Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Wednesday, December 28, 2011

...Alhamdulillah, Bergerak lagi...


Bismillahirrahmanirrahim...


Syukur dipanjatkan pada Rabb sekalian alam...

Hari ni pada tanggal 28 disember 2011

Allah membenarkan resapan oksigen memasuki ruang jasadku

Masih lagi diberi nikmat helaan nafas seperti hamba-hamba yang lain


Syukur juga kerana di usia 21 tahun,

Allah meluluskan lagi agreementku sebagai hamba kerana:


masih membiarkan hamba yang penuh dengan kehinaan ini bertapak di bumi ini..

meminjamkan lagi nikmat keimanan untuk mengeluarkan aku dari dunia yang penuh kepuakaan ini..

meminjamkan nikmat kefahaman beragama untuk melepasakan diri dari perkara batil

memberi kesempatan merasai nikmat hidup bersama para akhwat dalam bersama-sama mengejar redhoNya

memberi kesempatan merasai nikmat sebagai seorang mutarabbi dalam mana ingin menjadi sibgahNYA


memberi kesempatan nikmat sebagai seorang murabbiyyah dalam menelusuri dan menyambungi rantai perjuangan Sang Murabbi Agung, Rasulullah S.A.W


masih membenarkan hambaMu merasai nikmat memiliki ibu bapa agar tidak berasa kosong kerana Engkau tahu mereka nyawaku

masih membenarkan hambaMu mempelajari ilmu mu agar bermanfaat bagi insan yang lain..



Ya Allah, terlalu banyak nikmatmu untuk satu jasad..

Moga diri ini tidak termasuk didalam golongan yang Engkau sebut


‘Qolilamma tasykurun’ (67:23)


Buat akhwat tercinta:







Jazakumullah khair

untuk akhwat2 terlibat di atas kejutan dan planning yang menyentuh jiwa dan perasan semalam

Pendek semalam doanya kerana jiwa sebak menanggung hiba di atas penghargaan menjadi akhwat kalian...

Ku sambungi doa yang x terungkap semalam


‘Ya Allah,

Sesungguhnya Engkau mengetahui

bahawa hati-hati ini telah bersatu berkumpul di perut bumiMU,

Bertemu dalam kecintaanMU

Hati-hati ini telah bersatu,

berpadu untuk mematuhi perintahMu

Hati-hati telah bersatu,

bersatu memikul beban dakwahMu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat,

untuk mendokong syariaatMU di dunia ini ya Allah..

Maka dengan itu,

Engkau eratkanlah ikatan diantara kami..

Suburkanlah hidup kami dengan cahayaMu yang tidak akan pernah sirna

Lapangkanlah dada kami dengan limpahan iman kepadaMU

dan indahnya kepasrahan kepadaMU.

Ya Allah andai hidup lebih bermakna buat kami,

kami mohon menjadi bangsa yang hebat menggantikan.

Bukan menjadi bangsa digantikan..

Andai mati baik untuk kami, kami mohon kesyahidan di jalanMU..

Ya Allah, mereka ini bungaku

Yg menyegarkan pandangan di kala aku keseorangan

Ya Allah, mereka ini permataku

Yg menyinarkan jalan ku lalui seandainya kelam

Ya Allah, mereka ini penawarku

Yang merawat luka di kejahilian dulu..

Ya Allah, mereka yang Engkau titipkan untukku begitu hebat,

kepadaMu jualah hamba berserah diri kerana Engkau lah Yang Maha Hebat

Hamba mohon padaMu ya Rabb,

Bahagiakan kami di dunia dan juga di akhirat kelak

Dalam kelelahan menegakkan agamaMU ya Allah

Ya Allah, jgn engkau biarkan panahan syaitan

Sebagai perosak hubungan dan kecintaan kami kepadaMU

Sesungguhnya kami termasuk dalam orang-orang yang berserah diri..'

Ameen ya RABB



Saturday, December 24, 2011

...Terbang...

terasa nak post something sekarang..

xcited sbb nak share sumthing happen pagi tadi..

ceritanya agak kelakar tetapi perit kpd org yang mengalami..

buat pertama kali selepas dpt lesen, ana terbang bersama sorang lagi akhwat

in other word terbabas di tempat yang 'tak sepatutnya'..

mujur terbabasnya di hadapan akhwat yang baru balik dari riadah..

jazakumullah khyr kepada yang membantu..







ada rona serba salah dalm diri sy membenarkan u.has yang belum ada lesen membawa motor tu..


kalau sy berkeras menghalang mesti perkara ni x berlaku..tapi Allah punya kuasa, Allah berkehendak untuk mengajarkan kami yang mungkin tadi lalai drpd mengingatinya dan seronok dengan dunia...
insyaAllah pengalaman terbang pagi tadi akan menjadi satu ibrah yang akan sy ingat sampai mati...


terbooster daripada 1 mesej dari u. ummu

prinsip bwk kenderaan,

1. ada lesen
2. ada pengalaman yang bagus
3. tidak gopoh dan tidak stunt



insyaAllah, 1 janji sy pada diri, sy x akan membonceng atau menumpang kenderaan sekiranya akhwat itu, tidak mempunyai prinsip di atas...


afwn kathira kalau sy akan menjadi sgt koleris selepas ini sekiranya antunna gagal mempamerkan prinsip di atas...sy harap tiada yang berkecil hati selepas ini


sy x kisah apa yang berlaku kt sy, tapi sy sgt kisah if sumhing happen to my akhwat..sy terasa bertanggungjawab dan sy sedia berkhidmat selagimana antunnna semua masih bergelar akhwat ana..


back to the story,


ibrah yang sy dapat pg tadi, skrg ni baru terasa nikmatnya berkaki..
kesian rumate sy yang mungkin terpaksa drive untuk sy follow up esok..afwan ye rumate, stil x trauma dn x confident!..


alhamdulillah sebab mungkin sementara sy begini..saya mula terbayang kalau Allah merehatkan kaki saya sebulan, satu lebih dari waktu itu, bermakna sy bakal menyusahkan orang lain..follow up sy mungkin terbantut...



terima kasih ya Allah kerana menyedaran saya........




p/s: doakan u.has walaupun no injury detected tapi dia mula terasa lenguh di lengannya.moga kesakitannya sembuh dua tiga hri lagi dan tidak melarat...


~sambung study yang terbantut tadi........


9.30 pm @ PR

Wednesday, December 21, 2011

...bujang....





AKU RINDU AKHWAT2 YANG BERJUANG DI SAF HADAPAN

X INGIN SEKALI AKU MERASA BUJANG DI SAF BELAKANG

KERANA KU TAHU

DIHADAPAN SANA TERSEDIA SYURGAMU

X INGIN LAGI AKU MENOLEH KE BELAKANG

MENCARI KELIBAT KALIAN

KERANA KU INGIN

MENGECAP BAHAGIANYA SYURGA BERSAMA KALIAN

YA ALLAH,

REZEKIKAN KAMI MATI SYAHID YANG MENJADI

BUKTI KELELAHAN KAMI SELAMA INI

TEMUKAN KAMI DI SAF HADAPAN SEBAGAI BUKTI

PERJUANGAN KAMI MEMBELA AGAMAMU

REZEKIKAN KAMI MENATAP WAJAHMU

YANG MENJADI DAMBAAN KAMI SELAMA INI......

Sunday, November 27, 2011

...Fenomena Hambar...




H.A.M.B.A.R

klu mgikut kamus peribadi saya membawa makna, x de rase pape dan bersikap acuh dan x acuh dan adakalanya dingin.



suka untuk saya mengtengahkan 1 fenomena yg kadang2 sering berlaku dlm dunia pentarbiyahan dan dalam dakwah.


Saya bukanlah org yg selayaknya untuk berbicara tentang dakwah sebab saya bukan seorang phD (pakar hal dakwah) tetapi ingin sekali saya mengajak diri saya para akhwt wa ikhwah sekalian untuk kembali berfikir kdang2 fenomena ini boleh membunuh secara senyap sesuatu sistem dakwah



antara fenomena hambar yg sering berlaku



1. halaqah terasa hambar



kadang2 para ahli terasa keboringan. terasa macam x penting berada dalam hq. tandanya mudah iaitu mengantuk dan ingin sahaja hq habis secepat yg mungkin





cuba kita fikirkan, kenapa dulu di awal fasa pentarbiyyahan kita boleh bersengkang mata menahan mengantuk untuk mendengar taujih murabbi walaupun kita dulu pun sibuk juga. diatas rasa kekurangan diri dan ingin berubah yang memuncak, kita sgt bersemangat di waktu itu!!


tetapi kenapa, setelah 2 atau 3 tahun ditarbiyah atau dianggap senior sedikit, mgkin ilmu didada banyak ada la jugak, kita x sekuat dahulu. seteguh dahulu atau seperti dahulu?



walhal, mata yg Allah bagi sejak kita lahir sehingga sekarang tetap juga mata manusia.


walaupun selama mana usia tarbiyah kita, kita tetap guna mata manusia bukan..x thu la ada yg berganti mata dengan mata lain..



kenapa ukhti?



jgn disalahkan syaitan yg sememangnya wujud sejak Nabi Adam



niat kita bagaimana??



kenapa kita datang hq?



2. Ukhwah terasa hambar



igt lagi masa kita mula ditarbiyyah, kadangkala kita rajin berkepit dengan akhwt ini, akhwat itu.



tetapi sekarang?


adakah dengan kesibukan gerak kerja semakin bertambah kita melupakan mereka.


semakin mudah melukakan hati akhwat kita dengan sikap kita walaupun selalu diberi taujih


ukht, akhwat juga punya perasaan! hatinya bukan seperti kulit durian yg tebal dan berduri.



klu dulu kita rajin ber'mesej'an tetapi kenapa skrg tidak?



usah diharapkan kita menerima mesej klu kita sendiri yg x memberi



usah diharapkan kita dicintai akhwat. dirindui akhwat klu kita x pernah langsung untuk mengingati mereka



dalam doa kita, lancarkah nama mereka dibibir kita??



Mutabaah terasa hambar


kalau fenomena ini berlaku, jelas iman kita di posisi yg sgt severe



kita melakukan mutabaah untuk apa ukhti?



sekadar mencukupkan KPI agar tidak diiqob



atau mengharap redho Allah semata?..



kenapa kdang2 kita gagal bertilawah?



ya, kita student, waktu ofis hour kita penuh dengan pengkuliahan..


kdang2 kita inform pad murabbi yg kelas pack. jd penat dan akhirnya bertanguh-tangguh..bila kita bertangguhan, semakin banyak masa untuk kta topup balik bacaan kita. kdang2 x bca terus dalam sehari dan bertangguh lagi pada hari esok dan seterusnya..dan akhirnya mutabaah tilawah kita fail pd minggu itu..



mahu disalahkan sape ukht?



kelas? kuliah? sememangnya tidak!


alasan ini kita nak bagi dihadapan Allah?


salah diri sendiri rupanye!


Gerak kerja terasa hambar



kdang2 kita berziarah, memfollow up atas arahan atau mungkin ada dalam takwim atau mungkin buat bila akhwat mengajak..


bila tiada pengarahan, tiada ajakan dan tidak tertulis di takwim maka tiadalah gerak kerja. hambarlah gerak kerja kita pada minggu itu..


mana inisiatif kita?


mana tanggungjawab kita dihadapan Allah S.W.T


apa jawapan kita sebagai khalifahNYA?


Study terasa hambar


kadang2 bila berpenatan bergerak kerja, kita mula menuntut hak kita untuk berehat..


tidur, itu pasti dilakukan bukan



adakah kita lupa kita punya amanah yang Allah berikan sebagai pelajar wlaupun tugasan dakwah kita memenuhi jadual harian?


Penyelesaian


mudah! klu diamati masalah diatas adalah masalah cabang..


kita solvekan masalah tunjangnya iaitu ikhlas dalam menjaga perhubungan kita dengan Allah S.W.T..


andai hubungan kita dengan Allah jaga, insyaA segalanya terjaga.



hubungan dgn Allah mantap, hq kita juga mantap kerana kita bersama-sama dengan orang yg
mahu berbuat. bukan org yang mahu berehat.


hubungan dgn Allah hebat, insyaA terasa manisnya melakuakn mutabaah dan kadang2 kita sendiri merindui untuk berjumpa dengan Allah S.W.T


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)



hubungan dgn Allah akrab, hubungan kita dengan manusia juga mumtaz kerana



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah! orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah."
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah)



hubungan kita dengan Allah terbela, kita akan bersemangat berbuat walaupun perasan takut dan cemas memuncak..



suka untuk saya berkongsi pengaruh tarbiyyah ruhiyah dalam kehidupan dari kitab Ruhaniyatud-daiyah, Dr Abdullah Nashih 'Ulwan



'tatakala jiwa seorang da'i telah bertakwa sepenuhnya kepada Allah. merasakan muraqabah dan keagunganNya di dalam hati. rutin membaca al-quran dengan tadabbur dan penuh kekhusyukan menyertai nabi dalam berqudwah kepadanya, menyertai orang saleh yang bermakrifat kepada Allah dengan membina pelbagai hikmah dan kebaikan dari mereka. berzikir kepada Allah secara berterusan untuk menambah keteguhan dan ketenangan. selalu melakukan ibadah nafilah untuk mendekatkan diri dan menambah kekhusyukan.


apabila dai sudah memiliki itu semua, maka ketika berbicara atau berkhutbah atau mengajak ke jalan Allah niscaya akan kita temui cahaya keimanan memancar dari kedua bola matanya, keikhlasan tampak jelas menghias raut mukanya dan kejujuran terus mengalir bersama kelembutansuaranya, ketenangan iramanya serta isyarat tangan-tangannya.



bahkan perkataan nya akan meresap ke dalam hati dan melengkapkan jiwa seperti air sejuk yang meresap di kerongkongan orang kehausan bak nur cahaya yang memusnahkan kegelapan. mereka itulah orang-orang yang mendpat petujuk. dakwah mereka akan dapat sambutan luas
dengan nasihat mereka bergetar dan mata menangis. dengan peringatan mereka para ahli maksiat bertaubat dan orang-orang sesat sedar dan kembali ke jalan yang lurus


tatkala jiwa seorang da'i memancarkan rohani, berhubung eratlah dengan Allah, dan dengan memiliki ketakwaan tersingkaplah baginya berbagai hakikat dan makna. terbuka lah rahsia-rahsia yang x dimengerti kecuali orang-orang yang genius dan bertakwa'



kita kenal Allah, insyaAllah kita kenal tanggungjawab!



Bahana fenomena hambar


andai hq sendiri x mmpu nak membentuk jiwa agar lebih tawaduk untuk hari yg seterusnya, maka ukhwah disekitarnya bahkan hqmatenya sendiri semakin dingin. jadi kuranglah interaksi kita sesama akhwat lantas ketidak mampuannya kita menangani konflik dalaman yg semakin bernanah dan merebak di seluruh anggota dan menunggu masa untuk rebah. gerak kerja semakin merudum. study entah ke mana dan akhirnya....fatal...'dakwah bukan miliku lagi dan selamat tinggal dakwah' terucap di bibir!!



kehambaran boleh diatasi..kita punya kuasa membentuknya



Sunday, November 13, 2011

...Satu tujuan...



Hijrah

Munsyid: UNIC

Sering daku terkenang
Hijrah gemilang
Berubah dunia
Gelap menjadi terang

Berguguran air mata
Tidak kurasa
Meski bibir tanpa suara
Ku terus berdoa

Biar nafas menjadi lelah
Kupasti hijrah kerana Allah
Biar kakiku terasa lemah
Menyusuri kekasihMu ya Allah

Pengorbanan abadi
Menerangi bumi
Hijrah bagai hujan
Menyuburi hati

Hijrah satu kebenaran
Sepanjang zaman
Hijrah satu kemenangan
Musafir perjuangan


**********************

lumrah kehidupan

who want to be a good daie

and best slave

bear in mind

for every breath is gone

'beban tanggungjawab kita makin bertambah'


terasa berat ya memang!

bcause we are human..

tapi, disebalik kejerihan penat lelah

tersedia nikmat yang agung..

"innawa'dallahhihaq"


....Biar nafas menjadi lelah

Kupasti hijrah kerana Allah

Biar kakiku terasa lemah

Menyusuri kekasihMu ya Allah.....




Friday, November 11, 2011

...Mengharap cinta seisi langit dan bumi...


Selalu kita dengar atau kita dapati kebanyakan kitab dan ratusan buku merungkai cinta manusia pada Allah. Hanya sedikit berputar tentang cinta Allah pada manusia.


Wujudnya cinta dalam diri kita kerana DIA yang telah memulai hubungan cinta ini dan semuanya berasal dari kecintaan Allah sendiri walaupun pd hakikatnya Allah adalah AL-Ghaniyyu (yg tidak memerlukan sesuatu). Baru kemudiannya Allah menyebut cinta kita yang fakir ini. kalau kita lihat surah Al-Maidah ayat yang ke 54:

"...Maka Allah akan mendatangkan suatu kaum, yang Dia mencintai mereka, dan merekapun mencintaiNya.."

jadi amat buruklah seandainya rasa cinta yang dianugerahkan kepada kita akhirnya membawa kita makin jauh dariNYA dan cinta yang sepatutnya dikembalikan pada Allah, diberi pula pada manusia yang hina dan tidak ada hak untuk menerimanya. Rasulullah S.A.W bersabda,

Sesungguhnya jika Allah mencintai hambaNYA, ia akan memanggil Jibril seraya berkata, " Wahai Jibril, aku mencintai si fulan, maka cintailah ia." maka Jibril pun mencintainya, lalu ia Jibril menyeru penduduk langit, "Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan, maka cintailah ia" Maka penduduk langit pun mencintaiNYA, sehingga ia pun dijadikan nya diterima (dicintai) oleh penduduk bumi" (HR Bukhari dan Muslim)

lihatlah betapa agungnya cinta Allah kepada manusia
kalau Allah cinta kita,
Apa yang kita akan dapat?


Allah beritahu pada Jibril---
Wahai Jibril, aku mencintai si fulan, maka cintailah ia

Jibril juga tidak menyembunyi cinta Allah malah berteriak kepada penduduk langit---
Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan, maka cintailah ia

akhirnya kepada penduduk bumi... nah, hebat bukan, cinta Allah meliputi langit dan bumi... alangkah indahnya andai nama kita yang disebut2 Allah....NUR sekian binti sekian...





Jadi siapa manusia dicintai Allah??

".....sesengguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang yang menyucikan diri" (2:222)

".....sesungguhnya Allah mencintai orang yang berbuat baik" (2:195)

".....sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat" (9:4)
".....sesungguhnya Allah mencintai orang yang berbuat adil" (5:42)

Renungan


Kalau kita cakap kita cinta Allah, apa pembuktian kita padanya??

Kalau kita sayang mak kita dan kita tahu makanan kegemarannya, kita akan berusaha untuk memberi yang terbaik untuknya bukan?


Jadi begitulah kalau kita kata kita cinta padaNya, apa yang kita dah perbuat?
amalanan harian kita? tanggungjwab kita sebagai hamba, adakah dilakukan sebaiknya??


Sering sekali kita mengharap cinta daripada Al-khaliq tetapi pada hakikatnya diri sendiri belum seikhlasnya mencintaiNYA...

Sering juga kita mengharap dicintai orang-orang sekeliling kita, tapi kita terlupa untuk mengharap cintaNYA sedangkan hakikatnya cinta penduduk bumi kepada kita adalah dariNYA juga...


1.35 am @ pR

Thursday, November 10, 2011

...the latest one!...



insyaAllah, giliran sinergi 6 sudah menjengah di pasaran. bagi sesiapa yang telah menempah majalah ini melalui saya, tunggu sedikit masa lagi untuk saya menghantar kepada anda..




bagi sesiapa yang ingin menempah sinergi 5 juga, stok pada saya hanya tinggal belasan sahaja lagi...
cepat tempah seperti yang saya penah post di entry sebelum ini..



ulasan dari sinergi 6



saya sgt tertarik dgn artikel di rubrik saudara Fakhrullah di mana

' ......seperti roda kehidupan yang kita lalui ada ketika berada di puncak keimanan, menara kebaikan dan gading kebajikan. namun ada juga waktunya kta berada di jurang kelalaian, gaung kemaksiatan dan curam kebatilan. namun berapa ramai yang mampu naik semula dari jurang kelalaian ke puncak keimanan? dari gaung ke maksiatan ke puncak kebaikan? dari curam kebatilan ke gading kebajikan.....'

ya, dalam hidup kita fasa kedownan atau futur sering menghambat kita. tetapi sejauh mana kita mencari sinar untuk bangkit semula??

jadi, apa tunggu lagi, temui jawapannya di majalah terbaru terbitan sinergi media yang bertemakan sirnakan kelam, sinarkan cahaya...



kenapa saya pilih sinergi??


dulu saya seorang pembaca, tetapi insyaAllah saya sekarang sebagai penjual..antara sebab saya pilih sinergi dan ingin membantu mendistributekannya:

1. banyak artikelnya bersesuaian dengan jiwa remaja dan belia seperti saya...

2. penulisan artikelnya kadang kala terkena batang hidung saya...kolumnisnya juga kebanyakan daripada mahasiswa dan mahasiswi ipt jadi mereka lebih faham tentang tuntutan kehendak para remaja dan belia perlukan sekarang..

3. keluarannya mengikut permasalahan ummat yang sedang melanda dunia kita sekarang...contohnya di sinergi 5 dengan tema semanis racun berbisa, berapa banyak yg sedar kita sedang dijajah dalam senyap?? keunikan kolumnis mengupas isu ini membuka seluasnya kelopak mata dalam amannya kita sekarang, kita dibius dengan racun yahudi pun kita x sedar!




4. banyak artikelnya menyentuh kehidupan realiti masyarakat kita sekarang. banyak ragam orang yang menolak dakwah rupanya....

5. sebab best..(^_^).. saya akan ulas dan sambung untuk next keluaran!!! yang penting kepada sidang pembaca sekalian, jangan lupa untuk memiliki majalah sinergi...



nice to share


sepanjang saya menjual, alhamdulillah menguntungkan dan ada juga pengalaman orang yang tidak mahu membeli langsung disebabkan penulisnya bukan dari kalangan ustaz. saya hanya tersenyum pada mereka yang berfikiran seperti ini. biarlah, itu haknya sebagai pengguna..bagi saya, saya tidak kisah siapapun penulis itu, asalkan tujuan mereka hanyalah satu iaitu berdakwah kepada Allah tidak kira di perbatasan majalah mahupun di blog2 daie2...

Thursday, October 20, 2011

...kehidupan dan kita...


slm...post pertama untuk sem ni selepas kemeruduman semangat untuk menulis. kalau sem lepas post x update2 sebab x de wireless tp sem ni walaupun baru beberepa hari ada wireless pun smpt2 nak update disebabkan kepackan jadual sem ni yang menggila sehinggakan waktu tidur sy yang septutnya pukul 1 pagi bertukar 4-5pagi.


untuk sem ni sy dan coursemate di fully utilize kan oleh lecterur time weekday 8pg-5ptg dan sy tgh adaptasi dengan sistem 'keduniaan' ni

bayangkan dlm seminggu sama ada


kuliah+3 klinik+1 lab


atau


kuliah+3klinik+1 lab+ test klinkal


atau

dalam seminggu tu ada
kuliah+3 klinik+1lab+test klinikal+quiz

atau yang jdual paling best sy baru dapat ari ni, ada 1 minggu yg bertuah sy ada


kuliah+3 klinik+1 lab+quiz+exam midsem+presentation+assignment


td ckp kt rumate 'x pernah rasenye ade exam tnpa kelas sejak 1st year lagi' bermakna exam ke, kuliah tetap jalan seperti biasa...
sem ni 9 subjek sy kna ambil yang jam kdt dia bertotal 18 jam kdt tp kepackan jadual dan kesendatan otak sy berganda.


sekian dulu untuk kemerepekan saya, insyaAllah kebangkitan blog cahayahabibullah akan bermula tidak lama lagi selepas proses adaptasi ni berakhir.



kata-kata akhir:

klu kita anggap, kita sibuk, ada orang lain yangggggggggg jauh lebih sibuk dari kita. tapi dalam kesibukan kita, Allah x pndang if alasan ni kita bagi sebab x nk berdakwah. Kita boleh list kn kesibukan kita dengan 'dunia' tapi x ramai checklist nya berdakwah gitu an gini panjangnya seperti kesibukan 'dunia' kita. jgn kesibukan 'dunia' jadi alasan kita di akhirat tapi biarlah alasan kita mengejar akhirat yang menjadi pakaian kita untuk akhirat yang kekal abadi. fikir fikirkan (^_^)


'Dakwah first, tapi ademik bukan no 2 mahupun no seterusnya'




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




tgh mencari ruang untu menyettlekan:

1) 3 lagi assignment yang berlainan topic untuk ditaip 5-10 pages setiap 1 tjuk

2) 3 presentation; anomalous retinal correspondence, astigmatisme, pediatrik dan populasi
3) bebrapa video presentation



2.30am @ pR

Thursday, August 18, 2011

...Panggilan Ramadhan menggamit memori...


Bismillahirrahmanirrahim...

Bertemu kembali ke teratak cahayahabibullah setelah hampir sebulan lenggang...

Alhamdulillah berkesempatan smbut ramadhan selama 17 hari di tanah Kuala Lumpur..

Berat rasanya nak menaip atau buat sumthing sbbnya, pagi ni adlah pg terakhir saya akan berada di bumi KL..


Tepat 9.45 pg nanti, saya bakal pulang semula ke tanah kelahiran di Melbourne, Australia..(huhu nampak sangat menipunya). InsyaAllah bakal pulang ke utara tanah air untuk menyambung tour ramadhan di sana. Banyak cerita suka dan duka sepanjang 17 hari tour ramdhan di KL. Asif jiddan pd teman2 seperjuangan yang lain kerana tidak dapat lagi join aktiviti yang kita rancang ke depan. Ini je contract perjanjian yang saya dapat daripada mak sebelum balik KL 28 Julai 2011...


Rasa mcm baru je 1 ramadhan semalam. Tp hakikatnya, malam ni dah malam ke 19..1 hari lagi fasa ke tiga ramadhan akan bermula..pantasnya waktu pergi..rasa macm kelmarin saya melobi habis-habisan mak untuk datang ke KL..masih terngiang-ngiang lagi dialog ‘lobi’an terakhir dengan mak sebelum pergi ke KL esoknya..


‘mak, boleh la mak org pi KL’

‘.........’mak diam lagi

‘mak, x baik tau kalau seorang ibu manghalang anaknya nak buat sesuatu yang bermanfaat baik untuk diri ataupun org lain’ uji saya lagi..

‘............’ diam lagi..kali ni nampak anggukan ..yes! ‘lobi’an terakhir mcm Berjaya..diam tanda setuju! Saya mengandai..

Setelah disoal siasat di mana, dengan siapa, macam mana, bagaimana dan lain2 soalan dengan bertubi-tubi seperti penyiasat dengan penjenayah, barulah mak lepaskan saya ke KL..huhu, inilah kasih ibu...

‘jadi mak bagi org pi ni? Confirm? Klu mak bagi nak 1 lagi permintaan boleh? Taun ni ada peruntukan baju raya dak. Kalau ada, nak cash bleh? duit jpa org dah x dak la mak dlm bank. Boleh gna duit tu gi program-program kat KL. Taun ni org x kesah la ada baju ke x.. Tp kalau x dak, x pa la’


Alhamdulillah, selama 21 hari berada di KL mcm mimpi pulak. Jarang dapat keluar berjauhan bila cuti. Terima Kasih, Ya Allah engkau memahamkan ibuku tentang tugasku sbg khalifahmu


************


Berbalik pada mood ramadhan, Alhamdulillah, alang-alang malam terakhir di KL semlm, saya berkesempatan untuk berterawih di mesjid wilayah persekutuan dan sehari sebelumnya diberi kelapangan untuk beriktikaf untuk kali terakhir di masjid negeri shah alam. Tercapai jugak cita-cita untuk berterawih tahun ni di masjid wilayah, masjid negeri, masjid kampung baru, masjid amru dan surau Kolej KK12.


Rasa nikmat sgt! imam-imam pun tidak memboringkan. Teruja dengan imam Malaysia di masjid yang pernah saya pergi, yang bcaan kalamullah mereka subhanallah, ada yang seperti syeikh saad al ghamidi, syeikh sudais dan ada juga merdu seperti syeikh mishary alfasy. Moga masjid di kampung saya juga wujud celupan syeikh misyari..lagi 1, sejuk mata tengok bnyk masjid yang kembali hidup pada bulan ramadhan ni dengan ceramahnya, qiamnya dan sebagainya.


arghhh..beratnya nak meninggalkan KL..banyak lagi harapan saya yang belum tertunai yang merupakan azam saya pada ramadhan kali ni sebelum mula melangkah ke KL. Yang pertamanya, mengkhatamkan bacaan 30 juzuk selama 15 hari (Alhamdulillah, sempat mengkhatam pada 15 ramadhan lalu). Yang keduanya, hafalan juz amma dan tasmik (yang ini jem skit..banyak lagi yang belum hafal). Yang ketiganya, mengkhatamkan bacaan 30 juzuk dalam masa 10 hari. (moga diberika kekuatan untuk melaksanakanya). Yang keempatnya, nak sangat berterawih di 4 tempat lagi iaitu,

1. masjid Klcc
2. masjid arrahman, lembah pantai
3. Masjid utp
4. Surau k1

Yang kelima, berqiam lagi di masjid negeri s.alam lagi. yang keenam, nak berqiam di masjid KLCC..insyaA, x terasa berat walaupun qiamnya agak lama. Yang seterusnya, buat kuih raya sebanyak-banyaknya. X de la..mestila nak ber’tour’ ramadhan dengan akhwat-akhwat saya smpai habis aktiviti yang dirancang. Inilah tour yg saya akan rindui sampai bila-bila. Moga kita semua berkesempatan untuk meraikan ramadhan bersama-sama pada tahun hadapan lagi.


Suka untuk saya kongsikan pada blogger2 sekalian or viewer my blog, dalam doa kita sempena ramadhan kali ni, jgn lupa untuk doakan 3 benda iaitu dalam doa kita:

1. mohon merasai nikmat keimanan sampai mati
2. Mohon diampunkan dosa sebelum ramadahan pergi. Celakalah org yang meninggalkan ramadhan dengan membawa dosa-dosanya yang lalu. (saya dengar dari seorang ustaz masa iktikaf di masjid negeri s.alam)
3. Mohon dipertemukan dengan malam al-qadr


Last word daripada saya:


Buat akhwatku yang disayangi..juga pada viewer yang dikasihi sekalian..

selamat menyelesaikan target masing-masing. Anggaplah ini ramadhan terakhir buat kita. Moga bertemu malam yang kita nantikan iaitu malam lailatul-qadr. Teruskan mengejar amal sehingga kita betul layak menghuni syurga Allah, sehingga pintu semua pintu syurga lelah melaung-laung nama kita untuk meyambut kehadiran kita. insyaA, 17 hari bersama telah memadam kerinduanku pada kalian ketika di rumah. Atas rasa kerinduan yang menggunung, telah memboosterkanku untuk datang berjumpa kalian.



Buat bondaku yang tercinta juga pada ayahandaku yang kukasihi,
maaf andai anakanda meninggalkan kalian dalam masa 21 hari kari ini. mungkin hari ini kalian tidak nampak apa yang anakanda lakukan. insyaAllah, semuanya akan membantu bonda dan ayahanda diakhirat nanti. Semua akan diperjelaskan oleh Allah S.W.T pada kalian diakhirat nanti. Anakanda tidak mampu untuk janji memberikan apa-apa seperti adik-beradik yang lain, melainkan doa untuk kalian yang x kn pernah putus sehingga anakanda mati. Anakanda tidak kisah seandainya di pagi lebaran, anakanda tidak dapat menyarungkan pakaian baru seperti abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik tetapi cukuplah amal-amal anakanda membaluti tubuh anakanada, bonda dan ayahanda di akhirat nanti. Terima kasih kerana melepaskan anakanda pergi. Moga duit yang kalian berikan untuk anakanda ke sini digantikan oleh Allah S.W.T dengan sesuatu di jannahNYA kelak.


7.45 pagi @ sentul..

huhu, nak bersiap-siap untuk ke puduraya

selamat tinggal KL!!

doakan saya sempat dan selamat sampai ke rumah

salam lebaran....



Tuesday, July 12, 2011

...Lembaran Sirah hanya SEJARAH...


Kenapa tajuk saya mcm ni? Saya ni sokong yang mana ni? Sirah memang hanya sejarah? Sirah dengan sejarah sama ja?


Nak tau?, sila baca lagi point kat bawah ni...


Kalau kita pergi ke kedai buku, berlambak-lambak buku pasal sirah, tokoh yang ni, tokoh yang tu, kisah yang tu atau kisah yang ni tapi


adakah buku-buku itu hanya tersusun chanteq di rak-rak buku yang bertingkat di kedai?


Atau


Buku-buku itu hanya menambah koleksi buku-buku kita di rumah


Atau


Yang paling teruk tahap karma, ada orang yang tengok je buku-buku tu. Tak rasa nak bukak, x rasa pulak nak beli, x dak feel pun nak tau pasal benda ni.


Realiti manusia zaman doraemon




Zaman doraemon la pulak!! Ya memang, Reality sekarang tak ubah macam zaman doraemon. Kalau nobita nak apa, semua dapat daripada doraemaon, begitulah jugak zaman kita skrg.


Kalau dulu, hnset hya dipegang oleh golongan metropolitan tetapi sekarang budak tadika pun ada. Siap 3G lagi!!

Kalau dulu, nak tengok orang tunggang motor, hanyalah org berkemampuan, tapi skrg, bdak sekolah menengah dah ada motor sendiri

kalau dulu, nak tengok anak gadis keluar senja pun susah, tapi skrg, pkul dua tiga pagi bersepah-sepah anak gadis keluar masuk night club

Kalau dulu....ei banyak lagi yg cheq nak taip org dulu-dulu ngan orang sekarang, sat lagi melalot pulak..


Berbalik kepada main topik, ana ckup terkilan bilamana kadang-kadang kita tya bdak-bdak kecik zaman doraemon means zaman sekarang,

‘adik pernah dengaq x pasal israk mikraj?’

‘eh, mcm penah dengaq, tapi x tau la’

.................................................................

‘cbe adik2 sebutkan nama 4 orang khalifah selepas kewafatan rasulullah?’

‘erm..erm ..’ smbil menggaru-garu

‘ok, skrg akak tya soalan lain. Yg ni lagi susah tau. sape 4 finalis yang terpilih untuk masuk peringkat akhir maharaja lawak’

‘saya, saya nak jawab..snang je. Sepah, Jozan bla, bla, dan bla blaaaa..

....................................................................

‘apa agama adik?’

‘eh, msti islam la kak!’

‘jd kalau adik islam, mcm mana nak bezakan dengan agama Hindu, Buddha dan agama lain’

‘sembahyang kot’

‘jd klu x solat tu, kita boleh la suka hati sebut dia bukan islam. Adik tinggal x solat?

‘erm kadang2 je buat. Tu pun kt sekolah, time rehat’

‘ la kenapa cmtu?’

‘mak ngan abah x suruh’

............................................................................


See..inilah corak pemikiran dan perlakuan anak-anak zaman sekarang...
Yang jauh lebih memntingkan hiburan daripada syariat...
yang jauh lebih kenal artis daripada tokoh zaman rasulullah yang syahid menegakkan islam..
yang jauh lebih lancar hafal lirik lagu pop yeyeh daripada membaca al-quran
yang jauh lebih tahu tentang gugurnya pesrta akademi fantasia daripada tahu ramai saudara2 mereka gugur di palestin..


Suka untuk saya tanya,


Berapa ramai mak bapak yang selalu bacakn sirah-sirah umat terdahulu kepada anak-anak agar-anak menjadikan sirah sebagai keteladanan hidup? Yang ada rata-ratanya hanyalah menceritakan tentang kisah kura-kura dan arnab, pak belang dengan si kancil, snow white dengan 7 orang kerdil, batu belah batu bertangkup dan bla..bla..bla..


Berapa ramai ibu-ibu sekarang seperti Khansa’ bin Amru, yg rela dan reda 4 org anaknya mati syahid? Yang ada rata-ratanya lebih suka anak-anak mereka duduk di rumah dan menyekat anak-anak mereka untuk pergi berjuang, pergi berdaurah, pergi berjihad memperbaiki diri.


Berapa ramai pemuda2 sekarang seperti Mushab bin Umair, walaupun kaya, walaupun segala-galanya ada, cukup pakej, tetapi rela meninggalkan kesemuanya untuk berdakwah kepada manusia mengesakan Allah? Yang ada rata-ratanya pemuda2 yang kaya sekarang hanya suka berjoli dengan harta mak bapak diorang yg melimpah ruah dengan sertai konsert, lepak, rempit dan....


Berapa ramai ibu bapak yang buat hukuman merotan bila anak mereka x solat? Secara umumnya, fakta mengatakan ramai penduduk Malaysia x solat. Cbela kita keluar hari jumaat PASTI kita akan jumpa ada diantara bapak-bapak, abang-abang, adik-adik lelaki yang x solat JUMAAT.


Saya rasa dah cukup kot bebelan pertanyaan saya. Kalau mahu disambung kira, kira 2,3 hari baru habis.


Sirah bukan sekadar sejarah



Jadi post yang saya bawakan ni adalah untuk memperingatkan kepada yang terlupa bahwa sirah yang kita baca bukan sekadar buku sejarah iaitu selepas baca pasti tertidur. Tetapi harus kita praktikkan segenap isi hidup kita.


Seseungguhnya keteladan zman Rasulullah dan para sahabat baik dari segi perjuangan, politik, ekonomi, sosial, institusi rumah tangga dan seisi hidup mereka sangat hebat. InsyaAllah, jika ia diselitkan dlm kehidupan kita, nescaya pasti kita rasai kebahgiaannya.


Jadi, jgnlah kita yang mengaku sebagai umat Islam sendiri mengabaikan sirah terdahulu. Kesannya kita boleh lihat sekarang apabila pengabaian terhadap apa yang Rasulullah S.A.W ajarkan menyebabkan terlahirlah anak-anak manja (generasi seperti sekarang), yang hanya berislam di atas sekeping kad pengenalan, bukannya berilslam daripada segenap aspek.


Akhir kalam, Keteladanan dalam lembaran sirah perlu DICONTOHI dan DIPRAKTIKKAN bukan sekadar sejarah yang hanya menjadi catatan di buku-buku yang hanya ditatap bila perlu.



******************


dialog saya beberapa puluh tahun akan datang buat pewaris saya (^_^), insyaAllah:


'Jgn harap umi akan benarkan kamu makan sekiranya kamu tidak berdakwah! Dan sesen pun duit, umi x kn bagi melainkan tujuanmu adalah untuk berdakwah pada Allah semata!'



p/s: maaf, bahasa dah jadik rojak hometown saya..




13:00 @ Penang aka rumah kakak..


Jazakumullah khair kepada yang mendoakan kakak ana dan kandungannya. Kuasa Allah siapa duga!! Alhamdulillah selepas ana mntak spreadkan jarkom, esoknya doktor benarkan discaj hospital walaupun dia belum pulih sepenuhnya dan tiada tanda-tanda dia boleh discaj dalam masa terdekat.

'doakn juga keberadaan ana disisi antunna semula untuk kita bekerja bersama-sama'