Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Wednesday, December 28, 2011

...Alhamdulillah, Bergerak lagi...


Bismillahirrahmanirrahim...


Syukur dipanjatkan pada Rabb sekalian alam...

Hari ni pada tanggal 28 disember 2011

Allah membenarkan resapan oksigen memasuki ruang jasadku

Masih lagi diberi nikmat helaan nafas seperti hamba-hamba yang lain


Syukur juga kerana di usia 21 tahun,

Allah meluluskan lagi agreementku sebagai hamba kerana:


masih membiarkan hamba yang penuh dengan kehinaan ini bertapak di bumi ini..

meminjamkan lagi nikmat keimanan untuk mengeluarkan aku dari dunia yang penuh kepuakaan ini..

meminjamkan nikmat kefahaman beragama untuk melepasakan diri dari perkara batil

memberi kesempatan merasai nikmat hidup bersama para akhwat dalam bersama-sama mengejar redhoNya

memberi kesempatan merasai nikmat sebagai seorang mutarabbi dalam mana ingin menjadi sibgahNYA


memberi kesempatan nikmat sebagai seorang murabbiyyah dalam menelusuri dan menyambungi rantai perjuangan Sang Murabbi Agung, Rasulullah S.A.W


masih membenarkan hambaMu merasai nikmat memiliki ibu bapa agar tidak berasa kosong kerana Engkau tahu mereka nyawaku

masih membenarkan hambaMu mempelajari ilmu mu agar bermanfaat bagi insan yang lain..



Ya Allah, terlalu banyak nikmatmu untuk satu jasad..

Moga diri ini tidak termasuk didalam golongan yang Engkau sebut


‘Qolilamma tasykurun’ (67:23)


Buat akhwat tercinta:







Jazakumullah khair

untuk akhwat2 terlibat di atas kejutan dan planning yang menyentuh jiwa dan perasan semalam

Pendek semalam doanya kerana jiwa sebak menanggung hiba di atas penghargaan menjadi akhwat kalian...

Ku sambungi doa yang x terungkap semalam


‘Ya Allah,

Sesungguhnya Engkau mengetahui

bahawa hati-hati ini telah bersatu berkumpul di perut bumiMU,

Bertemu dalam kecintaanMU

Hati-hati ini telah bersatu,

berpadu untuk mematuhi perintahMu

Hati-hati telah bersatu,

bersatu memikul beban dakwahMu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat,

untuk mendokong syariaatMU di dunia ini ya Allah..

Maka dengan itu,

Engkau eratkanlah ikatan diantara kami..

Suburkanlah hidup kami dengan cahayaMu yang tidak akan pernah sirna

Lapangkanlah dada kami dengan limpahan iman kepadaMU

dan indahnya kepasrahan kepadaMU.

Ya Allah andai hidup lebih bermakna buat kami,

kami mohon menjadi bangsa yang hebat menggantikan.

Bukan menjadi bangsa digantikan..

Andai mati baik untuk kami, kami mohon kesyahidan di jalanMU..

Ya Allah, mereka ini bungaku

Yg menyegarkan pandangan di kala aku keseorangan

Ya Allah, mereka ini permataku

Yg menyinarkan jalan ku lalui seandainya kelam

Ya Allah, mereka ini penawarku

Yang merawat luka di kejahilian dulu..

Ya Allah, mereka yang Engkau titipkan untukku begitu hebat,

kepadaMu jualah hamba berserah diri kerana Engkau lah Yang Maha Hebat

Hamba mohon padaMu ya Rabb,

Bahagiakan kami di dunia dan juga di akhirat kelak

Dalam kelelahan menegakkan agamaMU ya Allah

Ya Allah, jgn engkau biarkan panahan syaitan

Sebagai perosak hubungan dan kecintaan kami kepadaMU

Sesungguhnya kami termasuk dalam orang-orang yang berserah diri..'

Ameen ya RABB



Saturday, December 24, 2011

...Terbang...

terasa nak post something sekarang..

xcited sbb nak share sumthing happen pagi tadi..

ceritanya agak kelakar tetapi perit kpd org yang mengalami..

buat pertama kali selepas dpt lesen, ana terbang bersama sorang lagi akhwat

in other word terbabas di tempat yang 'tak sepatutnya'..

mujur terbabasnya di hadapan akhwat yang baru balik dari riadah..

jazakumullah khyr kepada yang membantu..







ada rona serba salah dalm diri sy membenarkan u.has yang belum ada lesen membawa motor tu..


kalau sy berkeras menghalang mesti perkara ni x berlaku..tapi Allah punya kuasa, Allah berkehendak untuk mengajarkan kami yang mungkin tadi lalai drpd mengingatinya dan seronok dengan dunia...
insyaAllah pengalaman terbang pagi tadi akan menjadi satu ibrah yang akan sy ingat sampai mati...


terbooster daripada 1 mesej dari u. ummu

prinsip bwk kenderaan,

1. ada lesen
2. ada pengalaman yang bagus
3. tidak gopoh dan tidak stunt



insyaAllah, 1 janji sy pada diri, sy x akan membonceng atau menumpang kenderaan sekiranya akhwat itu, tidak mempunyai prinsip di atas...


afwn kathira kalau sy akan menjadi sgt koleris selepas ini sekiranya antunna gagal mempamerkan prinsip di atas...sy harap tiada yang berkecil hati selepas ini


sy x kisah apa yang berlaku kt sy, tapi sy sgt kisah if sumhing happen to my akhwat..sy terasa bertanggungjawab dan sy sedia berkhidmat selagimana antunnna semua masih bergelar akhwat ana..


back to the story,


ibrah yang sy dapat pg tadi, skrg ni baru terasa nikmatnya berkaki..
kesian rumate sy yang mungkin terpaksa drive untuk sy follow up esok..afwan ye rumate, stil x trauma dn x confident!..


alhamdulillah sebab mungkin sementara sy begini..saya mula terbayang kalau Allah merehatkan kaki saya sebulan, satu lebih dari waktu itu, bermakna sy bakal menyusahkan orang lain..follow up sy mungkin terbantut...



terima kasih ya Allah kerana menyedaran saya........




p/s: doakan u.has walaupun no injury detected tapi dia mula terasa lenguh di lengannya.moga kesakitannya sembuh dua tiga hri lagi dan tidak melarat...


~sambung study yang terbantut tadi........


9.30 pm @ PR

Wednesday, December 21, 2011

...bujang....





AKU RINDU AKHWAT2 YANG BERJUANG DI SAF HADAPAN

X INGIN SEKALI AKU MERASA BUJANG DI SAF BELAKANG

KERANA KU TAHU

DIHADAPAN SANA TERSEDIA SYURGAMU

X INGIN LAGI AKU MENOLEH KE BELAKANG

MENCARI KELIBAT KALIAN

KERANA KU INGIN

MENGECAP BAHAGIANYA SYURGA BERSAMA KALIAN

YA ALLAH,

REZEKIKAN KAMI MATI SYAHID YANG MENJADI

BUKTI KELELAHAN KAMI SELAMA INI

TEMUKAN KAMI DI SAF HADAPAN SEBAGAI BUKTI

PERJUANGAN KAMI MEMBELA AGAMAMU

REZEKIKAN KAMI MENATAP WAJAHMU

YANG MENJADI DAMBAAN KAMI SELAMA INI......