Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Thursday, August 18, 2011

...Panggilan Ramadhan menggamit memori...


Bismillahirrahmanirrahim...

Bertemu kembali ke teratak cahayahabibullah setelah hampir sebulan lenggang...

Alhamdulillah berkesempatan smbut ramadhan selama 17 hari di tanah Kuala Lumpur..

Berat rasanya nak menaip atau buat sumthing sbbnya, pagi ni adlah pg terakhir saya akan berada di bumi KL..


Tepat 9.45 pg nanti, saya bakal pulang semula ke tanah kelahiran di Melbourne, Australia..(huhu nampak sangat menipunya). InsyaAllah bakal pulang ke utara tanah air untuk menyambung tour ramadhan di sana. Banyak cerita suka dan duka sepanjang 17 hari tour ramdhan di KL. Asif jiddan pd teman2 seperjuangan yang lain kerana tidak dapat lagi join aktiviti yang kita rancang ke depan. Ini je contract perjanjian yang saya dapat daripada mak sebelum balik KL 28 Julai 2011...


Rasa mcm baru je 1 ramadhan semalam. Tp hakikatnya, malam ni dah malam ke 19..1 hari lagi fasa ke tiga ramadhan akan bermula..pantasnya waktu pergi..rasa macm kelmarin saya melobi habis-habisan mak untuk datang ke KL..masih terngiang-ngiang lagi dialog ‘lobi’an terakhir dengan mak sebelum pergi ke KL esoknya..


‘mak, boleh la mak org pi KL’

‘.........’mak diam lagi

‘mak, x baik tau kalau seorang ibu manghalang anaknya nak buat sesuatu yang bermanfaat baik untuk diri ataupun org lain’ uji saya lagi..

‘............’ diam lagi..kali ni nampak anggukan ..yes! ‘lobi’an terakhir mcm Berjaya..diam tanda setuju! Saya mengandai..

Setelah disoal siasat di mana, dengan siapa, macam mana, bagaimana dan lain2 soalan dengan bertubi-tubi seperti penyiasat dengan penjenayah, barulah mak lepaskan saya ke KL..huhu, inilah kasih ibu...

‘jadi mak bagi org pi ni? Confirm? Klu mak bagi nak 1 lagi permintaan boleh? Taun ni ada peruntukan baju raya dak. Kalau ada, nak cash bleh? duit jpa org dah x dak la mak dlm bank. Boleh gna duit tu gi program-program kat KL. Taun ni org x kesah la ada baju ke x.. Tp kalau x dak, x pa la’


Alhamdulillah, selama 21 hari berada di KL mcm mimpi pulak. Jarang dapat keluar berjauhan bila cuti. Terima Kasih, Ya Allah engkau memahamkan ibuku tentang tugasku sbg khalifahmu


************


Berbalik pada mood ramadhan, Alhamdulillah, alang-alang malam terakhir di KL semlm, saya berkesempatan untuk berterawih di mesjid wilayah persekutuan dan sehari sebelumnya diberi kelapangan untuk beriktikaf untuk kali terakhir di masjid negeri shah alam. Tercapai jugak cita-cita untuk berterawih tahun ni di masjid wilayah, masjid negeri, masjid kampung baru, masjid amru dan surau Kolej KK12.


Rasa nikmat sgt! imam-imam pun tidak memboringkan. Teruja dengan imam Malaysia di masjid yang pernah saya pergi, yang bcaan kalamullah mereka subhanallah, ada yang seperti syeikh saad al ghamidi, syeikh sudais dan ada juga merdu seperti syeikh mishary alfasy. Moga masjid di kampung saya juga wujud celupan syeikh misyari..lagi 1, sejuk mata tengok bnyk masjid yang kembali hidup pada bulan ramadhan ni dengan ceramahnya, qiamnya dan sebagainya.


arghhh..beratnya nak meninggalkan KL..banyak lagi harapan saya yang belum tertunai yang merupakan azam saya pada ramadhan kali ni sebelum mula melangkah ke KL. Yang pertamanya, mengkhatamkan bacaan 30 juzuk selama 15 hari (Alhamdulillah, sempat mengkhatam pada 15 ramadhan lalu). Yang keduanya, hafalan juz amma dan tasmik (yang ini jem skit..banyak lagi yang belum hafal). Yang ketiganya, mengkhatamkan bacaan 30 juzuk dalam masa 10 hari. (moga diberika kekuatan untuk melaksanakanya). Yang keempatnya, nak sangat berterawih di 4 tempat lagi iaitu,

1. masjid Klcc
2. masjid arrahman, lembah pantai
3. Masjid utp
4. Surau k1

Yang kelima, berqiam lagi di masjid negeri s.alam lagi. yang keenam, nak berqiam di masjid KLCC..insyaA, x terasa berat walaupun qiamnya agak lama. Yang seterusnya, buat kuih raya sebanyak-banyaknya. X de la..mestila nak ber’tour’ ramadhan dengan akhwat-akhwat saya smpai habis aktiviti yang dirancang. Inilah tour yg saya akan rindui sampai bila-bila. Moga kita semua berkesempatan untuk meraikan ramadhan bersama-sama pada tahun hadapan lagi.


Suka untuk saya kongsikan pada blogger2 sekalian or viewer my blog, dalam doa kita sempena ramadhan kali ni, jgn lupa untuk doakan 3 benda iaitu dalam doa kita:

1. mohon merasai nikmat keimanan sampai mati
2. Mohon diampunkan dosa sebelum ramadahan pergi. Celakalah org yang meninggalkan ramadhan dengan membawa dosa-dosanya yang lalu. (saya dengar dari seorang ustaz masa iktikaf di masjid negeri s.alam)
3. Mohon dipertemukan dengan malam al-qadr


Last word daripada saya:


Buat akhwatku yang disayangi..juga pada viewer yang dikasihi sekalian..

selamat menyelesaikan target masing-masing. Anggaplah ini ramadhan terakhir buat kita. Moga bertemu malam yang kita nantikan iaitu malam lailatul-qadr. Teruskan mengejar amal sehingga kita betul layak menghuni syurga Allah, sehingga pintu semua pintu syurga lelah melaung-laung nama kita untuk meyambut kehadiran kita. insyaA, 17 hari bersama telah memadam kerinduanku pada kalian ketika di rumah. Atas rasa kerinduan yang menggunung, telah memboosterkanku untuk datang berjumpa kalian.



Buat bondaku yang tercinta juga pada ayahandaku yang kukasihi,
maaf andai anakanda meninggalkan kalian dalam masa 21 hari kari ini. mungkin hari ini kalian tidak nampak apa yang anakanda lakukan. insyaAllah, semuanya akan membantu bonda dan ayahanda diakhirat nanti. Semua akan diperjelaskan oleh Allah S.W.T pada kalian diakhirat nanti. Anakanda tidak mampu untuk janji memberikan apa-apa seperti adik-beradik yang lain, melainkan doa untuk kalian yang x kn pernah putus sehingga anakanda mati. Anakanda tidak kisah seandainya di pagi lebaran, anakanda tidak dapat menyarungkan pakaian baru seperti abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik tetapi cukuplah amal-amal anakanda membaluti tubuh anakanada, bonda dan ayahanda di akhirat nanti. Terima kasih kerana melepaskan anakanda pergi. Moga duit yang kalian berikan untuk anakanda ke sini digantikan oleh Allah S.W.T dengan sesuatu di jannahNYA kelak.


7.45 pagi @ sentul..

huhu, nak bersiap-siap untuk ke puduraya

selamat tinggal KL!!

doakan saya sempat dan selamat sampai ke rumah

salam lebaran....