Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Thursday, February 09, 2012

...Kita Buat untuk APA?..



Bismillahirrahmanirrahim...


insyaAllah post kali ini saya nak ulas tentang 1 pertanyaan dari pembaca..


soalannya,


Macammana kita nak rasa ikhlas bila beribadah? Sebab kadang-2 tak dinafikan buat cuma sekadar tunaikan kewajipan shj.


ikhlas adalah satu feel yang x dpt didescribe secara konkrit. ikhlas adalah perasaan yang lahir dari hati yang penuh keyakinan dan pengharapan pada Allah S.W.T. lagi 1 siapa yang ikhlas, x terlahir atau tertulis di dahi. jadi, memang susah untuk kita tahu kita ni ikhlas ataupun tidak


Kenapa kena ikhlas?


kalau sebut pasal ikhlas, ia berkait rapat dengan niat. kita sedia maklum bahawa, tidak terangkat amal seseorang itu

kalau

1. tidak ikhlas..
2. tidak bertepatan dengan sunnah dan syarak...


Bagaimana??


jadi, apa pun amalan kita nak buat baik dari segi beribadah mahupun berdakwah, pertama-tamanya

clearkan niat..

tya diri sendiri
niat beribadah untuk siapa?
Allah?
nak menunjuk?


kalau diperhatikan Khalifah Umar Abdul Aziz,
takkan melangkah khalifah itu melainkan niat-niat yang baru.


makna kata, setiap langkahnya, dia meluruskan niat agar setiap apa yang dia buat disertakan Allah S.W.T.


memang benar, kadangkala niat kita tersasar, contoh tgh solat, terfikir benda lain, bermakna, kita dah x srtakan Allah, maka luruskkan balik niat ibdah kita..


jika niat kita ikhlas, insyaALLAH Allah terima.
tentang hasil , biarlah Allah yang tentukan


ada juga tanda, kalau niat kita benar, kita senang untuk berbuat
contoh nak bangun tahajud, kita mudah bangun untuk mengerjakannya
nak berdakwah atau pergi program yang jauh, hati tenang untuk ke sana
nak baca quran, mudah sekali menghabiskan target mukasurat
mudah dalam mengerjakan dalam segala hal walaupun sukar


yang penting, niat kita bagaimana..


tetapi AWAS!!!


andai kita bangun tahajud, kita mengungkit disebabkan mengantuk dalam kelas,
duit kita habis disebabkan pergi program
x sempat study disebabkan baca quran
x terasa manisnya beribadah


ini tanda niat kita belum lagi ikhlas pada Allah S.W.T


jadi, solusinya mudah, clearkan niat balik.


Effect tidak ikhlas...


hasilnya pasti iaitu Allah x pandang pun apa yang kita kerjakan..
mahukah kita lihat, amal kita rase dah kerjakan dgn banyak
at the end masa dinilai oleh Allah S.W.T, nothing disebabkan niat yang tidak benar..


Pengalaman diri


insyaAllah, sy nak kongsi 1 pengalaman di mana Allah nak mngajar sy tentang ikhlas,


suatu hari, saya perlu berkhidmat untuk satu tempat di area KL untuk memenuhi jam kredit kelas sy. hari pertama, hati sy cukup sayu kerana receptionist dan pekerja tempat tu kebanyakkannya buta atau low vision


sedih rasanya melihat mereka. dah la x dapt merasai nikmat Allah, bekerja pulak macam orang normal. perasaan nak berkhidmat dan membantu di tempat itu sangat tinggi..setinggi gunung kinabalu (penambah perisa..) (^_^)


tetapi segalanya bertukar. niat terus tersasar. daripada ikhlas membantu terus merungut disebabkan terlalu banya kerja yang diberikan seolah kita pekerja tetap tanpa gaji..sehinggakan kerja-kerja itu kena bawa balik rumah


dalam hati merungut disebabkan assgmnt yang berlambak dan keserabutan yang melanda sem lepas seperti yang sy post sebelum2 ni ditambah lagi kerja yang baru diterima..


jadi, nak x nak, kena jugalah buat keje2 tu walaupun masa terhad. 1 weekand tu, sy prepare mase buat benda tu dengan keep in data yang beratus2. dari 8 pagi sampai 11 malam, keje masih x siap. sy ketepikan lapar, selesema time tu untuk fokus siapkan keje. berenti untuk solat dan tilawah.


dah dekat 11.30 malam, dah memang exhausted..dah x leh nak teruskan. jadi sy cdang nak smbung esok. dah save dlm laptop. icon autosave pun keluar.


tapi keajaiban berlaku!


ape jadi??


sy try bukak file tu balik, mcm nak menjerit tgk file tu..nak terjun bangunn, nak meraung, meroyan semua ada.




semua data yang ditaip hilang kesemuanya..
pencarian selepas tu ternyata gagal..
segala penat lelah dari pagi hingga ke malam seolah-olah sia2 belaka...


dah x thu nak buat pape, pegi la nangis dalam bilik air tenangkan hati dan bertanya apela yang Allah nak tunjuk pada sy..


bila dah cool, sy duduk dan berfikir, sy temui jwpnnya. 'rupanya Allah nak ajar balik tentang niat'
Alhamdulillah, Allah menyedarkan saya ketika di dunia lagi!


sy mengaku niat ikhlas nak menolong totally zero


jadi, esoknya sy buat semula keje2 tu dengan niat yang baru. alhamdulillah, dalm masa setengah hari dah siap disebabkan pertolongan Allah. berbanding 1 hari yang sy amek sebelum tu. yang penting husnuzhon dengan Allah.


jadi ibrahnya, dapat lihat kan, niat yang tidak ikhlas, apa yang kita akan dapat adalah
NOTHING!


jadi pesan untuk diri saya dan pembaca sekalian, teruskan ikhlas walau ape pun keadaan sebab kita rasa kite dah berbuat dan beramal dgn bnyaknya kt dunia tapi at the end Allah x nilai dan redho dengan kerja kite kt dunia. jgn kite jd seperti apa yg difirmankan Allah dalam


Surah Al-Kahfi pada ayat 103 dan 104


Katakanlah (Muhammad),'apakah perlu kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?'

iaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya.




1 comment:

MISS AS said...

terima kasih, maaf lambat baca post nie. insyaAllah akan cuba dipraktikkan :)

There was an error in this gadget