Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Sunday, November 27, 2011

...Fenomena Hambar...




H.A.M.B.A.R

klu mgikut kamus peribadi saya membawa makna, x de rase pape dan bersikap acuh dan x acuh dan adakalanya dingin.



suka untuk saya mengtengahkan 1 fenomena yg kadang2 sering berlaku dlm dunia pentarbiyahan dan dalam dakwah.


Saya bukanlah org yg selayaknya untuk berbicara tentang dakwah sebab saya bukan seorang phD (pakar hal dakwah) tetapi ingin sekali saya mengajak diri saya para akhwt wa ikhwah sekalian untuk kembali berfikir kdang2 fenomena ini boleh membunuh secara senyap sesuatu sistem dakwah



antara fenomena hambar yg sering berlaku



1. halaqah terasa hambar



kadang2 para ahli terasa keboringan. terasa macam x penting berada dalam hq. tandanya mudah iaitu mengantuk dan ingin sahaja hq habis secepat yg mungkin





cuba kita fikirkan, kenapa dulu di awal fasa pentarbiyyahan kita boleh bersengkang mata menahan mengantuk untuk mendengar taujih murabbi walaupun kita dulu pun sibuk juga. diatas rasa kekurangan diri dan ingin berubah yang memuncak, kita sgt bersemangat di waktu itu!!


tetapi kenapa, setelah 2 atau 3 tahun ditarbiyah atau dianggap senior sedikit, mgkin ilmu didada banyak ada la jugak, kita x sekuat dahulu. seteguh dahulu atau seperti dahulu?



walhal, mata yg Allah bagi sejak kita lahir sehingga sekarang tetap juga mata manusia.


walaupun selama mana usia tarbiyah kita, kita tetap guna mata manusia bukan..x thu la ada yg berganti mata dengan mata lain..



kenapa ukhti?



jgn disalahkan syaitan yg sememangnya wujud sejak Nabi Adam



niat kita bagaimana??



kenapa kita datang hq?



2. Ukhwah terasa hambar



igt lagi masa kita mula ditarbiyyah, kadangkala kita rajin berkepit dengan akhwt ini, akhwat itu.



tetapi sekarang?


adakah dengan kesibukan gerak kerja semakin bertambah kita melupakan mereka.


semakin mudah melukakan hati akhwat kita dengan sikap kita walaupun selalu diberi taujih


ukht, akhwat juga punya perasaan! hatinya bukan seperti kulit durian yg tebal dan berduri.



klu dulu kita rajin ber'mesej'an tetapi kenapa skrg tidak?



usah diharapkan kita menerima mesej klu kita sendiri yg x memberi



usah diharapkan kita dicintai akhwat. dirindui akhwat klu kita x pernah langsung untuk mengingati mereka



dalam doa kita, lancarkah nama mereka dibibir kita??



Mutabaah terasa hambar


kalau fenomena ini berlaku, jelas iman kita di posisi yg sgt severe



kita melakukan mutabaah untuk apa ukhti?



sekadar mencukupkan KPI agar tidak diiqob



atau mengharap redho Allah semata?..



kenapa kdang2 kita gagal bertilawah?



ya, kita student, waktu ofis hour kita penuh dengan pengkuliahan..


kdang2 kita inform pad murabbi yg kelas pack. jd penat dan akhirnya bertanguh-tangguh..bila kita bertangguhan, semakin banyak masa untuk kta topup balik bacaan kita. kdang2 x bca terus dalam sehari dan bertangguh lagi pada hari esok dan seterusnya..dan akhirnya mutabaah tilawah kita fail pd minggu itu..



mahu disalahkan sape ukht?



kelas? kuliah? sememangnya tidak!


alasan ini kita nak bagi dihadapan Allah?


salah diri sendiri rupanye!


Gerak kerja terasa hambar



kdang2 kita berziarah, memfollow up atas arahan atau mungkin ada dalam takwim atau mungkin buat bila akhwat mengajak..


bila tiada pengarahan, tiada ajakan dan tidak tertulis di takwim maka tiadalah gerak kerja. hambarlah gerak kerja kita pada minggu itu..


mana inisiatif kita?


mana tanggungjawab kita dihadapan Allah S.W.T


apa jawapan kita sebagai khalifahNYA?


Study terasa hambar


kadang2 bila berpenatan bergerak kerja, kita mula menuntut hak kita untuk berehat..


tidur, itu pasti dilakukan bukan



adakah kita lupa kita punya amanah yang Allah berikan sebagai pelajar wlaupun tugasan dakwah kita memenuhi jadual harian?


Penyelesaian


mudah! klu diamati masalah diatas adalah masalah cabang..


kita solvekan masalah tunjangnya iaitu ikhlas dalam menjaga perhubungan kita dengan Allah S.W.T..


andai hubungan kita dengan Allah jaga, insyaA segalanya terjaga.



hubungan dgn Allah mantap, hq kita juga mantap kerana kita bersama-sama dengan orang yg
mahu berbuat. bukan org yang mahu berehat.


hubungan dgn Allah hebat, insyaA terasa manisnya melakuakn mutabaah dan kadang2 kita sendiri merindui untuk berjumpa dengan Allah S.W.T


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)



hubungan dgn Allah akrab, hubungan kita dengan manusia juga mumtaz kerana



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah! orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah."
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah)



hubungan kita dengan Allah terbela, kita akan bersemangat berbuat walaupun perasan takut dan cemas memuncak..



suka untuk saya berkongsi pengaruh tarbiyyah ruhiyah dalam kehidupan dari kitab Ruhaniyatud-daiyah, Dr Abdullah Nashih 'Ulwan



'tatakala jiwa seorang da'i telah bertakwa sepenuhnya kepada Allah. merasakan muraqabah dan keagunganNya di dalam hati. rutin membaca al-quran dengan tadabbur dan penuh kekhusyukan menyertai nabi dalam berqudwah kepadanya, menyertai orang saleh yang bermakrifat kepada Allah dengan membina pelbagai hikmah dan kebaikan dari mereka. berzikir kepada Allah secara berterusan untuk menambah keteguhan dan ketenangan. selalu melakukan ibadah nafilah untuk mendekatkan diri dan menambah kekhusyukan.


apabila dai sudah memiliki itu semua, maka ketika berbicara atau berkhutbah atau mengajak ke jalan Allah niscaya akan kita temui cahaya keimanan memancar dari kedua bola matanya, keikhlasan tampak jelas menghias raut mukanya dan kejujuran terus mengalir bersama kelembutansuaranya, ketenangan iramanya serta isyarat tangan-tangannya.



bahkan perkataan nya akan meresap ke dalam hati dan melengkapkan jiwa seperti air sejuk yang meresap di kerongkongan orang kehausan bak nur cahaya yang memusnahkan kegelapan. mereka itulah orang-orang yang mendpat petujuk. dakwah mereka akan dapat sambutan luas
dengan nasihat mereka bergetar dan mata menangis. dengan peringatan mereka para ahli maksiat bertaubat dan orang-orang sesat sedar dan kembali ke jalan yang lurus


tatkala jiwa seorang da'i memancarkan rohani, berhubung eratlah dengan Allah, dan dengan memiliki ketakwaan tersingkaplah baginya berbagai hakikat dan makna. terbuka lah rahsia-rahsia yang x dimengerti kecuali orang-orang yang genius dan bertakwa'



kita kenal Allah, insyaAllah kita kenal tanggungjawab!



Bahana fenomena hambar


andai hq sendiri x mmpu nak membentuk jiwa agar lebih tawaduk untuk hari yg seterusnya, maka ukhwah disekitarnya bahkan hqmatenya sendiri semakin dingin. jadi kuranglah interaksi kita sesama akhwat lantas ketidak mampuannya kita menangani konflik dalaman yg semakin bernanah dan merebak di seluruh anggota dan menunggu masa untuk rebah. gerak kerja semakin merudum. study entah ke mana dan akhirnya....fatal...'dakwah bukan miliku lagi dan selamat tinggal dakwah' terucap di bibir!!



kehambaran boleh diatasi..kita punya kuasa membentuknya



No comments: