Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Monday, November 16, 2009

" IMAN, KAMU CUTI HARI INI?"

sebelum ana pulang ke kg halaman esok, teringin nak coretkn sesuatu kt blog tapi otak beku sgt..x de idea lgsung to type something...sedang selak majalah solusi tdi, ana tertarik di ruangan muhasabahnya dalm bntuk dialog..

IMAN: Assalamualaikum

DIRI : Waalaikummussalam. oh En Iman! saya rasa dah dua tiga minggu kamu x datang ke pejabat. kamu cuti ke?

IMAN: apa pula saya cuti bos. saya kan diberi cuti

DIRI: oh ye, lupa. itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam lak. lepas dengar ceramah ustaz kat tv berceramah ari tu, saya teringatkan kamu.

IMAN: jadi saya bleh bekerja la bos? saya bleh ambil balik jawatan saya dengan En Nafsu?

DIRI: Eh, x bleh. saya sayang nak pecat En Nafsu. walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi, tapi dia berjaya menghiburkan saya.

IMAN: kalau mcm tu, lebih baik saya berundur

DIRI: eh, jgn! tolonglah saya. saya x bleh kehilangan kamu berdua.

IMAN: tapi bos, kami x mungkin bersama dalam satu syarikat. perbezaan antara kami sgt besar. En Nafsu saya lihat anti sangat dengan saya

DIRI: saya rasa serba salah la pula

IMAN: bos bleh pilih satu je. bos perlu bermujahadah untuk pecat En Nafsu, bos

DIRI: saya tahu. jauh dlm hati saya, saya memang perlukan kamu, En Iman. irihati saya tengok syarikat ustaz kat sebelah. mereka bleh maju sebab ada orang macam kamu. baiklah, saya kena pecat juga En Nafsu, x kiralah apa yang berlaku. En Iman, saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, al-quran dan apa2 yg patut.

IMAN: Alhamdulillah, nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak. Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ini, saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO (Allah S.W.T) sebagai MUTTAQIN

kitalah bos kepada diri sendiri. kita yang menguruskan semua tentang diri, makan minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. tetapi yang lebih penting ialah bagaimana kita menguruskan iman kita. buatlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang bleh menyuburkan iman. jangan ditendang keluar amalan soleh dan jangan pula menyambut baik palit dosa yang masuk dalam diri.

p/s : buat sahabatku, selamat bercuti. jagalah iman antunna..memang sukar kerana perlu berlwn dengan kehendak nafsu..

" Ya Allah, engkau tsabatkanlah hati ini dengan iman. suburilah ia dengan ketakwaan dan engkau siramilah ia dengan rahmat dan kasih sayangmu..hanya padamulah kami meminta pertolongan, Ya Allah.."


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



No comments: