Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Thursday, December 30, 2010

...AnDaKaH oRaNg yG MaHaL?...



dah hampir beberapa bulan lagu ini akan berkumandang di mp3 Habib sy..kalau x dengar sehari mesti mcm pelik je hidup hari tu. banyak yang dapat kita ambil benefit dari lagu ini bagi sesiapa yang berfkir..mari kita selami beberapa bait dr lirik lagu sunnah berjuang nyanyian almarhum Us Asri..
(habib=my hndset)


"berjuang memang pahit
kerana syurga itu manis

bukan sedikit mahar yang perlu dibayar

bukan sedikit pedih yang ditagih"



My word:



ye memang syurga Allah manis..syurga yang Allah tawarkan kepada kita sgt x ternilai, x terhitung dan sgt besar nikmatnya.
usahkan hendak masuk, tapi untuk menempuh laluan ke pintu masuk ke syurga bukan semudah touch n go. before kita 'go', banyak benda yang akan di'touchkan' cntohnya amalan kita.
Jgn ingat solat, puasa, studi kita, dan amal ibadat kita cukup untuk menempah tiket ke syurga.



Kalau disingkapkan kembali sirah Rasulullah, bagaimana pahit getirnya pengorbanan baginda dalam menegakkan syiar Islam sehinggakan banyak tohmahan yg diterima baginda oleh puak pelampau quraish, dibaling dengan batu sebagai upacara menyambut baginda ketika baginda mula sampai di Taif, mengalami kecederaan ketika Perang Uhud, berhadapan dengan pelbagai ancaman bunuh oleh musuhnya, dan banyak lagi rintangan yang dilalui baginda. masyaallah, sangat kerdil kita berbanding dengan baginda.



baginda telah dijanjikan Allah syurga,
namun, tawaduknya baginda hanya Allah yang tahu
bersyukurnya baginda, sehingga kita sendiri x sesanggup, seteguh dan sekuat Rasulullah..
wujudkah lagi hamba yang ibadatnya hingga bengkak2 kaki?



sekali lagi, baginda telah dijanjikan syurga,wahai sahabatku,
kenapa baginda masih lagi memikul beban dakwah?
masih lagi berperang demi menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini hingga penghujung nyawanya,
masih lagi menjalankan amanah Allah sebagai seorang hamba?
masih lagi melakukan amal ibadat



kerana 1 ungkapan shabatku,
yakni mengecapi keredaan Allah.
again, kerana mencari keredaan Allah..



kita ini, jangankan syurga firdaus, syurga yang ratingnya paling bawah sekali, belum tentu kita dpat jijak, namun, sudah berbangga dengan kehidupan yang ada sekarang..



untuk dpt gelaran penghuni syurga bukan mudah sahabat..jadilah orang yang mahal yakni org yang bersedia berkorban harta, jiwa, pangkat serta menjadi seorang muslim super baik dari segi amal ibadat, akhlak mahupun hal-ehwal dakwah untuk syurga Allah..



Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (9:111)



dlm ayat di atas, jelas..

Allah membeli segala amalan kita dan gantikannya dengan syurga..jadi bergembiralah dengan jual beli yang kita lakukan..


Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan. (2:245)


now, refleks kembali diri kita, apa yang kita ada sebenarnya untuk ditukarkan dengan Allah S.W.T??



segunung ilmu komik kartun?

amal ibadat yang banyak tapi pincang?

movie2 yang melalaikan?


adakah Allah pandang amal kita ini?



the answer is on ur heart!!


ok, we move to the next lyrics,


"berjuang ertinya terkorban
rela terhina kerna kebenaranItalicantara 2 pasti terjadi
tunggulah syahid atau menang"

My words:


berjuang memang perlu banyak berkorban. seperti yang saya tulis di atas, berjuang memerlukan pengorbanan baik dari segi harta, nyawa dan sebagainya..



kalau kita di hina ketika berjuang itu lumrah..dalam kesemputan masalah ummat kita sekarang, org berdakwah menjadi umpatan orang..orang yang bertudung litup dan berserban dipandang jelek..
yang berpakaian terdedah sana sini menjadi sanjungan..'ikut trend dan perkembangan fesyen alkononnya'..


jadi secara konklusinya, suka untuk saya mengajak diri saya dan juga sahabat sekalian untuk menjadi antara org2 yang mahal, agar kita punya 'harta' untuk ditukarkan dengan Allah S.W.T bagi merebut syurganya yang tertinggi yakni syurga Firdaus. moga-moga kita menjadi orang-orang yang terpilih di klangan yang terpilih untuh meraih syurgNYA




***********

tadi 30/12/2010. Alhamdulillah, berlangsung sudah halaqah widak saya..igtkan sy ngan ukhti A yg akan suprisekn mutarabbi2 kami..rupanya saya disuprisekan dengan diorang dan ukhti A, yang telah membeloti saya pada hujung halaqah..

suprisenya adalah..

taraa...


dihadiahkan sebiji kek coklat berkrim oleh mereka2 itu walaupun sanah helwa yang ke-ehem2 saya dah 2 hari berlalu

huh..sedap2..

huh..tengok!! berlapis2..dah macam Secret recipe tapi ini punya kek bukan buatan kedai tapi hasil buatan ukhti W..memang power la dia..huh sapa nak tempah bleh direct kepada saya..


nugget dengan fan fries pun ada..yang ni plak digoreng oleh ukht T..


Alhamdulillah..2 kali ana diraikan..b4 and after the due..
dulu mkn pizza...tadi makan kek...



Jazakumullahu khairan kathira my beloved akhwat yang meraikan...


Subhanallah, segala puji bagimu kerana mengurniakan mereka-mereka ini ya Allah
moga kami terus tsabat di atas jalanMU ya Allah..

aku sayang mereka, aku cinta kepada kerna Mu ya Allah..moga ukhwah kami kekal hingga ke syurgaMu, ya Allah..



...31/12/2010, 4.45a.m @ PR...


p/s: buat mutarabbiah2 ku dan ukht A, moga terus tsabat menempuh Jalan ini..jgn mencipta alasan untuk menjauh tetapi ciptalah alasan untuk terus kekal utuh di jalan ini...

sekian dulu untuk pagi ini yang sunyi ini....



Wednesday, December 22, 2010

...ALL iN mY HeArT...


Bismillahirrahmanirahim. Bersua kembali di teratak yg sudah lama yang tidak diupdate. Tadi masa kemas-kemas buku, terselak di mukasurat yang sungguh memukau dan menyentap nurani.


Diiriwayatkan Dari Anas bin Malik R.A ia berkata: Seorang laki-laki berpapasan dengan Nabi S.A.W dan ketika itu di sisi beliau ada beberapa orang, salah seorang di antara mereka berkata :


‘Sesungguhnya aku mencintaiNYA kerana Allah.’


Nabi bersabda kepadanya ; ‘Apakah engkau sudah memberitahu kepadanya?


Ia menjawab : ‘ Belum.’


Nabi bersabda : ‘Temuilah ia dan beritahukan padanya’


Maka ia pun bangkit menemuinya dan memberitahukan padanya. Laki-laki itu membalas :


‘Semoga Allah mencintaimu yang keranaNYA engkau mencintaiku.’


Kemudian, ia kembali. Nabi S.A.W bersabda :


‘Engkau bersama orang yang engkau cintai, dan bagimu apa yang engkau harapkan (berupa pahala)’


Sumber : Al-Hubbu wal Bugdhu Fillah ( Cinta dan Benci Kerana Allah)-Syaikh Salim bin ‘Ied al-Hilali


************


Ketahuilah wahai akhwatku, sahabat-sahabatku yang bersama-sama berjuang di jalanNya, aku cinta pada kalian, aku sayang pada kalian kerana Allah. Atas sebab ‘ukhwahfillah’ yang terlafaz dari mulut kalian, aku berasa terpanggil untuk bertanggungjawab ke atas kalian.


Andai kalian rebah, tersungkur bahkan jatuh ke limbah kebinasaan, aku juga akan rebah dan aku juga akan terjun ke lembah itu. Bukan untuk bersama-sama didalam kebinasaan tetapi untuk memaut kembali kalian daripada terus berada dalam kegelapan.


Begitu juga sebaliknya, aku juga mengharapkan kalian juga membawaku dan membimbingku untuk bersama-sama tegar beristiqamah di atas JalanNYA kerana ukhwah dan cinta yang lahir ini sesama kita FILLAH tidak akan pernah hancur melainkan maut menjengah.


Maafkan aku kadang-kadang kalian rasa aku terlalu ‘busybody’. Tapi ketahuilah semuanya kerana ukhwah kita. Sekali lagi..UKHWAH YANG PERNAH BERTAUT INI AKU TIDAK AKAN SIAKAN..


************


Thankz to My beloved akhwat yang meraikan hari yang penting dalam hidup ana and one more akhwat walaupun duenya belum tiba..antunna memang best arrr...


~UKHWAHFILLAH ILA JANNAH~


bukan pizza boikot ye...







Sebuah Pertemuan



Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan

Ada kalanya langkahku tersasar

Tersungkur di lembah kegelapan


Bagaikan terdengar bisikan rindu

Mengalun kalimah menyapa keinsafan

Kehadiranmu menyentuh kalbu

Menyalakan obor pengharapan


Tika ku kealpaan

Kau bisikkan bicara keinsafan

Kau beri kekuatan,
tika aku
Diuji dengan dugaan

Saat ku kehilangan keyakinan

Kau nyalakan harapan

Saat ku meragukan keampunan
Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan

Kepada sebuah pertemuan

Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran

Kau gilap cahaya kebahagiaan

Tulus keikhlasan menjadi ikatan

Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan


Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga

Mekar tidak pernah layu

Damainya hati
Yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar diuji dugaan

Mengharum dalam harapan

Moga kan kesampaian kepada Tuhan

Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati

Menunjuk jalan dekati-Nya

Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai

Kejujuran yang kau beri

Mengajarku mengenal erti

Cinta hakiki yang abadi


Tiada yang menjadi impian

Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan

Sekeping hati seorang insan

Bernama teman




S.I.N.E.R.G.I



Dalam x diam, Synergy Media telah melahirkan sebuah lagi majalah bagi keluarannya yang ke-3. Pada kali ini sinergi membawa tema ‘AJARKAN AKU CINTA’


huhh..tajuk dan design yang pasti memukau golongan anak muda di luar sna..pada edisi kali ini menyelitkan tentang CINTA..

Cinta yang mana paling utama?
Betulkah jalan cintaku sekarang?

banyak persoalan cinta bersimpul-siur dalam fikiran anda?

Temui jawapannya dalammmm....



Kenapa pilih Sinergi?

-ringan, senang dibawa kemana-mana

-Bersaiz setengah A4

-tidak ada tarikh luput sbb keluarannya tidak keluar setiap bulan tapi mengikut edisi

-x tebal sgt

-murah..hanya RM3 shja

-pakej 2 dalam 1..membeli sambil berinfaq

-keunikan design frontpage ( klu x suka content, bleh amek frontpage pastu tebuk lubang dan ikat reben..bleh jadi penanda buku!! Contentnya plak bleh simpan atau bg kat org..Tp kena beli seluruh majalah sebab memang x jual frontpage je!


Medan penulisan dalam sinergi mencakupi tentang :

-Kembara Fikrah
-Qudwah
-Diagnosis Diri
-Anjakan Paradigma
-Sirah
-Komik Islami
-Tafsir Al-Quran
-Bedah Buku
-Global Islam
-Oasis Iman
-Ekonomi Islam
-Cerpen
dan byk lagi!!!


Berikut adalah sinergi edisi pertama dan kedua


Sinergi pertama mengetengahkan tema dakwah bil pena..



Sinergi kedua pula membawa kita dengan tema ‘Indahnya bersyukur’..




p/s: bagi sesiapa yang ingin mendapatkan dan menjadi pengedar majalah SINERGI boleh kunjungi laman sesawang SYNERGY MEDIA (http://www.synergymedia.com)

atau

boleh menempah melalui saya di cahayahabibullah@gmail.com bagi sesiapa yang berada di UKMKL dan kampus universiti sekitar KL

dan

bagi sesiapa yang mengenali dan mempunyai no. tel saya, boleh terus hantar melalui mesej (maaf no h/p sy tdak boleh dipaparkan disini atas sebab2 yang tertentu)



There was an error in this gadget