Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Wednesday, July 13, 2016

...Selfish...

Kalau fikir letih kita, penat kita,
Islam akan mundur
sebab yg maju adalah kepentingan diri.

...Selekeh...

Wahai murabbi
perhatikan penampilanmu

bukan diminta tabarruj
cukuplah menjaga kerapian, kekemasan
dan yang paling penting
yang sedap mata memandang!

Sedangkan 
Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. 
kenapa perlu jadi murabbi selekeh?

kebiasaannya,
seorang daie yg baik, bila terlihatnya
terpamer keindahahan syurga.

kalau daie yang selekeh
masih nak diharap terpamer kelihatannya spt apa?
[facepalm]

...Siapa Murabbi?...

Siapakah Murabbi?

Org yg bersedia untuk berubah
Bersedia untuk menyampaikan
Bersedia untuk membimbing
Bersedia untuk mendengar
Bersedia untuk berfikir

Siapakah daie?

Adalah org yg bersedia
mngatakan, memaknai, menjiwai, melakukan

Allahu ghayatuna
Ar rasul qudwatuna
Al jihad sabiluna
Al mautufi sabililillah
Asma amanina

Allah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
Cita2 kami tertinggi

Sekali lagi!
Dengan penuh memaknai dgn jiwa, jasadi dan ruhi

Gabungan murabbi+daie ini yg bakal menghasilkan
Super super murabbi.

*******

Kalau pembawaannya
Masih tidak ikhlas
Masih merasakan terpaksa
Hanya didasari pengarahan dan ketaatan yg membabi buta
Hanya untuk reporting pada datuk atau neneknya murabbi

NAH...Hasilnya tarbiyah
akan menggumpul buih.
Tidak bermanfaat
Tidak bermakna

فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً

Adapun buih, akan hilang sebagai satu yg tiada gunanya. (13:17)

...La Tahyadda'wah illa bil Jihad...

'Dakwah tidak hidup kecuali dengan jihad'

'Termasuk jihad fi sabilillah itu, wahai akhi tercinta: bila antum menyisihkan sebahagian waktu, sebahagian harta, sebahagian kebutuhan peribadi antum untuk kebaikan Islam dan kaum muslimin'

'Termasuk jihad fi sabilillah itu, wahai akhi tercinta: bila antum menjadi tentera Allah; antum wakafkan kepadaNya jiwa dan harta antum, jangan ada sesuatu pun yang antum sisakan'

Manhaj Islah-Jihad Jalan Dakwah

*****

Manhaj Imam Assyahid telah lama diajar pada ikhwan hampir lebih 70 tahun yg lalu. ianya bukan manhaj yg baru buat para da'ie.
Manhaj ini juga yg diajar oleh baginda Nabi, diteruskan bagi yang mahu meneruskan rantai perjuangan baginda.

Wahai murabbiyyin, hilangkanlah ananiyah (individualistik) dlm diri mutarabbimu.

masih ragu dengan masa yg perlu diinfakkn. tersepit diantara study dan dakwah? tersepit antara kerja dan dakwah?
masih berkira dengan harta dunia?
masih memikir tentang diri sendiri?

leburkanlah perasaaan2 itu.

...Pesan Murabbi 1...

Pesan murabbiku:

Jgn membina mutarabbi yg berkualiti buih.
Mudah untuk dihasilkan
Mudah juga hilang secara tiBa2

...Taghyir...

Tarbiyah itu seharusnya menjana perubahan (تغيير)

Perubahan kepada diri
Lantas
Menjana perubahan pada orang lain

Itulah daie.
Daie yg berjalan di tgh ruang lautan hati ummah
menerangi seperti sang mentari mnyinar di siang hari.

...Mencair...

Kecairan tarbiyah mula berlaku apabila

Seorang murabbi itu tidak merasakan dia da'ie
Da'ie itu tidak merasakan dia murabbi

Dan yg paling hina tidak merasakan bahawa

'وهو معكم اينما كنتم'

Dia bersama kamu di mana shj kamu berada. 57:4

Awas murabbi. Anda daie. Anda leaders
Maksiatnya tidak mungkin karat2 jahiliyah.
Syaitan gelincirkan mungkin dgn cara lain

:point_right: Tidak mnjaga waktu walhal Allah sudah bersumpah dgn waktu.
Ayat nya mudah benar untuk menghafal dari tahun 1. Dan dilafaz setiap kali majlis ditutup tetapi tidak dibawa penghayatan. Hanya di bibir suratul Asr itu!

:point_right:Tidak mahu berpikir malahan malas. Allah mengancam dengan azab kepada yg tidak mnggunakan fikirannya utk berfikir. 10:100.


:point_right:Beremosi

Jgn salahkan mutarabbi klu terlambat. Rupanya murabbi itu naif untuk memahami hakikat waktu

Jgn disalahkan mutarabbi andai mereka lembap sekirannya murabbi itu sendiri tidak berfikir

Jgn dibiarkan emosi seorang murabbi menjangkaui rationality dlm brtindak. Syaitan akan mula mengawal setiap kekurangan itu

Merasakan kita bukan qudwah lantas tidak berusaha untuk menjadi qudwah itu bukan jiwa seorang murabbi.

Yang paling dirisaukan apabila mutarabbi yg juga dtg lmbat, tidak berfikir, beremosi jauh dr rationality tidak ditegur atas asbab diri murabbi pun sebegitu.

MAKANYA KECAIRAN TARBIYAH SUDAH MULA TERHIDU.

Perbaikilah dirimu sisi seorang murabbi. Jgn disebabkan dosa, naifnya seorang murabbi, terpalit pada hasil tarbiyah yg mengecewakan.

...The True Murabbi...

'Mengapa anda tidak menulis ilmu yang luas ini dan mengarang buku?'

'Saya ini mendidik dan mencipta rijal yang membawa kebenaran' Imam Assyahid Hassan Al Banna.


Jiwa seorang murabbi. Mendidik dan mencetak kader!

...Amanah dan Tanggungjawab...

Bittaufiq wannajah til jannah ma'a mardhatillah to all murabbi.

Ajarkan mutarabbi antunna untuk cintakan DIA, sygkan DIA,
Sehingga mereka mampu untuk
Menumpahkan kefahaman dan keikhlasan
Ketika mana mereka sdang menterjemahkan kepada amal
kekalkan asolahuddakwa selagi mana termampu supya
benih2 yg keluar menjadi tunas yg berkualiti as Allah said
Kazar'in akhraja syath ah

كزرع اخرخ شطه

Dan yg paling penting, mutarabbi adalah amanah
Ajarlah mereka sehingga mereka mampu untuk jauh lagi hebat pada kita.
Mampu berkomitment pada Allah, Rasul dan jihad

Sekali mereka dikritik, tanggungjawab murabbi utk membetulkan. Jgn cepat melatah.
Sebagai murabbi wajar rasa kecewa tapi lagi manis klu rasa kecewa itu lantas kita teruss memperbaiki apa yg kurang.
satu persatu kebodohan dan kelembapan mereka kita buang.
Lagi bahagia kalau mereka mahu untuk berubah.

Syukur jika mereka dikritik, sekurang2nya kita tahu mereka sedang mahu berbuat. Mahu belajar.

...Mutabaah...

Tarbiyahnya mngkin sudah lebih1-2 tahun tapi حبل من الله  masih rompong. 

Hari ni kita kuat untuk berdakwah
Hari ni kita teguh untuk berdiri

Sampai satu ketika, dakwah ini menjadi jenuh

Why?

Iman itu nadi yg mnggerakkan dakwah. 

Sperti minyak pelincir untuk melancarkan fungsi enjin.
Seketika boleh enjin itu bergerak tapi smpai satu tahap, geseran terlalu bnyak sehingga akhirnya enjin itu berhenti untuk menggerakkan 

Kita lapar, ya mungkin boleh continue bekerja dan terus bekerja  smpai lah satu tahap badan mula exhausted, dehydrated then akhirnya rebah.

Hari ni tanpa iman. Tanpa mutabaah...

Wah sepertinya kita hebat,
Ideanya gede2
Tuturnya yg mntsiqahkan
lagaknya sangat yakin

Akhirnya mnjadi sia2 kerana tdak disandarkan kepada DIA. Mulia di mata manusia tetapi hina di mata DIA. We r nothing!

Para murabbiyin, ajarlah mutarabbimu untuk mencintai Dia dalam setiap helaan nafas. Perbaiki mutabaahmu, perbaiki imanmu.

Jangan kita rebah tersungkur asbab Allah jauh di hati.