Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Monday, November 16, 2009

" IMAN, KAMU CUTI HARI INI?"

sebelum ana pulang ke kg halaman esok, teringin nak coretkn sesuatu kt blog tapi otak beku sgt..x de idea lgsung to type something...sedang selak majalah solusi tdi, ana tertarik di ruangan muhasabahnya dalm bntuk dialog..

IMAN: Assalamualaikum

DIRI : Waalaikummussalam. oh En Iman! saya rasa dah dua tiga minggu kamu x datang ke pejabat. kamu cuti ke?

IMAN: apa pula saya cuti bos. saya kan diberi cuti

DIRI: oh ye, lupa. itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam lak. lepas dengar ceramah ustaz kat tv berceramah ari tu, saya teringatkan kamu.

IMAN: jadi saya bleh bekerja la bos? saya bleh ambil balik jawatan saya dengan En Nafsu?

DIRI: Eh, x bleh. saya sayang nak pecat En Nafsu. walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi, tapi dia berjaya menghiburkan saya.

IMAN: kalau mcm tu, lebih baik saya berundur

DIRI: eh, jgn! tolonglah saya. saya x bleh kehilangan kamu berdua.

IMAN: tapi bos, kami x mungkin bersama dalam satu syarikat. perbezaan antara kami sgt besar. En Nafsu saya lihat anti sangat dengan saya

DIRI: saya rasa serba salah la pula

IMAN: bos bleh pilih satu je. bos perlu bermujahadah untuk pecat En Nafsu, bos

DIRI: saya tahu. jauh dlm hati saya, saya memang perlukan kamu, En Iman. irihati saya tengok syarikat ustaz kat sebelah. mereka bleh maju sebab ada orang macam kamu. baiklah, saya kena pecat juga En Nafsu, x kiralah apa yang berlaku. En Iman, saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, al-quran dan apa2 yg patut.

IMAN: Alhamdulillah, nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak. Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ini, saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO (Allah S.W.T) sebagai MUTTAQIN

kitalah bos kepada diri sendiri. kita yang menguruskan semua tentang diri, makan minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. tetapi yang lebih penting ialah bagaimana kita menguruskan iman kita. buatlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang bleh menyuburkan iman. jangan ditendang keluar amalan soleh dan jangan pula menyambut baik palit dosa yang masuk dalam diri.

p/s : buat sahabatku, selamat bercuti. jagalah iman antunna..memang sukar kerana perlu berlwn dengan kehendak nafsu..

" Ya Allah, engkau tsabatkanlah hati ini dengan iman. suburilah ia dengan ketakwaan dan engkau siramilah ia dengan rahmat dan kasih sayangmu..hanya padamulah kami meminta pertolongan, Ya Allah.."


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Friday, November 06, 2009

qalbuku terubat...


sebenarnya nak mc dr post something kt blog ni bape ari..tpi terasa gatal tgn ni nk menaip something..tdi layan lagu opick, tajuk dia tombo ati..klu bahasa melayunye ubat hati..ubat hati ada 5 perkara..antaranya:

1. baca quran dan maknanya
2. solat malam dirikanlah
3.berkumpullah dgn org soleh
4.perbanyakkanlah berpuasa
5. zikir malam berpanjanglah


bila dengar opick nyanyi tombo ati yg ketiga, ana sgt trsntuh sbb perkara tulah yg buat iman ana up skit dri down rini.


tadi ana berkumpul ngan akhwt2 ana..terasa something menusuk qalb ana..ana mengaku sejak kebelakangan ni ana susah nk mengalirkn air mata..tpi bla dlm liqa' tu ana sgt tersntuh..rse cm nak nangis pun ade..mane x nye, diaorg yg selama ni membentuk serta membantu iman ana dri down..diaorglah yg byk mengubah hati ni agar sentiasa igt Allah..diaorglah yg byk membuatkn ana dekat dengan Allah..diaorglah yang membuatkan ana agar jauh dr perkara yg x berfaedah..pengisiannya pun byk menyentuh hati ana agar tros istiqamah dlm jalan Allah ni..terima kasih akhwt sekalian kerana masih lg bersama-sama ana..thankz 4 the ukhwahfillah..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, November 05, 2009

~MuTIaRa KaTa~


"kekadang hati merintih derita, jiwa menangis sedih,
akal mengeluh letih..namun hakikat hidup takkan berubah,
yg perlu berubah adalah diri yang menghadapinya..
hati memilih jalan,
akal memulakan langkah dan
iman meluruskan arah..
moga kasih Allah sentiasa bersama kamu.."


"dalam hidup ini Allah x sentiasa memberi ape yg kita
mahu. tapi sebenarnya DIA beri ape yg kita perlu
untuk bantu kita menjadi hambaNYA yg terbaik
didunia dan diakhirat. Allah hanya menguji seseorg itu mengikut
kemampuannya..(2:286). sungguh beruntung org2 yg diuji.
hidup adalah 1 kesilapan dimana kita belajar untuk
menjadi yg lebih sempurna"


" tika titis air mata jatuh ke bumi,
biarlah hanya Allah yang mengetahui,
kerana DIA sahaja penyembuh luk,a,
pemberi bahagia pada hati&naluri.
sedikit yang bermanfaat lebih baik drpd banyak yg melalaikan.
ujian Allah datang kerana kasihNYA
pada hambaNYA agar iman terus meningkat, hati semakin mendekat,
dan jiwa menjadi lebih akrab denganNYA.."


"menjadi seorg pejuang
bukan seindah kata. kadang2
perlu berlawan dengan kehendak diri
sehingga hilang pertimbangan. moga alulan tazkir dariNYA
sentiasa bersamamu. bangunlah wahai ruh pejuang agama fitrah.
bermujahadahlah dengan ilmu yang terpatri di dada
walau seketika cuma kerana kaulah harapan
kekasih Allah"


"adakalanya kita perlu MENANGIS agar
kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA.
adakalanya kita perlu SEDIH agr
kita tahu mahalnya nilai air mata..
bersyukur pada org yang MENYAKITIMU
kerana dia yg MENABAHKAN kamu..
bersyukur kepada org yg yg X MENGENDAHKANmu
kerana dialah yg mgajar kamu BERDIKARI..
besyukur pada org yg MENJATUHKANmu
kerana dia yang MEMPERHEBATKAN kemampuanmu..
bersyukur pada org yg MENYIKSAmu
kerana dia yg menguji KESABARAN dan KETABAHAN
hatimu"

~YaNg Ku daMbAKan...~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


' Ya Allah, aku mohon keredaan dan maghfirahmu..ampunkanlah aku sekiranya aku berlebih-lebihan dalam urusanku '