Semalam bce bke ‘sakinah: sumber ketenanagan dan keberkatan dalam hidup karya A.Ubaidillah Alias’ pemberiaan dr seorg shbt..antara part yg ana nk kongsi dr bku ni adalah :

‘Dalam sebuah hadis yg panjang, antara mafhumnya menyebut bahawa setiap anak adam apabila tidur, diwaktu malam, maka syaitan akan membelenggu lehernya dengan tiga ikatan. Apabila dia bangun pagi,
-lalu berdoa, maka putuslah ikatan pertama
-jika dia berwuduk, putuslah ikatan kedua
-kemudian akhirnya bersolat subuh, putuslah ikatan ketiga
Lalu Rasulullah S.A.W menegaskan bahawa org yg telah berjaya memutuskan 3 ikatan ini, akan menjadi cergas dan positif pemikirannya.
Sebaliknya org yg tidak pernah berdoa ketika bangun tidur, tidak berwuduk apatah lagi tidak bersolat, 3 ikatan ini tidak akan terputus dari lehernya.
Lalu dia akan menjadi org yg pemalas dan penuh dengan pemikiran negative. Ini adalah bukti bahawa solat adalah pencetus pemikiran positif, penguat jiwa dan membuka kebijaksanaan minda’
So, klu kita malas nk bangun tahajud atau bgun subuh, gnalah tips2 yg berguna di ini..berdoa dgn melafazkan doa selepas bangun tidur, bersegeralah berwuduk, dan yg terakhir, dirikanlah solat...InsyaAllah kita akan lihat impaknya...
