Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Friday, April 09, 2010

...2 permata bersinar...


KISAH PERTAMA

Pada sesi 2008/2009, kehidupan seorg wanita muslimah itu mula berubah..setiap minggu pd rabu malam dan tengahari pada hari jumaat dia harus meninggalkan dunia studynya, dunia kariernya..

jdual hidupnya mmg btol2 berubah..sejak sesi itu bermula dia harus menggalas satu misi..misi untuk mendapat mardatillah..

klu teman2nya lain, mgkn sedang bertungkus lumus buat revision atau buat study group sebab bkn mudah utk skor dgn coarse yg dia amek..tambahan pula dia menuntut di tahun ‘kedua’ akhir..

pada waktu itu, ketika itu, hari itu, dia akan berjalan kaki dari kolejnya ke kolej ‘x’ yang mana jaraknya memakan masa lebih kurang (15-20min)..hanya kdg2 dia mendapat transport utk ke kolej ‘x’..

dengan langkahannya kerana Allah beserta niat kepada Allah, dia tanpa jemu mengisi ilmu2 Allah kepada mutarabbinya pada rabu malam dan hadir dalam majlis ta’lim pada tengahari jumaat..

setiap minggu, itulah rutinnya..dia tanpa jemu melayan karenah mutarabbinya..ada yg nakal, dtg lmbt, berperwatakan macam kanak2 dan lain2 lagi..dia x pernah marah, bahkan senyumannya x pernah hilang@lekang dari bibirnya..sabarnya dia hanya Allah yg tahu.


KISAH KEDUA

Sejak sem baru bermula bagi sesi 2009/2010, kehidupan seorg wanita muslimah itu mula berubah..setiap minggu pd khamis malam dia harus meninggalkan dunia studynya, dunia kariernya..

jdual hidupnya mmg btol2 berubah..sejak sesi itu bermula dia harus menggalas satu misi..misi untuk mendapat mardatillah..

klu teman2nya lain, mgkn sedang bertungkus lumus buat revision atau buat study group sebab bkn mudah utk skor dgn coarse yg dia amek..tambahan pula dia menuntut di tahun akhir..

pada waktu itu, hari itu, ketika kegelapan malam mula terliht, dia akan memandu dari kolejnya ke kolej ‘y’ yang mana jaraknya memakan masa lebih kurang (30min), klu traffic jam, bertambahlah lagi masanya..

dengan langkahannya kerana Allah beserta niat kepada Allah, dia tanpa jemu mengisi ilmu2 Allah kepada mutarabbinya..setiap minggu, itulah rutinnya..dia tanpa jemu melayan karenah mutarabbinya..

walupun dia kdg2 x ckup tdur pada hari sebelumnya kerana perlu on call, dia x pernah mengeluh..jarang skali dia lari dr tanggungjawabnya terhadap mutarabbinya..x pernah dia beri alasan kesibukkannya sebagai student tahun akhir utk melepaskan dirinya dr menjalankan tanggungjawabnya..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


***********************************************


Itulah 2 kisah, 2 jiwa yang hya segalanya kerana Allah, 2 perwatakan, dan 2 wanita muslimah yang berbeza tetapi mempunyai tugas yang hampir sama..membentuk srta mentarbiyyah mutarabbi2 mereka..

Alhamdulillah, diringkaskn cerita, mereka berdua telah lulus dengan jayanya dalam peperiksaan akhir mereka baru2 ini..mereka berdua, InsyaAllah, bakal menggenggam segulung ijazah mereka mungkin pada Ogos atau September ini..Alhamdulillah segala pengorbanan yg mereka lakukan, Allah telah balas..

Ketakutan mereka jika terkandas dan perlu repeat 6 bulan lgi lenyap..

2 wanita muslimah itulah yg telah hadir dalam hidup ana..merekalah murabbiah ( klu lelaki=murabbi) yg tnpa jemu, melayan karenah salah seorg mutarabbi yg agak nakal mcm ana. Tanpa bosan mentarbiyyah ana utk menjadikan ana seorg manusia..manusia mengikut jalan yg diredaiNYA..

byk lagi jasa2 mereka yg membuatkan ana terharu..biarlah menjadi rahsia antara kami dan Allah..

Ana doakan mereka terus istiqamah dan ikhlas kerana selepas ini mereka perlu berhadapan dengan tugasan karier mereka yg semakin mencabar dalam 2 tahun ni..moga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada mereka..moga kasih dan Rahmat Allah sentiasa bersama mereka..


‘ Ya Allah, syukur ke hadratmu kerana Engkau telah mempertemukan aku dengan mereka, teguhkanlah kami di atas jalanMu ini..jgn Engkau biarkan kami tersasar dari JalanMu ini..’


~Ikhlas dr seorg mutarabbi~


p/s: buat bekas murabbiah, murabbiah skrg dan future murabbiah ana yang tercinta, dedikasi lagu 'sang murabbi' ditujukan khas utk an2nna..syg semuanya Fillah..

No comments:

There was an error in this gadget