Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Thursday, August 09, 2012

...Belajar dari mereka...


pagi itu, ketika sedang membelek-belek buku 'manajemen Ramadhan'-Solikhin Abu Izzuddin sementara menuggu akhwat lain sampai, terdengar bunyi masuk 1 mesej dar hnset akhwat sebelehku. mulanya nak biarkan tetapi mataku tetap juga mahu melirik ke arah hnset sony erricson hazel merah milik akhwat itu. ingin benar mengetahui isi mesej itu. tanpa meminta, si akhwat itu meberikan hnset itu padaku..meruntun perasaan apabila melihat mesej itu..

"akak, afwan, ana mungkin sampai lambat sikit. ana baru habis menolong mak menoreh getah. ada kat rumah lagi sekarang"

Sender: Ukhti F

akhwat di sebelahku tadi itu teragak-agak untuk mereply. mahu disuruh datang juga atau biarkan perjalanan liqo itu tanpa ukhti F. eager benar ukht F tu nak datang Liqo, jd kmi membuat keputusan bertadarus bersama-sama dahulu sementara menunggu ukhti F datang.

selesai tadarus, tiada lagi tanda-tanda ukhti F akan sampai. sehingga tamat pengisian, bayangnya masih belum muncul. tiba-tiba 1 mesej lagi masuk ke handset yang sama

"afwan, bas lambat tadi, baru sampai K.T. skrg tengah naik teksi ke masjid tu"

Sender: Ukhti F


***********

Alhamdulillah, weekand lepas diberi kesempatan menyambut ramadhan di K.T atas hadiah tiket dari seorang ukhti X (moga Allah meredhoi dan merahmatinya)

berkempatan juga untuk menjoinkan diri di liqo negeri tersebut di Masjid Terapung Kuala Ibai, Terangganu Darul Iman.



masih terngiang-ngiang lagi peristiwa di atas tu walaupun dah beberapa hari meninggalkan negeri yang baru pertama kali dijejak ni.

hampir menitik air mata bila teringatkan 

Allahuakbar, demi sebuah tarbiyah, akhwat itu mengenepikan penatnya membantu emaknya dan terus berkejar mencari bas dan seterusnya naik teksi untuk ke masjid ini.

kedatangannya x menjanjikan pulangannya duit dia balik
kesusahannya mencari tarbiyah x menjamin hidupnya akan berubah menjadi senang

sedih belajar pengorbanan dari dia..

pengorbanan dia lagi tulus


Allah, berikan kami kekuatan seperti dia..

tunjukkan kami semula kemanisan mengejar tarbiyah 

seperti sewaktu mula-mula kami disentuh dengan tarbiyah..


berkesempatan lagi berjaulah
dr K.T ke  KL


KL ke Slim River
Slim riverKe  Felda Besout , InsyaAllah
next ke Tg Malim

5 comments:

freshie said...

ukhti F itu seakan ana kenal. kalau benarlah tekaan ana, maka ana jugak nak kata yg ana suka kali pertama kenal ukhti F ni. ada sesuatu yg dpt dipelajari daripada dia. tak tahu nak explain bagaimana. dgr percakapannya sahaja rasa terbangkit iman, lihat perwatakannya pun sungguh rasa terdidik hati. sederhana dan humble. tulus dan sungguh2. amalnya byk berbicara..subhanallah..

FRESHIE said...

ukhti F itu seakan ana kenal. kalau benarlah tekaan ana, maka ana jugak nak kata yg ana suka kali pertama kenal ukhti F ni. ada sesuatu yg dpt dipelajari daripada dia. tak tahu nak explain bagaimana. dgr percakapannya sahaja rasa terbangkit iman, lihat perwatakannya pun sungguh rasa terdidik hati. sederhana dan humble. tulus dan sungguh2. amalnya byk berbicara..subhanallah..

.:: نورحبيب ::. said...

ana pum bru je kenal ye time gi mesjid tu..(^_^)

Unknown said...

wah.. bestnye.

rasa nak berkenalan juga dgn ukhti F tu bila baca description kak ummu.. kenalkanlah kat ana..

sahabatmu said...

nk kenal gak.