Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Tuesday, July 12, 2011

...Lembaran Sirah hanya SEJARAH...


Kenapa tajuk saya mcm ni? Saya ni sokong yang mana ni? Sirah memang hanya sejarah? Sirah dengan sejarah sama ja?


Nak tau?, sila baca lagi point kat bawah ni...


Kalau kita pergi ke kedai buku, berlambak-lambak buku pasal sirah, tokoh yang ni, tokoh yang tu, kisah yang tu atau kisah yang ni tapi


adakah buku-buku itu hanya tersusun chanteq di rak-rak buku yang bertingkat di kedai?


Atau


Buku-buku itu hanya menambah koleksi buku-buku kita di rumah


Atau


Yang paling teruk tahap karma, ada orang yang tengok je buku-buku tu. Tak rasa nak bukak, x rasa pulak nak beli, x dak feel pun nak tau pasal benda ni.


Realiti manusia zaman doraemon




Zaman doraemon la pulak!! Ya memang, Reality sekarang tak ubah macam zaman doraemon. Kalau nobita nak apa, semua dapat daripada doraemaon, begitulah jugak zaman kita skrg.


Kalau dulu, hnset hya dipegang oleh golongan metropolitan tetapi sekarang budak tadika pun ada. Siap 3G lagi!!

Kalau dulu, nak tengok orang tunggang motor, hanyalah org berkemampuan, tapi skrg, bdak sekolah menengah dah ada motor sendiri

kalau dulu, nak tengok anak gadis keluar senja pun susah, tapi skrg, pkul dua tiga pagi bersepah-sepah anak gadis keluar masuk night club

Kalau dulu....ei banyak lagi yg cheq nak taip org dulu-dulu ngan orang sekarang, sat lagi melalot pulak..


Berbalik kepada main topik, ana ckup terkilan bilamana kadang-kadang kita tya bdak-bdak kecik zaman doraemon means zaman sekarang,

‘adik pernah dengaq x pasal israk mikraj?’

‘eh, mcm penah dengaq, tapi x tau la’

.................................................................

‘cbe adik2 sebutkan nama 4 orang khalifah selepas kewafatan rasulullah?’

‘erm..erm ..’ smbil menggaru-garu

‘ok, skrg akak tya soalan lain. Yg ni lagi susah tau. sape 4 finalis yang terpilih untuk masuk peringkat akhir maharaja lawak’

‘saya, saya nak jawab..snang je. Sepah, Jozan bla, bla, dan bla blaaaa..

....................................................................

‘apa agama adik?’

‘eh, msti islam la kak!’

‘jd kalau adik islam, mcm mana nak bezakan dengan agama Hindu, Buddha dan agama lain’

‘sembahyang kot’

‘jd klu x solat tu, kita boleh la suka hati sebut dia bukan islam. Adik tinggal x solat?

‘erm kadang2 je buat. Tu pun kt sekolah, time rehat’

‘ la kenapa cmtu?’

‘mak ngan abah x suruh’

............................................................................


See..inilah corak pemikiran dan perlakuan anak-anak zaman sekarang...
Yang jauh lebih memntingkan hiburan daripada syariat...
yang jauh lebih kenal artis daripada tokoh zaman rasulullah yang syahid menegakkan islam..
yang jauh lebih lancar hafal lirik lagu pop yeyeh daripada membaca al-quran
yang jauh lebih tahu tentang gugurnya pesrta akademi fantasia daripada tahu ramai saudara2 mereka gugur di palestin..


Suka untuk saya tanya,


Berapa ramai mak bapak yang selalu bacakn sirah-sirah umat terdahulu kepada anak-anak agar-anak menjadikan sirah sebagai keteladanan hidup? Yang ada rata-ratanya hanyalah menceritakan tentang kisah kura-kura dan arnab, pak belang dengan si kancil, snow white dengan 7 orang kerdil, batu belah batu bertangkup dan bla..bla..bla..


Berapa ramai ibu-ibu sekarang seperti Khansa’ bin Amru, yg rela dan reda 4 org anaknya mati syahid? Yang ada rata-ratanya lebih suka anak-anak mereka duduk di rumah dan menyekat anak-anak mereka untuk pergi berjuang, pergi berdaurah, pergi berjihad memperbaiki diri.


Berapa ramai pemuda2 sekarang seperti Mushab bin Umair, walaupun kaya, walaupun segala-galanya ada, cukup pakej, tetapi rela meninggalkan kesemuanya untuk berdakwah kepada manusia mengesakan Allah? Yang ada rata-ratanya pemuda2 yang kaya sekarang hanya suka berjoli dengan harta mak bapak diorang yg melimpah ruah dengan sertai konsert, lepak, rempit dan....


Berapa ramai ibu bapak yang buat hukuman merotan bila anak mereka x solat? Secara umumnya, fakta mengatakan ramai penduduk Malaysia x solat. Cbela kita keluar hari jumaat PASTI kita akan jumpa ada diantara bapak-bapak, abang-abang, adik-adik lelaki yang x solat JUMAAT.


Saya rasa dah cukup kot bebelan pertanyaan saya. Kalau mahu disambung kira, kira 2,3 hari baru habis.


Sirah bukan sekadar sejarah



Jadi post yang saya bawakan ni adalah untuk memperingatkan kepada yang terlupa bahwa sirah yang kita baca bukan sekadar buku sejarah iaitu selepas baca pasti tertidur. Tetapi harus kita praktikkan segenap isi hidup kita.


Seseungguhnya keteladan zman Rasulullah dan para sahabat baik dari segi perjuangan, politik, ekonomi, sosial, institusi rumah tangga dan seisi hidup mereka sangat hebat. InsyaAllah, jika ia diselitkan dlm kehidupan kita, nescaya pasti kita rasai kebahgiaannya.


Jadi, jgnlah kita yang mengaku sebagai umat Islam sendiri mengabaikan sirah terdahulu. Kesannya kita boleh lihat sekarang apabila pengabaian terhadap apa yang Rasulullah S.A.W ajarkan menyebabkan terlahirlah anak-anak manja (generasi seperti sekarang), yang hanya berislam di atas sekeping kad pengenalan, bukannya berilslam daripada segenap aspek.


Akhir kalam, Keteladanan dalam lembaran sirah perlu DICONTOHI dan DIPRAKTIKKAN bukan sekadar sejarah yang hanya menjadi catatan di buku-buku yang hanya ditatap bila perlu.



******************


dialog saya beberapa puluh tahun akan datang buat pewaris saya (^_^), insyaAllah:


'Jgn harap umi akan benarkan kamu makan sekiranya kamu tidak berdakwah! Dan sesen pun duit, umi x kn bagi melainkan tujuanmu adalah untuk berdakwah pada Allah semata!'



p/s: maaf, bahasa dah jadik rojak hometown saya..




13:00 @ Penang aka rumah kakak..


Jazakumullah khair kepada yang mendoakan kakak ana dan kandungannya. Kuasa Allah siapa duga!! Alhamdulillah selepas ana mntak spreadkan jarkom, esoknya doktor benarkan discaj hospital walaupun dia belum pulih sepenuhnya dan tiada tanda-tanda dia boleh discaj dalam masa terdekat.

'doakn juga keberadaan ana disisi antunna semula untuk kita bekerja bersama-sama'