Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Showing posts with label sanah helwa. Show all posts
Showing posts with label sanah helwa. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

...Alhamdulillah, Bergerak lagi...


Bismillahirrahmanirrahim...


Syukur dipanjatkan pada Rabb sekalian alam...

Hari ni pada tanggal 28 disember 2011

Allah membenarkan resapan oksigen memasuki ruang jasadku

Masih lagi diberi nikmat helaan nafas seperti hamba-hamba yang lain


Syukur juga kerana di usia 21 tahun,

Allah meluluskan lagi agreementku sebagai hamba kerana:


masih membiarkan hamba yang penuh dengan kehinaan ini bertapak di bumi ini..

meminjamkan lagi nikmat keimanan untuk mengeluarkan aku dari dunia yang penuh kepuakaan ini..

meminjamkan nikmat kefahaman beragama untuk melepasakan diri dari perkara batil

memberi kesempatan merasai nikmat hidup bersama para akhwat dalam bersama-sama mengejar redhoNya

memberi kesempatan merasai nikmat sebagai seorang mutarabbi dalam mana ingin menjadi sibgahNYA


memberi kesempatan nikmat sebagai seorang murabbiyyah dalam menelusuri dan menyambungi rantai perjuangan Sang Murabbi Agung, Rasulullah S.A.W


masih membenarkan hambaMu merasai nikmat memiliki ibu bapa agar tidak berasa kosong kerana Engkau tahu mereka nyawaku

masih membenarkan hambaMu mempelajari ilmu mu agar bermanfaat bagi insan yang lain..



Ya Allah, terlalu banyak nikmatmu untuk satu jasad..

Moga diri ini tidak termasuk didalam golongan yang Engkau sebut


‘Qolilamma tasykurun’ (67:23)


Buat akhwat tercinta:







Jazakumullah khair

untuk akhwat2 terlibat di atas kejutan dan planning yang menyentuh jiwa dan perasan semalam

Pendek semalam doanya kerana jiwa sebak menanggung hiba di atas penghargaan menjadi akhwat kalian...

Ku sambungi doa yang x terungkap semalam


‘Ya Allah,

Sesungguhnya Engkau mengetahui

bahawa hati-hati ini telah bersatu berkumpul di perut bumiMU,

Bertemu dalam kecintaanMU

Hati-hati ini telah bersatu,

berpadu untuk mematuhi perintahMu

Hati-hati telah bersatu,

bersatu memikul beban dakwahMu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat,

untuk mendokong syariaatMU di dunia ini ya Allah..

Maka dengan itu,

Engkau eratkanlah ikatan diantara kami..

Suburkanlah hidup kami dengan cahayaMu yang tidak akan pernah sirna

Lapangkanlah dada kami dengan limpahan iman kepadaMU

dan indahnya kepasrahan kepadaMU.

Ya Allah andai hidup lebih bermakna buat kami,

kami mohon menjadi bangsa yang hebat menggantikan.

Bukan menjadi bangsa digantikan..

Andai mati baik untuk kami, kami mohon kesyahidan di jalanMU..

Ya Allah, mereka ini bungaku

Yg menyegarkan pandangan di kala aku keseorangan

Ya Allah, mereka ini permataku

Yg menyinarkan jalan ku lalui seandainya kelam

Ya Allah, mereka ini penawarku

Yang merawat luka di kejahilian dulu..

Ya Allah, mereka yang Engkau titipkan untukku begitu hebat,

kepadaMu jualah hamba berserah diri kerana Engkau lah Yang Maha Hebat

Hamba mohon padaMu ya Rabb,

Bahagiakan kami di dunia dan juga di akhirat kelak

Dalam kelelahan menegakkan agamaMU ya Allah

Ya Allah, jgn engkau biarkan panahan syaitan

Sebagai perosak hubungan dan kecintaan kami kepadaMU

Sesungguhnya kami termasuk dalam orang-orang yang berserah diri..'

Ameen ya RABB



Thursday, December 30, 2010

...AnDaKaH oRaNg yG MaHaL?...



dah hampir beberapa bulan lagu ini akan berkumandang di mp3 Habib sy..kalau x dengar sehari mesti mcm pelik je hidup hari tu. banyak yang dapat kita ambil benefit dari lagu ini bagi sesiapa yang berfkir..mari kita selami beberapa bait dr lirik lagu sunnah berjuang nyanyian almarhum Us Asri..
(habib=my hndset)


"berjuang memang pahit
kerana syurga itu manis

bukan sedikit mahar yang perlu dibayar

bukan sedikit pedih yang ditagih"



My word:



ye memang syurga Allah manis..syurga yang Allah tawarkan kepada kita sgt x ternilai, x terhitung dan sgt besar nikmatnya.
usahkan hendak masuk, tapi untuk menempuh laluan ke pintu masuk ke syurga bukan semudah touch n go. before kita 'go', banyak benda yang akan di'touchkan' cntohnya amalan kita.
Jgn ingat solat, puasa, studi kita, dan amal ibadat kita cukup untuk menempah tiket ke syurga.



Kalau disingkapkan kembali sirah Rasulullah, bagaimana pahit getirnya pengorbanan baginda dalam menegakkan syiar Islam sehinggakan banyak tohmahan yg diterima baginda oleh puak pelampau quraish, dibaling dengan batu sebagai upacara menyambut baginda ketika baginda mula sampai di Taif, mengalami kecederaan ketika Perang Uhud, berhadapan dengan pelbagai ancaman bunuh oleh musuhnya, dan banyak lagi rintangan yang dilalui baginda. masyaallah, sangat kerdil kita berbanding dengan baginda.



baginda telah dijanjikan Allah syurga,
namun, tawaduknya baginda hanya Allah yang tahu
bersyukurnya baginda, sehingga kita sendiri x sesanggup, seteguh dan sekuat Rasulullah..
wujudkah lagi hamba yang ibadatnya hingga bengkak2 kaki?



sekali lagi, baginda telah dijanjikan syurga,wahai sahabatku,
kenapa baginda masih lagi memikul beban dakwah?
masih lagi berperang demi menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini hingga penghujung nyawanya,
masih lagi menjalankan amanah Allah sebagai seorang hamba?
masih lagi melakukan amal ibadat



kerana 1 ungkapan shabatku,
yakni mengecapi keredaan Allah.
again, kerana mencari keredaan Allah..



kita ini, jangankan syurga firdaus, syurga yang ratingnya paling bawah sekali, belum tentu kita dpat jijak, namun, sudah berbangga dengan kehidupan yang ada sekarang..



untuk dpt gelaran penghuni syurga bukan mudah sahabat..jadilah orang yang mahal yakni org yang bersedia berkorban harta, jiwa, pangkat serta menjadi seorang muslim super baik dari segi amal ibadat, akhlak mahupun hal-ehwal dakwah untuk syurga Allah..



Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (9:111)



dlm ayat di atas, jelas..

Allah membeli segala amalan kita dan gantikannya dengan syurga..jadi bergembiralah dengan jual beli yang kita lakukan..


Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan. (2:245)


now, refleks kembali diri kita, apa yang kita ada sebenarnya untuk ditukarkan dengan Allah S.W.T??



segunung ilmu komik kartun?

amal ibadat yang banyak tapi pincang?

movie2 yang melalaikan?


adakah Allah pandang amal kita ini?



the answer is on ur heart!!


ok, we move to the next lyrics,


"berjuang ertinya terkorban
rela terhina kerna kebenaranItalicantara 2 pasti terjadi
tunggulah syahid atau menang"

My words:


berjuang memang perlu banyak berkorban. seperti yang saya tulis di atas, berjuang memerlukan pengorbanan baik dari segi harta, nyawa dan sebagainya..



kalau kita di hina ketika berjuang itu lumrah..dalam kesemputan masalah ummat kita sekarang, org berdakwah menjadi umpatan orang..orang yang bertudung litup dan berserban dipandang jelek..
yang berpakaian terdedah sana sini menjadi sanjungan..'ikut trend dan perkembangan fesyen alkononnya'..


jadi secara konklusinya, suka untuk saya mengajak diri saya dan juga sahabat sekalian untuk menjadi antara org2 yang mahal, agar kita punya 'harta' untuk ditukarkan dengan Allah S.W.T bagi merebut syurganya yang tertinggi yakni syurga Firdaus. moga-moga kita menjadi orang-orang yang terpilih di klangan yang terpilih untuh meraih syurgNYA




***********

tadi 30/12/2010. Alhamdulillah, berlangsung sudah halaqah widak saya..igtkan sy ngan ukhti A yg akan suprisekn mutarabbi2 kami..rupanya saya disuprisekan dengan diorang dan ukhti A, yang telah membeloti saya pada hujung halaqah..

suprisenya adalah..

taraa...


dihadiahkan sebiji kek coklat berkrim oleh mereka2 itu walaupun sanah helwa yang ke-ehem2 saya dah 2 hari berlalu

huh..sedap2..

huh..tengok!! berlapis2..dah macam Secret recipe tapi ini punya kek bukan buatan kedai tapi hasil buatan ukhti W..memang power la dia..huh sapa nak tempah bleh direct kepada saya..


nugget dengan fan fries pun ada..yang ni plak digoreng oleh ukht T..


Alhamdulillah..2 kali ana diraikan..b4 and after the due..
dulu mkn pizza...tadi makan kek...



Jazakumullahu khairan kathira my beloved akhwat yang meraikan...


Subhanallah, segala puji bagimu kerana mengurniakan mereka-mereka ini ya Allah
moga kami terus tsabat di atas jalanMU ya Allah..

aku sayang mereka, aku cinta kepada kerna Mu ya Allah..moga ukhwah kami kekal hingga ke syurgaMu, ya Allah..



...31/12/2010, 4.45a.m @ PR...


p/s: buat mutarabbiah2 ku dan ukht A, moga terus tsabat menempuh Jalan ini..jgn mencipta alasan untuk menjauh tetapi ciptalah alasan untuk terus kekal utuh di jalan ini...

sekian dulu untuk pagi ini yang sunyi ini....



Monday, October 11, 2010

...sanah helwa utk shbtku, AIDA...

post ni, ana tujukan kpd shbt yg telah lama berpisah sejak matrik..

selamat hari lahir ukhtiku...NorAida Jafri ( betul atau x ntah la... )

ana dh alarmkn birtday anti tp ana lpe nk alertkan..sori ye!!!

lgpun ana plak ada dlm hutan utk bermukayyam...jd bru hari ni dpt post sumthing..

huhu trgt time kite sme2 tdo n mabit kt surau...mkn sesame...studi sesame...duk dlm kuliah kdang2 sesame...semuanya masih rsmpn lg dlm pndrive kt otak...hehe


ana harap kt anti,

-moga terus gencar berdakwah walaupun berkeseorangan...

-mga terus istiqamah berada di atas jalanNya...

-moga terus berbuat untk ALLAH

Thursday, May 13, 2010

...dia, adikku yg kusygi...


Sanah helwa yg ke-9 (11/5/2001), wahai adikku..


Akak harap moga satu hari nanti, kau akan menjadi salah seorg mujahid yg bersama2 mujahid lain dlm perjuangan menegakkan Islam tercinta..

MUHAMMAD SYARIFUDDIN BIN SAAD

Maaf, terlalu byk silap akak kt udin..

Klu dlu, seingat akak, akak slalu bersikap keras terhdpmu walaupun usiamu ketika itu masih kecil, belum lagi mengerti apa2 ttg dunia, belum lagi dikenalkan dgn ilmu, belum lagi fasih berkata2..maafkanlah cara pendekatan akak padamu di waktu akak jahil dlu...

InsyaAllah, slps ini, akak hrap dn jnji, perkara2 bdoh akak dlu, takkan akak ulangi lagi..

Akak syg kamu fillah...

mmg klu 9 thun lalu, akak sgt tkut dn kurang senang bila mak ckp bhwa akak akan dpt sorg adik lagi sbb masa tu akak sgt sygkan adik pon, abg kamu laa...akak igt dialah adik bongsu akak..rpanya akak bakal menerima adik lain..akak mcm x leh nk terima kehadiran org baru dlm family kita..akak takut kasih syg mak ngan ayah akan berubah kpd kamu...akak risau, kakak2 ngan abang2 len pun akan syg kt kmu lebih smpai abaikan abg pon kamu....

bila teringat balik, hmpir tergelak akak dibuatnya...kolotnya fikiran akak time tu, mne x nya mse tu akak bru 11 tahun..

tapi, ketahuilah wahai adikku, Allah merancang dn mengetahui segalanya..

selepas kehadiranmu, segala perasaan buruk akak terhadapmu hilang...

ketahuilah bahawa adikku, sejak kehadiranmu,



engkaulah yg menyerikan lagi keluarga kita,
engkaulah yg membuatkan kmi ketawa disaat kmi kebosanan,
engkaulah sinar harapan kakakmu ini,
engkaulah membuatkan akak sedar akan tanggungjawab sbg seorang anak dn seorg kakak,
engkaulah........(kehilangan idea, byk sgt perubahan selepas udin muncul, mgkin ulangtahun udin pd nextyear akak smbung ye...hehe)

lastly, akak sgt sygkan kamu wahai adikku...akak harap tahun dpan, akak akan mencoretkan lagi sesuatu di blog ini pada setiap tanggal kelahiranmu utk engkau mengetahui betapa kasih dan sygnya akak trhadapmu...moga 1 hari nanti, udin menjadi salah mujahid yg bertanggungjawab menruskan dakwah yg dibawa oleh murabbi tercinta, RASULULLAH S.A.W...


coretan penuh ikhlas dr kakakmu..


p/s: Din, jgn lupe tggu akak ye..InsyaAllah akak balik hari jumaat ni!!!

Tuesday, January 26, 2010

...dia ASMA ABZA...


ni shbt sy, nama glmournya asma Abza tapi klu sembang2 ngan bdak2 pasum, org panggil asma pasum je..rumah di kelantan tapi x pndai kecek klate pong. maaf la asma oi, buat resume mu plak kt blog aku ni..birth dia 26.01.90..ari ni la kira bufdaynya...

senyummu mmbawa sinar, tawamu membawa kebahgiaan..hik3..jiwangnya ayat..
cm ayat romeo n juliet plak..x de ye..abaikan..main2 je..

teringat memori dlu..biar aku crta kat mu balek msa mla2 aku knal mu..
mgkn mu dok knal aku maso tu, tpi aku rsa aku knal mu dlu msa kt pasung (pasum)..
msa mula2 aku nengok mu, aku takut nk tgur..pas bape ari tu aku nengok mu dok kecek ngang ika ngang lin, so aku buak muka dok malu aku dok dpang mu 3 oghe..mulo dari tu aku ska kecek ngan mu..

hik3 pndai x aku tulih bhse klate?


dlm mu menglangkoh, mu jgn lupa kt aku deh..jgn lupo kt sahabatmu nih..


dlm semayye mu, doamu, jgan lupa doakn agar persahabate kito brkekale hingga ujung nafas...

buat mu Asma,
selamat hari lahir..

Allah selamatkn kamu,
Allah selamatkn kamu,
Allah selamat kn Asma Abza,
Allah selamatkan kamu..

maaf andai ada salah silap..best ada shbt mcm hg..maaf la kdg2 ckp, saya awak, aku hg, ikut ska je mlut ni ye..hehe..

dgn bertambahnya umurmu, moga bertambahlah amalmu untuk bertemu RabbulA'lamin..
dunia hya persinggahan..
syurga pulak mahal..
kejarlah janji2 Allah dgn sepenuh hatimu..
aku doakan diri kita, hati kita terus tsabat dalam iman..
jgn kau toleh lagi dunia2 jahiliyyah yg sudah meninggalkn kita..

jadila hamba yg sentiasa bermujahadah dalam fastabiqulkhairat ( berlumba2 dlm kebaikan )

~putri sakinah saad~