Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Saturday, August 01, 2009

...from iLuvIslam...

Adakah Syurga Itu Murah?
www.iLuvislam.com


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ketika melintasi restoran-restoran makanan segera asing yang anda sendiri maklum menyokong pendudukan dan penjajahan Yahudi di Palestin, saya berasa amat pelik kerana setelah ada yang penat lelah turut sama mengikuti kempen mengutuk dan memijak serta barangkali membakar bendera Israel tidak berapa lama dahulu, namun tetap ada juga sahabat seagama kita yang terus sama menyokong dengan membeli barangan tersebut.
Logikal memboikot barangan Yahudi benar, saya mengakui yang jika pemboikotan besar-besaran berlaku terhadap produk Yahudi , maka ramai rakyat malaysia akan kehilangan peluang pekerjaan bahkan ada antara mereka yang sudah pun berjaya dan kaya raya dengan jawatan mereka. Mereka pula bahkan telah mampu mengerjakan haji dan mungkin sekali beramal dengan wang tersebut. Pemboikotan juga mungkin sekali barangkali akan menyebabkan kemelesetan ekonomi yang besar terhadap negara.
NAMUN jika dinilai dari sudut yang berbeza,sebagaimana yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri kita, ketika diwawancara dalam rancangan Blog@1, beliau menyatakan kita memerlukan pengorbanan untuk hal ini.
Bahkan kalau kita lihat dengan lebih cantik lagi, kalaulah setiap penduduk Muslim di Malaysia tidak meminum coca-cola ataupun berhenti makan di KFC dan Mc Donald, bukankah ini merupakan peluang yang bagus untuk peluang perniagaan makanan segera tempatan yang baru dan setaraf dengan KFC. Lebih molek lagi andai syarikat makanan tersebut merupakan milik orang Islam dan menjadi franchise yang memberi lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan terhadap rakyat tempatan seperti yang dialkukan oleh syarikat HPA yang telah membuka restoran RFC(Radix Fried Chichken) dan punya beberapa cawangan di beberapa tempat.Umat Islam harus bersatu!
Jika umat islam di Malaysia ini pandang hal ini, ini merupakan aspek KESATUAN UMAT ISLAM. Ingin saya nyatakan juga,sebagai seorang muslim,kita selalu mendengar tentang persaudaraan umat Islam. Anda boleh merujuk Al-Quran tentangnya :
"Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara ,maka damaikanlah antara keduanya”

Bahkan dalam hadis Rasulullah s.a.w menyatakan :
“Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri”

Lihatlah! Betapa indahnya Islam ini tentang persaudaraan. Persaudaraan yang menjalinkan manusia bukan dari segi warna kulit,bangsa ataupun budaya tetapi berdasarkan iman kepada Allah sahaja! Maka, wahai saudara-saudaraku, adakah syurga itu murah?
Adakah syurga itu murah sehingga kita katakan tidak logik untuk memboikot bahkan tidak logik untuk membantu?
Adakah syurga itu murah bila kelak Allah akan bertanyakan pertanggungjawaban kita kepada wang yang kita gunakan?
Adakah syurga itu murah bilamana kelak saudara Palestina kita bertanyakan,
“Saudaraku, saudara se-Islam ku! TERNYATA KAU CUMA MENYATAKAN BENCI MU SAHAJA PADA YAHUDI!!TETAPI SEBENARNYA KAULAH YANG MEMBUNUH KAMI!!KAU BERIKAN MEREKA WANG RINGGIT MU UNTUK MEMBELI PELURU-PELURU MEMBUNUH MENEMBUSI DADA DAN JANTUNG ANAK-ANAK PALESTIN, MEMBUNUH SAUDARA SMEUSLIM MU SENDIRI!”Maka saudaraku,ketika waktu itu terjadi,dimanakah syurga yang kau idamkan? Dimanakah mukamu yang bangga dan megah itu hendak diletakkan? Benar,mungkin tidak semua barangan tersebut dapat kita boikot dan mungkin sekali bagi sebahagian kita yang mampu,semua barangan tersebut boleh kita nyahkan jauh dari hidup kita. Tetapi,usaha itu perlu kita letakkan di tempat yang benar-benar betul.
Selagi mampu kita laksanakan, kita laksanakan. Kalau memboikot adalah yang paling mampu kita lakukan,maka kenapa tidak kita lakukan? Mahukah nanti Allah bertanya padamu:
ADAKAH SYURGA ITU MURAH?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


IBRAH: mungkin utk berjuang di sana kita tidak mampu tapi kita punya senjata lain iaitu doa dan boycotlah barangan buatan musuh kita. Ayuh sahabatku, kita mampu lakukannya. Bantulah saudara kita di sana.

No comments: