Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Saturday, June 15, 2013

...Musykillah yang diragukan...



mutarabbiyah: kak, ada  orang tye sy, dakwah kita ni, perempuan ngan perempuan je ke?
murabbiyah: kenapa?
mutarabbiyah: ye la, daurah kita kebiasaannya perempuan je dtg
murabbiyah: tergelak dalam hati dengan pertanyaan sebegitu...


**********


mana mungkin dakwah golongan adam maju tanpa kaum hawa di sisi


mana mungkin wujudnya Muhamad al-fateh tanpa seorang ibu yang luar biasa


mana mungkin hebatnya Muhammad, rasul teragung tanpa isteri yang luar biasa yang mendampinginya


mana mungkin dakwah akan tertegak tanpa kedua-dua sayap


fiman Allah:

dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan salat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka akan duberi rahmat oleh Allah. sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana (9:71)


tapi perlu ada batasan, ukhti


insyaAllah, seperti yang ditanya, daurah atau liqo kita ada yang menggabungkan ikhwah akhwat tapi jika perlu sahaja. 


contohnya daurah atau liqo yang berobjektifkan untuk membincangkan  gerak kerja dakwah tetapi perlu amat dijaga. sebolehnya, kita mintak ikhwah akhwat mengerjakan solat sunat taubat dahulu agar dijauhkan daripada cubaan syaitan untuk menyucuk hati-hati kita.


selain itu, ada juga program umum motivasi sekolah atau matrik yang perlu fasi akhwat dan ikhwah. klu ada slot ldk yang x perlu digabungkan, sebolehnya, fasi ikhwah bersama pelajar lelaki sahaja begitu pula sebaliknya. 


tapi klu setakat mukhayyam (perkhemahan), yang mana akhwat nya perlu jungle treking, panjat sana, panjat sini, berflying fox ke atau aktiviti jasadiyah yang kadangkala mungin agak kurang sopan sekiranya digabungkan dengan ikhwah, kita elakkan. 
ye lah kan, akhwt, jumpa pacat menjerit, ngusik sikit, terjerit..
agak mengaibkan juga bila ada ikhwah bersama.
tapi insyaA, ada ikhwah yang akan sentri (berjaga) dikawasan tertentu sahaja mengikut keperluan. jika x perlu, sekali lagi kita elakkan. 


ada juga 'daurah keakhwatan' yang namanya juga melambangkan ikhwah memang x sesuai untuk join. kita mungkin belajar skill memasak, belajar cara menjahit luka, mana nak tahu nanti berlaku peperangan, kita yg mujahidah nilah yang  perlu membantu mujahid dalam medan perang. kita mungkin sekarang dalam keadaan yang aman, tapi ukht lihatlah sekarang, dah banyak kekejaman yang berlaku di Syria, palestin, lubnan dan banyak lagi umat islam sedang ditindas di negara islam sendiri. kita x tahu, mungkin suatu hari nanti hukum jihad jadi fardhu ain ke atas umat islam tu sendiri baik dia wanita ataupun lelaki. ketika itu kita yang faham tarbiyah perlu berjihad. kalau rajin mintak buka Fiqh Jihad, Syeikh Yusuf Al-Qardawi tentang skop hukum jihad)


berbalik kepada daurah tu, biarla ikhwah buat daurah diorang yang melatih jasad diorang menjadi seorang tentera jihad. setakad nak join daurah akhwat macam tu, masak masak berbarbekue, bergambar bersama-sama ikhwah akhwat pula, rasanye x perlu kot ukhti.
tapi klu seinci atau pun sezarah pun x memberi kesan kepada hati, ye silakan berbuat demikian.


Insyaallah, kita sedaya upaya untuk menjaga ukhti apa yang diharamkan Allah. apa yang kita takuti adalah hati kita ternoda dengan kemaksiatan yang kita buat tanpa sedar.


Allah mintak lelaki dan perempuan menundukan pandangan. kita kena buat ukhti. sepeti dalam surah An-Nur ayat 30 dan 31


Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.


jelas ukhti kan ukhti ayat-ayat Allah. biar dia baik macam mana pun, perwatakakan alim, beriman lembut or segala bagai, if dia adalah lelaki, dia fitrahnya lelaki. ayat ni ditujukan untuk lelaki dan wanita.


syaitan ni suka sgt nak menghalalkan apa yang diharamkan sebab dia dah janji. dalam quran pun sebut


Allah berfirman: "Turunlah kamu dari surga itu; karena kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka ke luarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina".
Iblis menjawab: "Beri penangguhan kepadaku sampai waktu mereka dibangkitkan".
Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi penangguhan."
Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum aku sesat, aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,
kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). (7:13-17)


sekali lagi ukhti, klu apa yang kita boleh jauhi, kita jauhi. jangan kita nak menghalalkan cara kita yang salah walaupun matlamatnya baik.


jgn kita cari alasan untuk mengikuti keinginan kita. 


konklusinye ukhti, dkwah ditegakkan dengan kedua-dua sayap. 


analoginya seperti burung, andai 1 sayap rosak, mana mungkin ia boleh terbang dengan baik.


wallahulam.




yang naif,
nurhabib
11.30PM @ POT

Saturday, April 06, 2013

...Jgn sekadar follow...

Determine Our Way

Do's

kita bertindak dengan ilmu

kita berbuat kerana faham

kita bercakap kerana kebenaran

kita berdiam untuk berfikir

kita ikut kerana yakin




kita mendengar sumber yang sahih

kita berpegang dengan Al-quran


Dont's

kita bertindak dengan orang

kita berbuat kerana orang

kita bercakap dengan hujah orang

kita diam kerana orang

kita ikut kerana orang




kita mendengar fitnah orang

kita berpegang pendapat orang.

that's bad my dear!


yang naif,
nurhabib@POT


...Kembali...


bersawang lagi blog ni..

banyak nak tulis tapi hnya simpan dalam otak n then lupa

bnyak yang dikarang tp akhirnya didelete..nasib si melankolik


mmm, semangat menulis yang smkin hilang


last but not least, sebagai pembakar




Saturday, January 12, 2013

...silap...


hati sakit kerana mengharapkan manusia

hati patah seandainya apa yang nak 

kita x dpat


tapi............



semuanya akan aman 


andai 

ada kebergantungan yang 1


Allah! terimalah ku kembali.....



Tuesday, October 23, 2012

...Doa Itu...


buku hq usang dibelek semula, terpana dengan catatan masa mula2x diberi tugasan untuk hndle anak hq yang sama umur. 

catatan yang bertarikh 21 Oktober 2010

refleksi: alhamdulillah, 1st hq dan 1st bagi bahan kpd anak hq. Positif respon! 
harapan next hq:'ya Allah bukalah pintu hatiku dan pintu hati mereka untuk menerima ilmu dan terus tsabat di atas jaan dakwahmu ini'

hari ni dah menjangkau 22 Oktober 2012.
Ya Allah, aku x kn pernah jemu untuk mngulang doa itu
genap 2 tahun aku bersama mereka
merekalah tulang belakangku


they hold me when i start to cry
makes me smile with just their eyes
shares my hopes, dreams and fears
they wipes my tears
i love them with no regret
tq Allah for the ukhwah between us

dan sekarang
doa itu akan aku ulangi
akan aku ulangi
untuk anak hq yang kucintai....


moga mereka menjadi insan seperti yang kusayangi kelak...



Thursday, August 09, 2012

...Belajar dari mereka...


pagi itu, ketika sedang membelek-belek buku 'manajemen Ramadhan'-Solikhin Abu Izzuddin sementara menuggu akhwat lain sampai, terdengar bunyi masuk 1 mesej dar hnset akhwat sebelehku. mulanya nak biarkan tetapi mataku tetap juga mahu melirik ke arah hnset sony erricson hazel merah milik akhwat itu. ingin benar mengetahui isi mesej itu. tanpa meminta, si akhwat itu meberikan hnset itu padaku..meruntun perasaan apabila melihat mesej itu..

"akak, afwan, ana mungkin sampai lambat sikit. ana baru habis menolong mak menoreh getah. ada kat rumah lagi sekarang"

Sender: Ukhti F

akhwat di sebelahku tadi itu teragak-agak untuk mereply. mahu disuruh datang juga atau biarkan perjalanan liqo itu tanpa ukhti F. eager benar ukht F tu nak datang Liqo, jd kmi membuat keputusan bertadarus bersama-sama dahulu sementara menunggu ukhti F datang.

selesai tadarus, tiada lagi tanda-tanda ukhti F akan sampai. sehingga tamat pengisian, bayangnya masih belum muncul. tiba-tiba 1 mesej lagi masuk ke handset yang sama

"afwan, bas lambat tadi, baru sampai K.T. skrg tengah naik teksi ke masjid tu"

Sender: Ukhti F


***********

Alhamdulillah, weekand lepas diberi kesempatan menyambut ramadhan di K.T atas hadiah tiket dari seorang ukhti X (moga Allah meredhoi dan merahmatinya)

berkempatan juga untuk menjoinkan diri di liqo negeri tersebut di Masjid Terapung Kuala Ibai, Terangganu Darul Iman.



masih terngiang-ngiang lagi peristiwa di atas tu walaupun dah beberapa hari meninggalkan negeri yang baru pertama kali dijejak ni.

hampir menitik air mata bila teringatkan 

Allahuakbar, demi sebuah tarbiyah, akhwat itu mengenepikan penatnya membantu emaknya dan terus berkejar mencari bas dan seterusnya naik teksi untuk ke masjid ini.

kedatangannya x menjanjikan pulangannya duit dia balik
kesusahannya mencari tarbiyah x menjamin hidupnya akan berubah menjadi senang

sedih belajar pengorbanan dari dia..

pengorbanan dia lagi tulus


Allah, berikan kami kekuatan seperti dia..

tunjukkan kami semula kemanisan mengejar tarbiyah 

seperti sewaktu mula-mula kami disentuh dengan tarbiyah..


berkesempatan lagi berjaulah
dr K.T ke  KL


KL ke Slim River
Slim riverKe  Felda Besout , InsyaAllah
next ke Tg Malim

Wednesday, August 01, 2012

...Kenapa perlu lari?...

'mesej x dibalas'


'panggilan pula tidak diangkat'


'ah, apa mungkin, aku akan ditinggalkan lagi' hati mula meneka


kenangan pentarbiyahan mula terimbas satu demi satu
kalau dulu, makannya bersama
kalau dulu, mainnya bersama
kalau dulu, tilawahnya bersama
kalau dulu, halaqohnya bersama
kalau dulu, follow up nya bersama
kalau dulu, otak kita sama-sama memerah keringat menangisi nasib ummat
sekarang adakah memori bersamanya hanya tinggal illusi yang sepertinya tak pernah wujud sebelum ni?


 Akal atau nafsu yang tentukan? 


kadang-kadang kita perlu fikir, segala keputusan kita lahiriahnya adalah dari akal atau nafsu
sehinggakan kita nekad untuk meninggalkan tarbiyah yang dahulunya kita lalui


dulu bicaranya 'tarbiyah itu penting', lantas dibicarakannya pula pada anak halaqoh
dulu taujihnya hebat, boleh meresap kepada anak halaqohnya
dulu tilawahnya terjaga sehingga tiada langsung hari-harinya dilalui tanpa kalamullah
dulu bacaannya adalah tentang sirah Rasulullah, dan buku-buku yang membina, tetapi mungkin, buku-buku itu mula ditinggalkan dan dilupakan


perkara-perkara dunia mula menyelit dalam diri sehingga tiada ruang untuk memikirkan bahananya


Aku keseorangan, semestinya tidak!


kita tidak akan keseorangan sebab bumi Allah ini luas. tentu ada sahaja manusia yang akan menemani kerana kita memang hidup dengan manusia.
tetapi adakah sama manusia yang kita temui sama dengan orang  yang pernah susah senang bersama dengan kita dulu?
samakah dari segi takwa?
samakah tujuan dan matlamat hidup?
samakah prinsip mereka?


byk jenis orang yang boleh dibuat kawan


Kawan 1
-faham agama tetapi dakwah ditinggalkan. hidup sekadar hidup. dakwah sepertinya jelek


Kawan 2
-faham agama, faham dakwah tetapi tidak dipraktikan dlm hidup. amar makruf mungkin dibuat tetapi nahi mungkarnya tiada


Kawan 3
-faham agama, faham dakwah, berjuang atas dasar mengikut, masih sukar untuk memberi teguran meskipun sudah lama berukhwah


Kawan 4 
-faham agama, faham dakwah, berbuat atas dasar kefahaman, pengorbanan  bukan lagi satu halangan. berukhwah kerana terpupuknya cinta dariNya


kita mungkin tidak rasa keseorangan
sebab kawan boleh dicari
mungkin 1,2, 3 jenis kawan di atas senang dijumpai tetapi tidak pada yang 4


mahu mengharapakan taujih...
mahu diteguri...
mahu disayangi...
mahu dirindui...
mahu dilindungi...
kerana Allah
siapa?


jawapannya pada hati...


klu kita ckp kita kuat, jgn pernah menipu diri kerana


...huwallazi ayyadaka binasrihi wabilmukminin, dia lah yang memberikan kekuatan padaMu dengan pertolonganNya dan (dukungan) orang-orang mukmin [8:62]






Kenapa perlu lari?


kalau menjauh adalah solusi
jangan tipu pada diri sendiri walhal diri penuh dengan serba salah


kalau hidup sebagai orang biasa adalah pilihan, terserah...wahadaina hunnajdain [90:10]
manusia menghalang semestinya terhalang kerana diri telah menetapkan tujuan


andai apa pilihan yang kita buat adalah benar, kenapa perlu lari
jangan biarkan orang ternanti-nantian
jangaan biarkan orang menunggu resah
jangan biarkan orang meletakkan harapan andai diri sudah tidak mahu.....




Dahulunya kita mencari,
lantas DIA hadiahkan
Kita mula menyukai
dunia gersang kita simbahi
tanpa disedari
kemarau mula menerpa
kemelut hati semakin jenuh
urat kepayahan mula kelihatan
menyesak dada menghimpit naluri
seolah barah
yang mengikis keimanan
terkapai aku dipersimpangan jalan
mahu meneruskan
atau berhenti
andai hidup untuk Yang Maha hidup
kita tahu jalannya








Tuesday, July 31, 2012

...mencari...


Sgt butuh masa 
masa untuk digest
masa untuk menerima
masa untuk mencari
masa untuk berubah...

bukan untuk menjauh 
menjauh krn pingin menemui 
satu pencarian
satu titik
satu turning point
yang kembali menjadi insan yg seperti dulu

x mahu jdi orang yg gagal
gagal meneruskan langkahan
langkahan yang rabak
langkahan yang longlai
langkahan yang palsu




















Sejauh mana langkah ku di sana

Aku melupakan mu


Seluas mana kau beri padaku

Masih ku angkuh padamu



Segalanya dusta

Gelap mengaburi ku



Ya Allah apa yang bisa

Ku tebus kepadamu

Atas dosaku



Ya Allah ku hina terasa

Biarku bersujud

Untuk ke syurgaMu



Segalanya Dusta

Gelap mengaburi ku



Ya Allah apa yang bisa

Ku tebus kepadamu

Atas dosaku



Ya Allah ku hina terasa

Biarku bersujud

Untuk ke syurgaMu



Ya Allah apa yang bisa

Ku tebus kepadamu

Atas dosaku



Ya Allah hina terasa

Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu 

Tuesday, June 26, 2012

...memori...


tetiba memori hampir 2 tahun lalu datang berlegar
arghhh, mengapa aku teringat dia
teringat dia membuatkan jiwa menangis
hmpir tiada lagi air mata 
antara dakwah dan ukhwah
afwan, dakwah pilihanku
kalau ku pilih ukhwah, dakwahku tekulai
kalau ku pilih dakwah,
ku pasti
ukhwah kan turut serta
soal perasan telah jauh ku lempar
tp jauh di sudut hati masih perit menerima
parut ditinggalkan tidak pernah hilang
luka tercalar kerana retaknya memori masih lagi berbau




Ya Allah, sesungguhnya dia akhwatku yang kukasihi. 
jgnlah ENGKAU pisahkan hati-hati ini dikala ukhwah kami belum cukup untuk melamar redha dan cintaMU. 
sekiranya di dunia ini kami terpisah, kami redho
tetapi kami pohon Ya ALLAH
satukanlah kami di syurgaMU sebagai saksi kasih sayang kami kerana mencintaiMU 
dan pertemukanlah dijannahMU
kerana dia.....




pernah menjadi murabbiku...
ameen ya RABB




~esok masih lagi punya paper tapi hati pinta jari untuk menaip dan mata pinta direhatakan seketika



Wednesday, June 06, 2012

...InGiN...


jari jemari terasa ingin benar menari semula

curahan idea terkubur dek kerana masa

jari vs masa

siapa pemenangnya??

                                                                                                                                                    

                                                                                                       bilakah masanya???