Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Thursday, August 09, 2012

...Belajar dari mereka...


pagi itu, ketika sedang membelek-belek buku 'manajemen Ramadhan'-Solikhin Abu Izzuddin sementara menuggu akhwat lain sampai, terdengar bunyi masuk 1 mesej dar hnset akhwat sebelehku. mulanya nak biarkan tetapi mataku tetap juga mahu melirik ke arah hnset sony erricson hazel merah milik akhwat itu. ingin benar mengetahui isi mesej itu. tanpa meminta, si akhwat itu meberikan hnset itu padaku..meruntun perasaan apabila melihat mesej itu..

"akak, afwan, ana mungkin sampai lambat sikit. ana baru habis menolong mak menoreh getah. ada kat rumah lagi sekarang"

Sender: Ukhti F

akhwat di sebelahku tadi itu teragak-agak untuk mereply. mahu disuruh datang juga atau biarkan perjalanan liqo itu tanpa ukhti F. eager benar ukht F tu nak datang Liqo, jd kmi membuat keputusan bertadarus bersama-sama dahulu sementara menunggu ukhti F datang.

selesai tadarus, tiada lagi tanda-tanda ukhti F akan sampai. sehingga tamat pengisian, bayangnya masih belum muncul. tiba-tiba 1 mesej lagi masuk ke handset yang sama

"afwan, bas lambat tadi, baru sampai K.T. skrg tengah naik teksi ke masjid tu"

Sender: Ukhti F


***********

Alhamdulillah, weekand lepas diberi kesempatan menyambut ramadhan di K.T atas hadiah tiket dari seorang ukhti X (moga Allah meredhoi dan merahmatinya)

berkempatan juga untuk menjoinkan diri di liqo negeri tersebut di Masjid Terapung Kuala Ibai, Terangganu Darul Iman.



masih terngiang-ngiang lagi peristiwa di atas tu walaupun dah beberapa hari meninggalkan negeri yang baru pertama kali dijejak ni.

hampir menitik air mata bila teringatkan 

Allahuakbar, demi sebuah tarbiyah, akhwat itu mengenepikan penatnya membantu emaknya dan terus berkejar mencari bas dan seterusnya naik teksi untuk ke masjid ini.

kedatangannya x menjanjikan pulangannya duit dia balik
kesusahannya mencari tarbiyah x menjamin hidupnya akan berubah menjadi senang

sedih belajar pengorbanan dari dia..

pengorbanan dia lagi tulus


Allah, berikan kami kekuatan seperti dia..

tunjukkan kami semula kemanisan mengejar tarbiyah 

seperti sewaktu mula-mula kami disentuh dengan tarbiyah..


berkesempatan lagi berjaulah
dr K.T ke  KL


KL ke Slim River
Slim riverKe  Felda Besout , InsyaAllah
next ke Tg Malim

Wednesday, August 01, 2012

...Kenapa perlu lari?...

'mesej x dibalas'


'panggilan pula tidak diangkat'


'ah, apa mungkin, aku akan ditinggalkan lagi' hati mula meneka


kenangan pentarbiyahan mula terimbas satu demi satu
kalau dulu, makannya bersama
kalau dulu, mainnya bersama
kalau dulu, tilawahnya bersama
kalau dulu, halaqohnya bersama
kalau dulu, follow up nya bersama
kalau dulu, otak kita sama-sama memerah keringat menangisi nasib ummat
sekarang adakah memori bersamanya hanya tinggal illusi yang sepertinya tak pernah wujud sebelum ni?


 Akal atau nafsu yang tentukan? 


kadang-kadang kita perlu fikir, segala keputusan kita lahiriahnya adalah dari akal atau nafsu
sehinggakan kita nekad untuk meninggalkan tarbiyah yang dahulunya kita lalui


dulu bicaranya 'tarbiyah itu penting', lantas dibicarakannya pula pada anak halaqoh
dulu taujihnya hebat, boleh meresap kepada anak halaqohnya
dulu tilawahnya terjaga sehingga tiada langsung hari-harinya dilalui tanpa kalamullah
dulu bacaannya adalah tentang sirah Rasulullah, dan buku-buku yang membina, tetapi mungkin, buku-buku itu mula ditinggalkan dan dilupakan


perkara-perkara dunia mula menyelit dalam diri sehingga tiada ruang untuk memikirkan bahananya


Aku keseorangan, semestinya tidak!


kita tidak akan keseorangan sebab bumi Allah ini luas. tentu ada sahaja manusia yang akan menemani kerana kita memang hidup dengan manusia.
tetapi adakah sama manusia yang kita temui sama dengan orang  yang pernah susah senang bersama dengan kita dulu?
samakah dari segi takwa?
samakah tujuan dan matlamat hidup?
samakah prinsip mereka?


byk jenis orang yang boleh dibuat kawan


Kawan 1
-faham agama tetapi dakwah ditinggalkan. hidup sekadar hidup. dakwah sepertinya jelek


Kawan 2
-faham agama, faham dakwah tetapi tidak dipraktikan dlm hidup. amar makruf mungkin dibuat tetapi nahi mungkarnya tiada


Kawan 3
-faham agama, faham dakwah, berjuang atas dasar mengikut, masih sukar untuk memberi teguran meskipun sudah lama berukhwah


Kawan 4 
-faham agama, faham dakwah, berbuat atas dasar kefahaman, pengorbanan  bukan lagi satu halangan. berukhwah kerana terpupuknya cinta dariNya


kita mungkin tidak rasa keseorangan
sebab kawan boleh dicari
mungkin 1,2, 3 jenis kawan di atas senang dijumpai tetapi tidak pada yang 4


mahu mengharapakan taujih...
mahu diteguri...
mahu disayangi...
mahu dirindui...
mahu dilindungi...
kerana Allah
siapa?


jawapannya pada hati...


klu kita ckp kita kuat, jgn pernah menipu diri kerana


...huwallazi ayyadaka binasrihi wabilmukminin, dia lah yang memberikan kekuatan padaMu dengan pertolonganNya dan (dukungan) orang-orang mukmin [8:62]






Kenapa perlu lari?


kalau menjauh adalah solusi
jangan tipu pada diri sendiri walhal diri penuh dengan serba salah


kalau hidup sebagai orang biasa adalah pilihan, terserah...wahadaina hunnajdain [90:10]
manusia menghalang semestinya terhalang kerana diri telah menetapkan tujuan


andai apa pilihan yang kita buat adalah benar, kenapa perlu lari
jangan biarkan orang ternanti-nantian
jangaan biarkan orang menunggu resah
jangan biarkan orang meletakkan harapan andai diri sudah tidak mahu.....




Dahulunya kita mencari,
lantas DIA hadiahkan
Kita mula menyukai
dunia gersang kita simbahi
tanpa disedari
kemarau mula menerpa
kemelut hati semakin jenuh
urat kepayahan mula kelihatan
menyesak dada menghimpit naluri
seolah barah
yang mengikis keimanan
terkapai aku dipersimpangan jalan
mahu meneruskan
atau berhenti
andai hidup untuk Yang Maha hidup
kita tahu jalannya








There was an error in this gadget