Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Sunday, January 04, 2015

...Real Graduation...



Jangan pernah bercita2 untuk grad tarbiyah di dunia


kerana


Grad dari tarbiyah selayaknya di akhirat


atau 


ketika kesyahidan datang menjemput


#transformasi 360







1445 (04/01/2015)
nurhabib@pot

Saturday, December 27, 2014

...Kami x menghalang, Bahkan silakan...



kak, apa yg kita kena buat atau dari side akak sbg M, adakah kita x menghalang bila mutarabbi dh ada tanda2 nk mufaraqah

***********
Ianya bergantung
klu 1 bulan, 2 bulan ikut hq,
mungkin boleh dianggap sebagai baru.
andaian
banyak yang perlu belajar
banyak yang tidak faham


tapi kalau dah 2, 3, 4 tahun ikut hq
beratus ayat dibedah dan dibacakan
berpuluh sirah terungkap
berjuta kali diulang supaya menjaga iman
x kan iman x tersentap?


apa lagi yang boleh dibuat?
nak menghalang. sewajarnya 'dia' lagi tahu
kalau semakin menggunung ilmu
sepatutnya semakin pekat cinta kita pada ALLAH
makin sibghah cintaNYA dalam hidup
tapi kalu natijah ilmu semakin negatif
Semakin menjauh dari Dia
there is something wrong with ur iman


fa alhamaha fujuroha wataqwaha
Dia mengilhamkan jalan kejahatan dan ketakwaan' (91:8)


x de pertengahan ukht.
jalan ketakwaan atau kejahatan/kejahilan yang dipilih
2 jalan sahaja.
natihah ilmu yg baik seharuskan
menghasilkan diri yang lagi baik


'abis tu dah futur kak'

Internal streng kita untuk berubah adalah diri sendiri.

taujihat yg kita dengar x kn jadi apa2 klu diri sendiri x nak berubah
jgn sempit jiwa kita


...Allah x kn mengubah nasib sesuatu kaum
sebelum mereka mengubah nasib mereka sendiri... (13:11)



jadi pilihan nk kekalkan nikmat tarbiyah

atas pilihan KITA SENDIRI


Kadang2
kita mungkin sudah memilih jalan ini
tapi adakah kita yang terpilih oleh DIA
untuk kekal bertahan di atas Jalan INI


Nak jadi insan yang terpilih
maka buktikan yang terbaik ukht


Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya
adalah mereka yang beriman kepada ALLAH dan RASULNYA

kemudian mereka tidak ragu-ragudan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan ALLAH.
maka itulah orang-orang yang benar (49:15)





Kalau iman didada nipis senipis kulit bawang

bagaimana mungkin mahu nak bawa dakwah?


nak buktikan bahwa kita benar dihadapan ALLAH
berbuatlah tanpa ragu
berjihad sepenuh hati, seluruh jiwa dan raga
hancurkan thagut2 yang melekat dalam hati


kalau masih lagi hati terlekat 
thagut kemewahan
thagut kemahsyuran
thagut cintakan dunia
thagut takutkan hidup jadi susah
thagut kesombongan


Maka dakwah ini akan mencair 


Jadi sekiranya sayangkan thagut2 itu


Kami x menghalang, bahkan silakan berundur....






Moga dalam lindungan iman.


1620 (27/12/2014)
Nurhabib@Vida 

Friday, December 26, 2014

...Harapan...

kenangan sungguh mudah untuk dicipta
tapi ianya susah untuk dilupakan

rasa sakit, rasa pedih itu biasa
luar biasa seandainya mampu menikmati 'rasa' itu

walau seantero dunia tidak mempedulikan
kita masih ada Dia untuk bercerita dan memohon

kita selalu sgt memilih masa untuk memohon
sedangkan Dia tidak pernah pilih watu untuk mendengar




1.25am
Nurhabib@Pot 

Thursday, December 18, 2014

....Catatan Kembara 1...

'kak, ana nak tya bleh?'

'aku mngangguk, mengiyakan'. banyak mendengar mungkin sejak bertapak di bumi kinanah ini. 360 berubah.

'x possible ke ada akhwat senior di sini yg akn duduk sini? pernah dibincangkan x ttg ini?' soalannya seolah satu pengharapan tulus dan memerlukan jawapan yang menyenangkan

'Allahu' kenapa soalan ni nk ditya...

*****************

'akak nak tahu, antara doa-doa kami adalah...Allah hadirkan akhwat-akhwat Malaysia kt sini'

'iye?' aku bertanya pura-pura nk confirmkan. tapi serius sebak, dalam hati hanya Allah maha tahu.

serius. x penah pula dengar benda sebaliknya bila duduk bersama akhwat malaysia.


*****************


yang mampu dikatakan waktu itu

ukhti, bersabarlah. kalau dah sabar sabar lagi...(3:200)

untuk sekarang ni. antunna yang kena kuat. Harus Kuat.

antunna harapan kami...bakal pengubah mindstream 'org kebanyakan'.

sumpah, mula untuk mengajar tapi Allah takdirkan untuk diri yang hina ini pula belajar:


1. survival
2. memahami
3. menghargai


buat mereka yang dikasihi dan dirindui:


1. mari kita berjiwa besar. jika Allah takdirkan tiada lagi, makanya kitala starternya. mari kita jadi seperti golongan saabiqun alawwalun. mendahului dlm setiap perkara itu sudah dinyatakan dlm 35:32

2. klu kita berada di sana sebab nafsu, nescaya kita tidak mmpu bertahan. bertahannya kita disana sebab Allah. bukan asbab lain, betulkan mind set kita ukht setiap saat setiap masa


3. moga rasa beruntung kerana kita antara on of them. yang pernah disabdakan oleh Rasulullah, Sang Murabbi Umat:



"Nabi Muhammad SAW telah bercakap mengenai Mesir, bahawa negara ini merupakan tempat penegak (pejuang) agama (ilmu) Allah YANG TERBAIK di muka bumi ini suatu hari nanti" - Khilafah Islam Kembali; bermula di Bumi Kinanah (Mesir), (Zainuddin Hashim)




'tempat itu jauh...
tapi aku punya cita di sana...'



terasa mahu menulis semula,

travelog di bumi kinanah 4-18 Nov 14

nurhabib @ 23:51 18/12/14



Sunday, December 14, 2014

...Allah Rindu...

Ketahuilah
tanpa berkata apapun
tanpa bisikan apapun
tanpa suara apapun
Allah sudah lebih dari tahu


Maka bila kau menumpahkan 
titisan air dan butir pengharapan
di malam sunyi
maka jangan menyangka
Dia tidak peduli
Allah tunggu..Allah rindu..

Allah..

Thursday, March 20, 2014

...RINDU UNTUK MENULIS...

2014

tahun permulaan untuk ke fasa seterusnya

selama 12 tahun di alam pembelajaran
alhamdulillah sudah hmpir 6 bulan bergelar graduan
sudah hmpir 9 bulan juga memegang status 'pekerja'


kehidupan baru bermula...

kematangan sesorang diukur pada fasa ini

fasa untuk menuntut pengorbanan yang extra...

kisah hidup semakin berwarna warni



'ingin sekali aku berjalan ditengah masyarakat sebagai pembawa sinar harapan
sebuah harapan untuk memenangkan islam
terkadang aku bertanya
akukah antara bangsa pembawa kejayaan islam ini'




Saturday, June 15, 2013

...Musykillah yang diragukan...



mutarabbiyah: kak, ada  orang tye sy, dakwah kita ni, perempuan ngan perempuan je ke?
murabbiyah: kenapa?
mutarabbiyah: ye la, daurah kita kebiasaannya perempuan je dtg
murabbiyah: tergelak dalam hati dengan pertanyaan sebegitu...


**********


mana mungkin dakwah golongan adam maju tanpa kaum hawa di sisi


mana mungkin wujudnya Muhamad al-fateh tanpa seorang ibu yang luar biasa


mana mungkin hebatnya Muhammad, rasul teragung tanpa isteri yang luar biasa yang mendampinginya


mana mungkin dakwah akan tertegak tanpa kedua-dua sayap


fiman Allah:

dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan salat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka akan duberi rahmat oleh Allah. sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana (9:71)


tapi perlu ada batasan, ukhti


insyaAllah, seperti yang ditanya, daurah atau liqo kita ada yang menggabungkan ikhwah akhwat tapi jika perlu sahaja. 


contohnya daurah atau liqo yang berobjektifkan untuk membincangkan  gerak kerja dakwah tetapi perlu amat dijaga. sebolehnya, kita mintak ikhwah akhwat mengerjakan solat sunat taubat dahulu agar dijauhkan daripada cubaan syaitan untuk menyucuk hati-hati kita.


selain itu, ada juga program umum motivasi sekolah atau matrik yang perlu fasi akhwat dan ikhwah. klu ada slot ldk yang x perlu digabungkan, sebolehnya, fasi ikhwah bersama pelajar lelaki sahaja begitu pula sebaliknya. 


tapi klu setakat mukhayyam (perkhemahan), yang mana akhwat nya perlu jungle treking, panjat sana, panjat sini, berflying fox ke atau aktiviti jasadiyah yang kadangkala mungin agak kurang sopan sekiranya digabungkan dengan ikhwah, kita elakkan. 
ye lah kan, akhwt, jumpa pacat menjerit, ngusik sikit, terjerit..
agak mengaibkan juga bila ada ikhwah bersama.
tapi insyaA, ada ikhwah yang akan sentri (berjaga) dikawasan tertentu sahaja mengikut keperluan. jika x perlu, sekali lagi kita elakkan. 


ada juga 'daurah keakhwatan' yang namanya juga melambangkan ikhwah memang x sesuai untuk join. kita mungkin belajar skill memasak, belajar cara menjahit luka, mana nak tahu nanti berlaku peperangan, kita yg mujahidah nilah yang  perlu membantu mujahid dalam medan perang. kita mungkin sekarang dalam keadaan yang aman, tapi ukht lihatlah sekarang, dah banyak kekejaman yang berlaku di Syria, palestin, lubnan dan banyak lagi umat islam sedang ditindas di negara islam sendiri. kita x tahu, mungkin suatu hari nanti hukum jihad jadi fardhu ain ke atas umat islam tu sendiri baik dia wanita ataupun lelaki. ketika itu kita yang faham tarbiyah perlu berjihad. kalau rajin mintak buka Fiqh Jihad, Syeikh Yusuf Al-Qardawi tentang skop hukum jihad)


berbalik kepada daurah tu, biarla ikhwah buat daurah diorang yang melatih jasad diorang menjadi seorang tentera jihad. setakad nak join daurah akhwat macam tu, masak masak berbarbekue, bergambar bersama-sama ikhwah akhwat pula, rasanye x perlu kot ukhti.
tapi klu seinci atau pun sezarah pun x memberi kesan kepada hati, ye silakan berbuat demikian.


Insyaallah, kita sedaya upaya untuk menjaga ukhti apa yang diharamkan Allah. apa yang kita takuti adalah hati kita ternoda dengan kemaksiatan yang kita buat tanpa sedar.


Allah mintak lelaki dan perempuan menundukan pandangan. kita kena buat ukhti. sepeti dalam surah An-Nur ayat 30 dan 31


Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.


jelas ukhti kan ukhti ayat-ayat Allah. biar dia baik macam mana pun, perwatakakan alim, beriman lembut or segala bagai, if dia adalah lelaki, dia fitrahnya lelaki. ayat ni ditujukan untuk lelaki dan wanita.


syaitan ni suka sgt nak menghalalkan apa yang diharamkan sebab dia dah janji. dalam quran pun sebut


Allah berfirman: "Turunlah kamu dari surga itu; karena kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka ke luarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina".
Iblis menjawab: "Beri penangguhan kepadaku sampai waktu mereka dibangkitkan".
Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi penangguhan."
Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum aku sesat, aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,
kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). (7:13-17)


sekali lagi ukhti, klu apa yang kita boleh jauhi, kita jauhi. jangan kita nak menghalalkan cara kita yang salah walaupun matlamatnya baik.


jgn kita cari alasan untuk mengikuti keinginan kita. 


konklusinye ukhti, dkwah ditegakkan dengan kedua-dua sayap. 


analoginya seperti burung, andai 1 sayap rosak, mana mungkin ia boleh terbang dengan baik.


wallahulam.




yang naif,
nurhabib
11.30PM @ POT

Saturday, April 06, 2013

...Jgn sekadar follow...

Determine Our Way

Do's

kita bertindak dengan ilmu

kita berbuat kerana faham

kita bercakap kerana kebenaran

kita berdiam untuk berfikir

kita ikut kerana yakin




kita mendengar sumber yang sahih

kita berpegang dengan Al-quran


Dont's

kita bertindak dengan orang

kita berbuat kerana orang

kita bercakap dengan hujah orang

kita diam kerana orang

kita ikut kerana orang




kita mendengar fitnah orang

kita berpegang pendapat orang.

that's bad my dear!


yang naif,
nurhabib@POT


...Kembali...


bersawang lagi blog ni..

banyak nak tulis tapi hnya simpan dalam otak n then lupa

bnyak yang dikarang tp akhirnya didelete..nasib si melankolik


mmm, semangat menulis yang smkin hilang


last but not least, sebagai pembakar




Saturday, January 12, 2013

...silap...


hati sakit kerana mengharapkan manusia

hati patah seandainya apa yang nak 

kita x dpat


tapi............



semuanya akan aman 


andai 

ada kebergantungan yang 1


Allah! terimalah ku kembali.....