung dahulu yg ku beli bersama ibuku dlu, ku lipat kemas dn di simpan tros beg
kerana tekadku " esok aku harus mnjadi diriku yg dlu..
"

lagu yg mengarut2...sumuanya dh didelete.. satu persatu lgu nasyid dn zikrullah..aku gigibirukn,,(bluetooth)..

couple? alhamdulillah Allah blom uji aku dengan ujian ini..Allah bntu aku utk pelihara ikhtilatku semenjak aku form1..



"Ya Allah jgn ENGKAU biarkan aku mencintai seseorg melebihi cintaku padaMU.."


bersambung...

...aku hampir tersungkur..



sambungan post ' saat aku mula mengenaiNYA"

adakalanya iman ada yg naik dan ada yg trun..ungkapan ini mengundang berlakunya satu fasa kehidupan yg aku x kn lupa hgga selamanya.. insyaAllah...


slps tamat exam spm..biasalah terputuslah hubunganku dgn guru2ku..
tiada siapa lagi yg membimbingku...


“ Hati adalah raja. Maka berilah ia makanan berupa ilmu kerana jika melebihi 3 hari ia tidak diiisi dengan ilmu, ia akan mengeras dan akhirnya mati. ”


~ Imam Al-Ghazali~


ya, honestly, hatiku sudah solid
lantas di waktu itu para tentera syaitan mula memainkan peranan mereka ke atasku..


sesekali Allah mengujiku..


" apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dgn mengatakan, "kami telah beriman, " dan mereka tidak diuji "? ( 29:2 )

imanku down, sedown down nya...
sepanjang aku cuti, aku x buat pape pown..sekadar menjadi mat jenin yg hya ada cita2 tpi x de usaha..

amal soleh rse mcm berat sgt nk buat..hati ni dh mcm keras sgt nk buat ape2 kebaikan..siapa org terdekat yg aku nk harapkan familyku? sukar utk digmbarkn dgn kta2..


aku harap, sesiapa yg mmbaca blogku, yg mempunyai family dalam biah islamiyyah..jgn sesekali mengenepikan nikmat Allah ini..hargailah nikmat ini..


salah aku jgak...aku x mencari kwn2 aku untuk bntu aku pd wktu itu..maaf teman2ku
mgkin silap aku..

terus terang aku cakap, aku msih lg blom mengerti erti ukhwah pd ketika itu..


bertambah perit dan deritanya diriku mnggung hati yg imannya hmpir zero bila aku mula melangkah untuk masuk mtrk..


aku teringat memori ketika aku membuat persiapan utk msuk mtrk..


memori 1

" mak, inah x mau ar tdung yg besar tu nak tdung tu " smbil menunjuk ke arah tdung yg bdangnya 45 di sebuah gedung pakaian.. aku ckp dlm hati, buat pa pkai tdung bsar2..same je..x kn nk jln area kL nak pkai cmtu??
aku beli tdung camtu 5 helai..

aku mula kutip sisa jahiliyyah yg sudah lama aku tinggalkan..

******
memori 2

"pak, inah nak enset tu..ada mp3 bleh bwk msuk lgu..." lpas tu apa lg..
abes lgu jiwang karat, pop leleh, pop yeyeh, indon, hindustan, korean, sumua di simpan dlm kotak memori enset aku..
no lgu nasyid, no zikir2.. aku ckap " x main ar lyn lgu2 tu..x best

*******
memori 3


hatiku berpecah.." nak pkai stokin ke x nk nih"

*******


memori 4

" bila aku msuk mtrk t, aku malas ar nk trun surau hari2..aku nk study, study n study..aku nak capai cita2ku..

*******

memori 5

" couple??nak???atau x?" hati aku membisik

byk lg karat2 jahiliyyah yg aku ingin ikut...ternyata ilmu yg aku miliki belum cukup untuk berdepan dgn hawa nafsu yg mendesak..


bersambung...



...Saat aku mula mengenaliNYA...


terlebih dahulu ana mohon maaf kerana posting kli ini ana membahasakan diri ana sbg 'aku'..
apa yg ign ana sampaikn pd post kli ini adalah pngalaman hidup ana sendiri. ana bknlah meraih simpati ataupun mencari publisiti murahan..aptah lg membuka aib sndiri..jauh skali ingin memiliki sifat riak, takbur, ujub atau sifat lain yg tidak layak sbgai seorg yg bergelar manusia..apa yg ana harapkan dripada post ini dn seterusnya harap diambil iktibar dan JGN JDI SPT ANA..


..aku bkan dilahirkn dalm family yg brfikrah dan dalam biah islamiyyah..adik beradikku seorg pun x penah menjejakkan ke sek agama trmasuklah aku..tpi Allah bka jln untuk aku beransur2 mengenalinya. msa aku form 1. aku melgkah msuk ke sek menengah biasa yg berasrama..alhamdulilah aku termkn sedikit demi sedikit didikan sepasang suami isteri yg brgelar ustz R dan ustazah N..byk aku belajar dr mereka..smpailah aku form 3, aku bercadang utk bertudung spt ustazahku..



tpi jdoh mereka x lama dgn sek itu..mereka berdua berpindah ke sekolah lain ktka aku msih form2..sedih mmg sdih..tpi jasa mereka tdak akan luput dlm kotak mindaku..



msa aku form4 aku bertukar sek..alhamdullillah aku knal tarbiyyah oleh sepasang suami isteri jgak. wlaupun bkn ustz dan ustazah ttpi memiliki keperibadian yg tdak kurang hebatnya spt ustaz dan ustazah dan mereka berdua merupakan guru sek..stelah aku mngenali mereka brulah aku tahu bhawa mereka adalah teman ustaz R dan ustazah N. merekalah pula yg berperananan mendidikku..


alhamdullilah..
sedikit lg aku berubah demi mengecapi mardatillah..





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


aku seorg yg panas baran, aku berusaha berubah menjadi seorg yg lmbut hati


aku dri seorg yg penendam, aku berusaha untuk menjadi seorg yg reda


aku yg ego, berusaha menundukkan ego demi menjadi seorg yg rendah diri

aku dr seorg yg berkira, berusaha mnjadi seorg yg pemurah

aku yg slalu mengenepikan ibu bpaku, trus aku kembali menyayangi mereka kerana
walau apapun sikap mereka..mereka lah ibu dan bapaku didunia dan jua diakhirat..


agk sukar bagiku untuk berhijrah ke arah kebaikan..
aku msih igt lg kata2 ummi ( pggilan yg aku gnakan kepada isteri cikgu yg mendidikku)..x berapa igt penuh kta2 itu tpi hya lbih kurang mksudnya


" marah patutnya diletak pd tempat yg betol, kita x leh marah org suka hati je..
kita boleh marah bla seseorg itu melanggar syariat Allah..mknanya kita marah bila perbuatan org itu mengundang kemarahan Allah..."



Alhamdullilah, sepanjang aku form4 dan form 5 di sek itu, merekalah yg byk melayan karenahku hinggalah aku mengakhiri zaman persekolahanku...



bersambung.....

Monday, November 16, 2009

" IMAN, KAMU CUTI HARI INI?"

sebelum ana pulang ke kg halaman esok, teringin nak coretkn sesuatu kt blog tapi otak beku sgt..x de idea lgsung to type something...sedang selak majalah solusi tdi, ana tertarik di ruangan muhasabahnya dalm bntuk dialog..

IMAN: Assalamualaikum

DIRI : Waalaikummussalam. oh En Iman! saya rasa dah dua tiga minggu kamu x datang ke pejabat. kamu cuti ke?

IMAN: apa pula saya cuti bos. saya kan diberi cuti

DIRI: oh ye, lupa. itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam lak. lepas dengar ceramah ustaz kat tv berceramah ari tu, saya teringatkan kamu.

IMAN: jadi saya bleh bekerja la bos? saya bleh ambil balik jawatan saya dengan En Nafsu?

DIRI: Eh, x bleh. saya sayang nak pecat En Nafsu. walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi, tapi dia berjaya menghiburkan saya.

IMAN: kalau mcm tu, lebih baik saya berundur

DIRI: eh, jgn! tolonglah saya. saya x bleh kehilangan kamu berdua.

IMAN: tapi bos, kami x mungkin bersama dalam satu syarikat. perbezaan antara kami sgt besar. En Nafsu saya lihat anti sangat dengan saya

DIRI: saya rasa serba salah la pula

IMAN: bos bleh pilih satu je. bos perlu bermujahadah untuk pecat En Nafsu, bos

DIRI: saya tahu. jauh dlm hati saya, saya memang perlukan kamu, En Iman. irihati saya tengok syarikat ustaz kat sebelah. mereka bleh maju sebab ada orang macam kamu. baiklah, saya kena pecat juga En Nafsu, x kiralah apa yang berlaku. En Iman, saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, al-quran dan apa2 yg patut.

IMAN: Alhamdulillah, nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak. Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ini, saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO (Allah S.W.T) sebagai MUTTAQIN

kitalah bos kepada diri sendiri. kita yang menguruskan semua tentang diri, makan minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. tetapi yang lebih penting ialah bagaimana kita menguruskan iman kita. buatlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang bleh menyuburkan iman. jangan ditendang keluar amalan soleh dan jangan pula menyambut baik palit dosa yang masuk dalam diri.

p/s : buat sahabatku, selamat bercuti. jagalah iman antunna..memang sukar kerana perlu berlwn dengan kehendak nafsu..

" Ya Allah, engkau tsabatkanlah hati ini dengan iman. suburilah ia dengan ketakwaan dan engkau siramilah ia dengan rahmat dan kasih sayangmu..hanya padamulah kami meminta pertolongan, Ya Allah.."


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Friday, November 06, 2009

qalbuku terubat...


sebenarnya nak mc dr post something kt blog ni bape ari..tpi terasa gatal tgn ni nk menaip something..tdi layan lagu opick, tajuk dia tombo ati..klu bahasa melayunye ubat hati..ubat hati ada 5 perkara..antaranya:

1. baca quran dan maknanya
2. solat malam dirikanlah
3.berkumpullah dgn org soleh
4.perbanyakkanlah berpuasa
5. zikir malam berpanjanglah


bila dengar opick nyanyi tombo ati yg ketiga, ana sgt trsntuh sbb perkara tulah yg buat iman ana up skit dri down rini.


tadi ana berkumpul ngan akhwt2 ana..terasa something menusuk qalb ana..ana mengaku sejak kebelakangan ni ana susah nk mengalirkn air mata..tpi bla dlm liqa' tu ana sgt tersntuh..rse cm nak nangis pun ade..mane x nye, diaorg yg selama ni membentuk serta membantu iman ana dri down..diaorglah yg byk mengubah hati ni agar sentiasa igt Allah..diaorglah yg byk membuatkn ana dekat dengan Allah..diaorglah yang membuatkan ana agar jauh dr perkara yg x berfaedah..pengisiannya pun byk menyentuh hati ana agar tros istiqamah dlm jalan Allah ni..terima kasih akhwt sekalian kerana masih lg bersama-sama ana..thankz 4 the ukhwahfillah..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, November 05, 2009

~MuTIaRa KaTa~


"kekadang hati merintih derita, jiwa menangis sedih,
akal mengeluh letih..namun hakikat hidup takkan berubah,
yg perlu berubah adalah diri yang menghadapinya..
hati memilih jalan,
akal memulakan langkah dan
iman meluruskan arah..
moga kasih Allah sentiasa bersama kamu.."


"dalam hidup ini Allah x sentiasa memberi ape yg kita
mahu. tapi sebenarnya DIA beri ape yg kita perlu
untuk bantu kita menjadi hambaNYA yg terbaik
didunia dan diakhirat. Allah hanya menguji seseorg itu mengikut
kemampuannya..(2:286). sungguh beruntung org2 yg diuji.
hidup adalah 1 kesilapan dimana kita belajar untuk
menjadi yg lebih sempurna"


" tika titis air mata jatuh ke bumi,
biarlah hanya Allah yang mengetahui,
kerana DIA sahaja penyembuh luk,a,
pemberi bahagia pada hati&naluri.
sedikit yang bermanfaat lebih baik drpd banyak yg melalaikan.
ujian Allah datang kerana kasihNYA
pada hambaNYA agar iman terus meningkat, hati semakin mendekat,
dan jiwa menjadi lebih akrab denganNYA.."


"menjadi seorg pejuang
bukan seindah kata. kadang2
perlu berlawan dengan kehendak diri
sehingga hilang pertimbangan. moga alulan tazkir dariNYA
sentiasa bersamamu. bangunlah wahai ruh pejuang agama fitrah.
bermujahadahlah dengan ilmu yang terpatri di dada
walau seketika cuma kerana kaulah harapan
kekasih Allah"


"adakalanya kita perlu MENANGIS agar
kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA.
adakalanya kita perlu SEDIH agr
kita tahu mahalnya nilai air mata..
bersyukur pada org yang MENYAKITIMU
kerana dia yg MENABAHKAN kamu..
bersyukur kepada org yg yg X MENGENDAHKANmu
kerana dialah yg mgajar kamu BERDIKARI..
besyukur pada org yg MENJATUHKANmu
kerana dia yang MEMPERHEBATKAN kemampuanmu..
bersyukur pada org yg MENYIKSAmu
kerana dia yg menguji KESABARAN dan KETABAHAN
hatimu"

~YaNg Ku daMbAKan...~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


' Ya Allah, aku mohon keredaan dan maghfirahmu..ampunkanlah aku sekiranya aku berlebih-lebihan dalam urusanku '

Saturday, October 31, 2009

INGAT ALLAH PLUS..PLUS..PLUS


dh semiggu ana rasa ana x write something kt blog kesayangan ana..inilah medium yg ana gna selain dr ym utk communicate with other people. klu tye ana psal muka buku atau bhse standard nye FACEBOOK..trus trang ana ckp ana penah sign up mse dlu2, tpi x thu gna n x penah add org..rsenye mcm waste my time..lgipun boyycott facebook..ana nk terminate facebook tpi x thu..sapee tahu t ajor ana ye..ym ke shoutmix ke pun bleh ajor ana..

ah, berbalik pd topik yg ana nk ckp..ana nk kongsi bape ayat klu bleh, insyaAllah..sesuai ngan hadis Rasulullah S.A.W, ballighu anni walau aayat..sampaikanlah kamu walaupun sepotong ayat..skrg ni, ana pecaye sumua u sdang menghadapi fasa exam. ana harap :-

-ble bkak bku tbal2, jgn lupa bkak ALQURAN
-bila studi smpai lewat malam plus lewat pagi, jgn lupe bgun QIAM
-ble asyik berkejar masa, jgn lupe utk solat jemaah
-sedang asyik menghafal shortnote wktu jln, jgn lpe basahkan bibir dengan ZIKRULLAH


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


x rugi pun, klu hati seseorg tu ingt Allah..sgt beruntung diri seseorg yg nak kenal Allah..sgt beruntung hati2 yg nak rindu Allah, sgt beruntung jika jiwa mngharap Allah dan sgt beruntung seseorg itu jika cita-cita nya hanya untuk Allah..alamak, cam lagu opick plak..lebih kurang..x pe kot..hihi

apa kelebihan org yang ingat Allah????

cube buka surah:

1) Al-Baqarah (2:152)

maka ingatlah kepada Aku, Aku pun akan ingat padamu( Allah akan limpahkan rahmat dan keampunan ) bersyukurlaah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu.

2) Arra'd (13:28 )

hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang..

klu kta tgk ayat pertama, Allah cakap Allah akan ingat kita bila kita ingat Allah..subhanallah besar nikmat tuhh..dan ayat kedua yg sy kongsi, mmg btol ble kite ingat Allah, hati kita tenteram sangat..sape yg belum mencube, try la..

ana nak kongsi satu kate yg kta harus praktikkan dalam hidup..'klu kita nak bercakap dengan Allah, solatlah dan jika kita nak Allah bercakap nagn kita plak, bacalah Al-quran beserta makna..' InsyaAllah..

InsyaAllah untuk post yg akan dtg, ana akan bercakap( opss ana x leh ckp dlm blog tpi boleh menaip je) tentang tajuk:

'Dakwah no. 1, studi bukan no.2'
InsyaAllah....

Friday, October 23, 2009

Allah menegur pelbagai cara..

satu hari tu ana nk trun cafe..disbbkn dok floor4, so knalaa trun tgga sbb blok x de lif..msa trun tu, ntah ana rsa ana pelik, seronok terlebih tnpa sbab dan menyanyi lg ape ntah, bkn lg nasyid, bkn zikrullah..x ingt tjuk pe.. nyanyi tu bkn kuat smpai 1 blok dgor, ckup telinga ana yg mndgornyer..

tbe2 ketika mnuruni anak tgga smbil nyanyi lg x brfaedah tu, kaki ana tersadung dan ana hmpir tersembam ke depan..nasib baik x de org mase tu..mse nak tersembam tu mlut ana involuntary terus beristighfar..'astaghfirullahaladzim'..

ana termenung sejenak..ana marah kt dri ana, ana cakap dalam hati 'tu la tdi melalak lgu ntah ape, ble nk jtuh bru nak igt Allah. baru nk istighfar ' tbe2 ana teringat doa yg ana slalu sebut ' Ya Allah, jgn engkau biarkan aku lalai dari mengingatimu walau sesaat atau dengan kadar yg lbih kecil dr itu'..'Ya Allah, engkau jentiklah hati ini andai aku lalai dari mengingatimu..'

lepas tu ana rasa nak menangis pun ada..klu ana x trsdung, msti ana terus melalak lgu ntah ape2..x igt pun Allah..mungkin dengan cara tu Allah nak tegur ana agar mengingatinya..Terima kasih Allah..

p/s : jgn lupa utk igt Allah walaupun sesaat..

Wednesday, October 21, 2009

Lirik lagu best!!!

bpe2 hari ni ana dok layan beberapa lagu nasyid..so nak kongsi ngan antunna lirik lagu dia..lagu dia ana x pndai nak kongsi..lirik boleh la..

1) wali band-mari shalawat


Shalatullah salamullah, ‘ala Thaha Rasulillah
Shalatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah

Daripada kita pacaran
daripada kita berduaan
Nanti bakal di hasut setan

Awas jangan dekat-dekatan
Kitakan belum ada ikatan
Daripada dekat-dekatan
Mending kita shalawatan

Shalatullah salamullah, ‘ala Thaha Rasulillah
Shalatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah

Bukan aku tak suka padamu
Bukan aku tak mau denganmu
Tapi aku mau liat dulu
Setebal apa imanmu

Sudahlah engkau lupakan
Anggap saja kita ta’arufan
Sudahlah jangan kau pikirkan
Mending kita shalawatan

Shalatullah salamullah, ‘ala Thaha Rasulillah
Shalatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah

p/s: lagu ni mmg sesuai untuk memerli org couple..hehe

2) inteam-hamzah asadullah

Kesedihan para mukminin,
Masih terpancar di pedang musyirikin,
Sedang darah para syuhada',
Masih merah di lantai sirah.

Ketamakkan kepada harta,
Mungkin itu jadi puncanya,
Maka Allah menjadi murka,
Sehingga Nabi pun turut terluka,

Dalam ramai umat yang gugur,
Satu jasad tubuhnya hancur,
Kepiluan beratapan,
Menangisi satu kehilangan.

Dan setelah dikenal pasti,
Dia hamzah perisai nabi,
Biar nyawa dikorbankan,
(jiwa raga dikorbankan)
Agar Islam tetap terselamat.

Di sebalik ketewasanmu,
Ada syurga sedang menunggu,
Tiap perintah mengandung hikmah,
Keingkaran kan mengundang padah.

Lailahaillallah,
huwa saidina hamzah asadullah.

Dikaulah perisai Rasulullah,
Berjuang berkorban demi Allah.

Sudahkah puas hatimu Hendon,
Dapat melapah hati dan jantung,
Terbalaskah dendam kesumat,
Yang sekian lama telah tersemat.

p/s: lagu ni mmg mnyntuh hati..best n sedih sgt!!

3)wali band-tobat maksiat

dengarlah hai sobat
saat kau maksiat
dan kau bayangkan ajal mendekat
apa kan kau buat
kau takkan selamat
pasti dirimu habis dan tamat

bukan ku sok taat
sebelum terlambat
ayo sama-sama kita taubat
dunia sesaat
awas kau tersesat
ingatlah masih ada akhirat

astaghfirullahal'azim

ingat mati, ingat sakit
ingatlah saat kau sulit
ingat ingat hidup cuma satu kali

berapa dosa kau buat
berapa kali maksiat
ingat ingat sobat ingatlah akhirat

cepat ucap astaghfirullahal'azim

pandanglah ke sana
lihat yang disana
mereka yang terbaring di tanah
bukanlah mereka
pernah hidup juga
kita pun kan menyusul mereka


Thursday, October 15, 2009

EXAM final dtg lg!!! (sambungan)

CERITA 2

Cerita ni psal ketas exam gak, ketas exam fisiologi ana. tpi crta ni bkn berlaku pada hari yg sama(hari exam) sebaliknya sebulan slps tu..pada hari rabu 7/10..kelas fisiologi ana start pkul 9.00 pg, tpi pkul 9.00 pg, ana msih ada di cafe lg, tgh mkan...so hari tu ana msuk klas lmbt 10 min..msuk plak kt pntu blakang dan duduk tmpt paling belakang..tgh ana siap2 nk kluarkan bku, ana dgar lecturer dh marah, sebab dia pggil 1 no mtrk, tpi x de siape yg mengaku..dia pggl kali ketiga A1277_._. hah, mcm no mtrk ak..tpi x perasan sgt sbb kurang dengar. lecturer tu tye, sape pgang attendent class, chek kjap no mtrk sape.. tibe2 ada suara menyebut satu nama penuh siap berbinti lagi.

alamak...nama aku,,,,prof tu tye, sape org tu? mau tdak mau, ana angkat tgn.. prof tu kta berbuih dia pggil ana..
dia kta knapa x mgaku? ana jwb ana x berapa dgar, tpi masalahnye ana msuk lmbt kelas..huh..pas tu prof tu kte? dh x dgor knape x duduk kt depan..knape duduk di blakang? kn sy dh cakap sy x ske ruang di hadapan kosong..

"adusss, nape aku bleh dok blakang sdgkan aku tahu dia x ske org dok kt blkg"...gerutu hatiku...


kamu tahu apa masalah kamu??? ana geleng dr tmpt yg ana duduk. ana kna sound sbb ana ikat sumua ketas jawapan ana skli (3 ketas)..spatutnye asingkan sbb soalan lain, lecturer len yg akn tnda..sepatutnyer 3 ketas jwpn dimasukkan dalam bakul yg berbeza. ana dah ikat sekali, mknanya ana cuma masukkan dalam satu bakul je. puas sorang prof dlm yg subjek tu jgak cri ketas ana(sbb x dk dlm bakul dia)..dia igtkan pihak lcturer yg cicirkan. ana kna sound dlm dwn tu jgk dn didgari satu dewan dimana jmlahnye hmpir 300 org..byk..nasib diaorg x berapa perasan ana sbb tmpat yg ana duduk di atas dan di belakang sekali..

lpas ana kna sound tu, ana x mrah sbb ana kagum dengan lcturer tu kerana masa x jmpe ketas jwpn ana, lcturer x salahkan student sebaliknya salahkan diri sndiri..spatutnye dia boleh je bg mrkh kosong kt ana, tpi dia cri jge ketas tu sbb mgkn dia ykin student dia jwb soalan tu..sedih ana..disebabkan ana dan bape org lg, sumua studen masih x dpt lg rsult midsem smapi skrg untuk paper fisiologi..

sebenarnya bile kte kna marah dan d tgur seseorang, pkir positif..bg ana bkan tguran tu dtg dr manusia ttapi teguran tu dtg dr Allah sebenarnya. Allah nk tgur kta ttapi mengikut cara yg dia kehendaki...so, jgn merungut ble de org marah kte, tgur kte, sbnrnye Allah nak kte sntiasa menjadi manusia yg slalu memperbaiki diri ke arah kebaikan...

PENGAJARAN

1) tepati waktu kelas
2) dlam kelas kena fokus
3) jgn duduk di belakang skali dlam kuliah
4) dengar arahan btol2 dlm exam nnti

HAHHH, exam final datang lagi!!!

Ptg ni tegerak rasenye nak kongsi something dgn antunna. x de pape pun, ana ska kongsi pengalaman ana untuk dijadikan pengajaran. sempena dengan mood exam final skrg ni ana nak kongsi 2 cerita tentang pengalaman ana dalam blog ni....

CERITA PERTAMA


pengalaman pertama ni waktu ana exam midsem paper anatomi masa awal ramadhan dlu klu ana x lupe la. ceritanye begini, hari tu cuma ana x tulis nama pada ketas soalan...malasss..alasannyelah...hehe..tapi ketas sblumnye ana tulis..cuma ari tu je, dn pristiwa ari tu membuatkan ana akan igt selama-lamanya.
kebetulan pula ari tu bla penjaga exam bilang sumua ketas soalan, x ckup satu...dan ada tujuh org coarsemate ana yang x tulis nama sperti ana dalam ketas soalan. ktaorang mmg dharamkan untuk bawak kluar ketas soalan dalam dewan exam..ntah manusia mana yg seludup bwk kluar ketas tu ntah ar..sbnrnyer subjek len ok je sbb just ketas soalan bkn ketas jawapan..tapi dsbbkn lecturer yg ajar anatomi strict dan garang giler, membuatkan perkara itu brlnjutan..slah seorang yg jdik mgsanya ANAlah orgnya. kita 7 org disuspek bwk keluar ketas soalan.

nak jadikan cerita lagi, pas exam anatomi tu ana trus naik bas utk ke fakulti(faks). exam ktaorg kt kolej kediaman jer. agak jauh gak ler dari kolej ke fakulti..pas exam tu, ana angkat beg tros nek bas utk ke sana sbb ana kna bank in duit utk kakak.

tgh tekan no pin akaun kakak ana, ana dpt call dri coursemate ana..bkannyer sorang yg call, 2@3 org gak call, sbb diaorang ckp Dr. yg garang tu cari ana sebab paper ana ade masalah( x tulis nama je). diaorg soh balik sekarang tu jgak..ana cuak giler ar..terbantut tkan no pin tu..pas dpt call tu ana troskan gak hajat ana nak masukkan duit..terketar2 jari ana tkan no pin..

dalam fikiran ana, cuma ada satu je, camne nak balik dgn cepat ke kolej. dok tengah pkir2 bende tu, smbil nak lintas jalan masuk faks (faks ktaorg x de mesin atm, so kne ler ke seberang jalan depan faks utk bank in@out) tibe2...

ada sebijik motor berenti btol2 tepi kaki ana dlm keadaan tkut..ana tersentak..huh, alhamdulilah nyawa aku msih panjang..ana ckp dlm hati. nasib baik penunggang moto tu smpt brek. klu x??? x thulah..
penunggang tu dhlah lelaki muda, malu pun ada.. dia smpat pesan, " dik, klu nak lintas jln tgk dlu kiri kanan" hah, ana malu dn msih dlm keadaan terkejut tros jln cpat2 utk amek bas..tpi malangnyer shuttle bas tu pkul 1200 tghari sdngkn masa tu bru pkul 1130pg..so nak blik cpat dgn segera pnye psal, ana pergi merayu kt driver bas tu soh jln skrg bas tu..so apa lg??? ana kne mrah le pas tu..

ana x thu dh nk wt cmne, dlm hati ana kta, mampuslah aku dgn dr Hawa..tpi x lpe jge utk doa pd Allah spye trlpas dri bala tu. tibe2 ana dpt 1 idea..amek teksi!!! ana pun tros amek teksi..pas tu nak tau apa jdi??? ana trkandas dkt jln sbb jam..hah tidakk!!! masa dlm teksi, coarsemate ana call x hnti2..apa tidaknya bkan 7 org je kne pggil, satu kelas kne. dh la klas ana ade 42 org..bygknlah..20 min kmudian ana pun smpai kt kolej tmpt ktaorang amek exam..6 org yg kne pggil dh ade dlm dwn, coarsemate ana yg len tggu diluar. diaorg terlepas ler sbb diaorg tulis nama pd ketas soalan diaorg. ana jln utk msuk ke dwn dgn mke yg penuh api kemarahan..sbb asyik kna marah n hmpir nyawa hilang..nak senyum dh x leh, klu syum dh rase hodoh..

smpai dlam dewan, nasib baik dr hawa x der..ktaorg kne tye, sape yg bwk kluar soalan disuruh mengaku sgera..ana brsumpah, mmg ana x buat, ana pasti ana dh letak dlm raga yg dsediakan tu..ana memang x suke, ble ana x buat org tuduh kta buat..ana mmg ckup pntang..pastu dgn kemarahan yg bersisa, ana ckp dengan lantang, knapa x bgi kitaorang je tgk ketas soalan tu, ktaorang msih cam lg ketas ktaorang yg buat tdi..pengawas yg ada dlm dewan tu x bg ana sentuh..ana yakin ketas soalan ana ada kt ctu..ana just nak chek je..

pastu badan ktaorg bertujuh kna periksa, blik digeledah..hah, tension gler..sblm smpt geledh bilik ana, pengawas yg nk geledah blik ana tu dpt call dr dwan, diaorg ckp ketas tu dh jmpe..dh ade bdak mengaku..alhmdulillah la kan..tbkti kta x berslah..itulah hikmat ramadhan. Allah menolong dn memperkenankan doa org yg berpuasa dan teraniaya. ana x marah kt bdk tu, tpi ana marah dkat diri sbb bersikap careless dn ignore perkara2 kecil sprti ini. itulah pengalaman ana ketika fisrt exam dekat u.

PENGAJARANNYE UTK PREPARERATION EXAM!!

1) tulis nama pada ketas soalan, jawapan dan lain2 lg
2) jgn pegi mane2 slps abes exam..haha
3) lintas jln berhati2
4) kawal kemarahan
5) jgn cube sludup ketas soalan keluar


Sunday, September 27, 2009

Duit raye!!!

Ni sampul duit raye dri abang. klu nak ikut ni la pemberian pertama kali dalam sejarah hidup saye..saye x penah jmpe die slma 18 tahun. bersyukur sgt sbb die balik raye walaupun sekejap..mesti antunna confuse kan, ade abg tpi baru jmpe pas 18 tahun. tpi dsbaliknya ada kisah tersendiri..nak tahu???tggu...

Wednesday, September 16, 2009

SALAM LEBARAN


Dapatkan Mesej Bergambar Di Sini


Ana kena wish awal sbb esok ana dh pulang ke kg.. dan blog ana juge bercuti untuk ari raya..haha

Tuesday, September 15, 2009

Apa khabar imanmu...

wahai shbtku,,
tnpa kita sedari, ramadhan bakal skali lgi meninggalkan kita..
terasa masa bergerak terlalu laju dan lebih laju dri jet soyuz!!
betul ke???
ntah...hihi...
hari ini dh msuk 26 ramadhan...
beberapa hari lg tiba hari raya..
tya diri kta adakah kita tangisi pemergian ramadhan
ataupun kehadiran shawal???
ataupu x de rase ape2??
tye iman antunna skalian...
adakah ramadhan kali ini lbih baik dari taun ramadhan lalu?
adakah aku sempat beribadat lebih baik dari ramadhan lalu?
adakah segala persiapanku untuk bertemu dengan Allah sudah selesai?
adakah aku dpt bertemu dengan lailatulqadarmu?
dan yg paling pntg,
adakah aku layak utk menghuni syurgamu dalam
keaadan ku skarg..

berkesempatan ini, ana menyeru kepada antunna sekalian,
berbaki sisa2 ramadhan yg ade
campakkkan sejauh egomu
dekatkan diri dengan Allah...tggalkn segala amalan kita
yg membuatkan kita jauh dari Allah
cnthnya kejar merit kolej secara membabi buta..xpuas ati?
sila tulis komen antunna...mmg sgt djmput..
sggup baca buku smpai 2/3 kali khatam..
pegi buke puase kt luar utk seronok2 smpai lalai ingat Allah
pastu pnat n x mau buat solat terawih...
buat assignment smpai subuh, qiamullail ntah ke mane!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


klu tye sumua manusia, nak masuk syurga atau neraka?
sumua akan jawab nak masuk syurga..
tapi nak masuk syurga bukan murah, shbtku
sgt2 mahal syurga ALLAH...
apa yg kta dh wt untuk raeh syurga ALLAH??
jgn kta ckp, kta dh study smpai dpt 4.00..
dlam kubur nanti malaikat x kn tye pun berapa pointer
masa kt u dlu..x tye pun dh dpt anugerah dekan bape kali..
ALLAH akan tye..ape yng kamu dh wt utk Islam..
apa yg antunna nak jwb?
fikir-fikirkanlah..
tepuk dada tye hati dimana iman...

Sunday, September 06, 2009

MERIT, MERIT, MERIT! bacalah temanku..

bila cakap psal merit, memang bdak2 'u' sumua tahu kn! perkataan yg kadang2 membuatkan studen berebut2 utk dpt benda ni! meritt ni gak buat studen u nak kumpul spaya dapat duduk kolej...

Ana nak kongsi lagi cerita..
bulan pose ni byk la kolej ana anjur program..macam2 utk ihya ramadhan yg nk dsambut..
byk la ceramah2 yg dianjurkan..bila tgk pesrta mmg rmai, tpi antara ramai2 tu berapa agaknya yg memang ikhlas utk dengar pengisian??? atupun sekadar nak tulis nama atas kertas spaya dpt merit??
temanku..tyalah dirimu sendiri!
ana harap teman2 ana yg menjadi organisasi program ni dpt meluruskan niat masing2 agar kerja amal kta utk org laen mendpt keredaan Allah..

ana agak terkilan, pd satu mlm ana ajak teman2 ana utk join prog muhasabah dn qiamulail, byk kaci alasan drpd menerima jmputan..ana tahu prog ni x dak merit sebab ana ngan sahabat2 ana yg anjur bkan kolej. memang kami x sediakan merit, memang kami x dpt nk janjikan ape2 untuk antunna..salahkah kmi ajak antunna untuk kejar merit akhirat yakni pahala yg bkan hya angan2 setiap insan..klu antunna x pecaya bke le surah an-nisa ayat 123 (4:123). klu x de tfsir, bleh bli kt ana..satu rm35..ha, kn dh masuk jual bli..berbalik kepada topik kta td, sbnrnye nak mntk masuk syurga Allah bkan snang shbtku, bkan mcm nak mntk masuk kolej..mcm2 kta kna lalui..bak kta ustaz ana, jalan nak g syurga dipagari dgn bermcm2 halangan dan duri yg berliku2..jln nak g neraka plak x de lgsung pagar yg menghalang.

bile kte selak sirah Rasulullah S.A.W, para sahabat cntohnya 10 shbt yg di jamin msuk syurga, syurga yg mreka dpt bkan hya studi smpai dpt 4.00 tpi mereka memikul tggungjawab yg sangat besar dalam menegakkan syiar Islam. Kita???
apa yg kita dh buat..nothing!!! kta blum lg djamin syurga Allah, tpi kta trmsuklah ana msih lg susah untuk menegakkan agama Allah, kta masih lg susah melakukan amar makruf dan nahi mungkar. oleh itu, ana mengajak shbt2 berpadu tenaga utk mengislah diri sendiri dan diri masyarakat kita yg sudah agak keterlaluan..

ble kta tgk skrg dh ramai yg x ikut syariat islam dgn btul..dh rmai yg dh rosak akhlak..sebabnye? mereka ni dh jauh dri panduan islam yg Allah dh tetapkan..sbnarnye zaman harus berubah mengikut Islam, bkan Islam berubah mengikut zaman..sebab itulah kta tgk rmai yg jauh dri Allah..

ana harap dsamping kta mnjadi studen, kta jga perlu menjadi daie..dengan dakwh lah kta secara tidak lgsung dpt melayakkan kta meraeh syurga Allah, itu pun bergantung kpd niat kta sendiri...dgn jln dakwh ini sekurangnye kte dpt tukar dengan syurga yg di janjikan Allah..cube kte bkak surah at-Taubah ayat 111( 9:111)..dlm ayt tu ALLAH ada sebut bahawa Allah akan bli dri org mukmin harta mereka dgn memberi syurga..dgn jln dkwh lah sebagai harta kta utk kta tukar ngan syurga ALLAH..syurga Allah x bleh dibayar ngan wang ringgit..untuk meraehnya, bkan sekadar duit berjute2 tpi prlu ada pengorbanan yg sgt besar seluas alam untuk ALLAH.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

p/s: dakwh no 1, study bkan n0.2,3 atau seterusnye..kta prlu seimbangkannya..

Saturday, September 05, 2009

Ya ALLAH, ampunkan hambamu ini..

pada kedinginan pagi ini
hatiku tergerak untuk menaip sesuatu
yg kurasakn ada sesuatu yg aku
ingin kongsi..
hidupku x seindah org lain..
aku sering menrintih
jiwaku menangis
tatkala aku
terpandang family sahabatku
berada dlm biah islamiyyah yg hakiki
aku sering bertanya pada diriku
bila agaknya aku dapat merasa
keadaan seperti itu..
Ya ALLAH, aku sering
mendengar cerita yg sgt menarik
dari sahabat2ku ttg family meereka,
aku???
selalu terdetik di hatiku,
apa yg aku boleh ceritakan
ttg familyku kpd sahabat2ku..
tpi aku tahu Ya ALLAH
ada hikmah yg ingin
ENGKAU smpaikan untkku..

Ya ALLLAH,
jlnku slps ini adlah utkmu,
jgn engkau biarkan
aku jauh daripadaMU
ENGKAU jentiklah hatiku
tatkala aku alpa
mengingatimu..
aku hrap jln dakwah yg
aku pikul ini
dpt YA ALLAH
membawa keluargaku untuk
bersama2 menghuni
syurgamu...

Ya ALLAH, aku ingin mati shahid
sebagai pejuang agamamu
walaupun aku masih lg jggal dengan
perkataan itu,
tapi insyaALLAH,
aku akan menerimanya
jika itulah jalan yg bisa aku
meraih semulia-mulia kematian..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


sesak rasanya
hari2 yg aku lalui
tapi aku tahu,
aku masih punya ENGKAU..
ENGKAUlah yg maha agung
ENGKAULAH yg mengetahui isi
hatiku...

Ya ALLAH, cintailah aku
aku mohon cintamu
Ya ALLAH
jgn ENGKAU membiarkan aku
mencintai sesuatu lebih daripadaMU

Monday, August 31, 2009

My family

yang ni adik bongsu ana..umur dia 8 tahun..ana syg sgt kat dia..sape berani kacau dia, mesti
berhadapan ngan ana dlu..

My family

Ni gambar anak sulung kakak ana, kak nana...muka dia x ubah macam mak die, perangai pun
sama..Nama dia NURSHAHIRAH BINTI MOHD IZAZI..masa dia lahirkn berat dia 1.5 kg je..
kecik sangat sampai ana nak pegang pun takut..tapi kalau dia nangis, MasyaAllah nak pengsan
orang yg ada kat ctu. pye le kuat! skrg ni umur dia dh 4 tahun..

Friday, August 28, 2009

Salam Ramadhan Al-Karim

huhh...
dah lama x tulis something,
agak-agak nak dekat sebulan dahhh..
nak kta cbuk..ntah..ye kot! hehe
baru hujung mggu ni dpt rehat kt blik..
sempena bulan pose ni, nak ucap
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
AL-KARIM,
RAIKAN RAMADHAN, GANDAKAN AMALAN
kepada sesiapa sahaja yg membuka blog ana..

ana nak kongsi satu benda..
mggu ni u ana exam midsem..jatuh plak waktu pose..
tapi ana tahu banyak student cni banyak x study lagi
termasuklah ana sendiri..
Ana tgk ramai yg suke baca buku akademik dri bkak Al-Quran,
Rmai yg studi giler pyer hard smpai x pegi sembahyang terawikh..
tahu ler solat terawikh tu sunat..tapi kta bkan lakukan solat tu setiap
bulan..apa salahnya kta korbankan skit masa untuk Allah..
banyak keluhan dr kawan ana terutama melayu islam
"takutnyer exam esok".."uihh, aku tkut ler nk g exam esok, byk x studi lg"
kat cni kta bleh nampak betapa selfish nyer manusia di hadapan Allah.
takut mereka terhadap exam melebihi tkut kta kpada ALLAH,
dlm tidak sedar, mereka menghambakan diri kepada exam smpai terlupa
seruan Akhirat, smpai terlupa untuk takut kepada Allah..
astaghfirullahalazim...bersama2 kta mohom keampunan kepada Allah, ana juga
takut ana pernah melakukan perkara ini dalam keadaan yg tidak sedar.

saudara2 seislamku.
ana teringat satu kata-kata,
"kalau kta asyik mengejar dunia, akhirat akan berlari meninggalkan kta,
TETAPI klu kta mengejar akhirat, dunia akan berlari mengejar kta"
Yg mana yg kta mahukan?????..
tepuk dada tya hati di mana iman..
Akhirat nanti bkan exam yang menentukan amalan kita tpi
ALLAH YG SGT BERKUASA KEPADA KITA.. INGAT!

Akhir kalam..berdoalah pada Allah tanpa jemu dengan hati yg khusyuk,
tinggatkan amalan2 sunat dan letaklah Allah sebagai kekasih, sahabat no.1 kta..

Saturday, August 01, 2009

...from iLuvIslam...

Adakah Syurga Itu Murah?
www.iLuvislam.com


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ketika melintasi restoran-restoran makanan segera asing yang anda sendiri maklum menyokong pendudukan dan penjajahan Yahudi di Palestin, saya berasa amat pelik kerana setelah ada yang penat lelah turut sama mengikuti kempen mengutuk dan memijak serta barangkali membakar bendera Israel tidak berapa lama dahulu, namun tetap ada juga sahabat seagama kita yang terus sama menyokong dengan membeli barangan tersebut.
Logikal memboikot barangan Yahudi benar, saya mengakui yang jika pemboikotan besar-besaran berlaku terhadap produk Yahudi , maka ramai rakyat malaysia akan kehilangan peluang pekerjaan bahkan ada antara mereka yang sudah pun berjaya dan kaya raya dengan jawatan mereka. Mereka pula bahkan telah mampu mengerjakan haji dan mungkin sekali beramal dengan wang tersebut. Pemboikotan juga mungkin sekali barangkali akan menyebabkan kemelesetan ekonomi yang besar terhadap negara.
NAMUN jika dinilai dari sudut yang berbeza,sebagaimana yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri kita, ketika diwawancara dalam rancangan Blog@1, beliau menyatakan kita memerlukan pengorbanan untuk hal ini.
Bahkan kalau kita lihat dengan lebih cantik lagi, kalaulah setiap penduduk Muslim di Malaysia tidak meminum coca-cola ataupun berhenti makan di KFC dan Mc Donald, bukankah ini merupakan peluang yang bagus untuk peluang perniagaan makanan segera tempatan yang baru dan setaraf dengan KFC. Lebih molek lagi andai syarikat makanan tersebut merupakan milik orang Islam dan menjadi franchise yang memberi lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan terhadap rakyat tempatan seperti yang dialkukan oleh syarikat HPA yang telah membuka restoran RFC(Radix Fried Chichken) dan punya beberapa cawangan di beberapa tempat.Umat Islam harus bersatu!
Jika umat islam di Malaysia ini pandang hal ini, ini merupakan aspek KESATUAN UMAT ISLAM. Ingin saya nyatakan juga,sebagai seorang muslim,kita selalu mendengar tentang persaudaraan umat Islam. Anda boleh merujuk Al-Quran tentangnya :
"Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara ,maka damaikanlah antara keduanya”

Bahkan dalam hadis Rasulullah s.a.w menyatakan :
“Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri”

Lihatlah! Betapa indahnya Islam ini tentang persaudaraan. Persaudaraan yang menjalinkan manusia bukan dari segi warna kulit,bangsa ataupun budaya tetapi berdasarkan iman kepada Allah sahaja! Maka, wahai saudara-saudaraku, adakah syurga itu murah?
Adakah syurga itu murah sehingga kita katakan tidak logik untuk memboikot bahkan tidak logik untuk membantu?
Adakah syurga itu murah bila kelak Allah akan bertanyakan pertanggungjawaban kita kepada wang yang kita gunakan?
Adakah syurga itu murah bilamana kelak saudara Palestina kita bertanyakan,
“Saudaraku, saudara se-Islam ku! TERNYATA KAU CUMA MENYATAKAN BENCI MU SAHAJA PADA YAHUDI!!TETAPI SEBENARNYA KAULAH YANG MEMBUNUH KAMI!!KAU BERIKAN MEREKA WANG RINGGIT MU UNTUK MEMBELI PELURU-PELURU MEMBUNUH MENEMBUSI DADA DAN JANTUNG ANAK-ANAK PALESTIN, MEMBUNUH SAUDARA SMEUSLIM MU SENDIRI!”Maka saudaraku,ketika waktu itu terjadi,dimanakah syurga yang kau idamkan? Dimanakah mukamu yang bangga dan megah itu hendak diletakkan? Benar,mungkin tidak semua barangan tersebut dapat kita boikot dan mungkin sekali bagi sebahagian kita yang mampu,semua barangan tersebut boleh kita nyahkan jauh dari hidup kita. Tetapi,usaha itu perlu kita letakkan di tempat yang benar-benar betul.
Selagi mampu kita laksanakan, kita laksanakan. Kalau memboikot adalah yang paling mampu kita lakukan,maka kenapa tidak kita lakukan? Mahukah nanti Allah bertanya padamu:
ADAKAH SYURGA ITU MURAH?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


IBRAH: mungkin utk berjuang di sana kita tidak mampu tapi kita punya senjata lain iaitu doa dan boycotlah barangan buatan musuh kita. Ayuh sahabatku, kita mampu lakukannya. Bantulah saudara kita di sana.

Lagu nasyid best

Sahabat2 try dengar lagu ni bestttttt!

Gelombang Keadilan

Album :
Munsyid : Shoutul Haroqah
http://liriknasyid.com

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga