Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Monday, August 16, 2010

...penyakit down...



bismillahhirrahmanirrahim,
pada entry kali ini bukanlah hasrat hati ingin mengetengahkan penyakit yg dihidapi oleh golongan istimewa iaitu sindrom down tetapi ingin mengupas serba sikit, manajemen penyakit down a.k.a kondisi iman yang semakin jatuh menjunam..


iman kita bukanlah selalunya dalam range yg sekata..adakalanya naik dan adakalanya turun..boleh juga disamakan seperti spring, apabila tiada beban yg menindih, spring akan menegang tetapi apabila terdapat beban yang menindih dari atas, spring tidak mampu untuk bertahan dan akhirnya mengendur sbanyakmana bebanan itu..


begitu juga iman, bilamana tiada unsur atau anasir yg boleh merosakkan iman, iman akan menlonjak pada tahap yang mungkin berada di puncak tetapi apabila terdapat persekitaran yang menekan, iman akan jatuh, dan iman yang terlampau lama berehat, pada akhirnya bisa mengotorkan part yang bernama 'hati'. maka dengan itu terkesanlah penyakit baru yang dinamakan penyakit 'hati'. apabila seseorang menghidap penyakit ini, tiada gunalah lagi segala nasihat dan tazkirah ataupun ceramah yang berjela-jela..


tanda-tanda penyakit 'hati':-


-semakin hilang perasaan berukhwah
-malas untuk membaca al-quran
-hati rsa kosong
-cenderung untuk melakukan perkara yang sia-sia
-malas nak lakukan kebaikan
-solat menjadi tungging-langgang
-berusaha melarikan diri daripada perkara-perkara yang bermanfaat seperti baca buku islami, mendengar ceramah, membaca terjemahan ayat dan sbgnya
-hilang sensitiviti terhadap nasib org lain cthnya, saudara kita di palestin
-sukakan hiburan yang sia-sia


klu tanda-tanda diatas ada pada anda, AWAS!! jgn terlalu lama biarkan keadaan itu agar hati anda tidak sakit dan akhirnya mati...


suka untuk saya kongsi beberapa tip manajemen iman yang hampir futur a.k.a lemah sebelum merebak menjadi penyakit hati:


1. elakkan daripada membaca novel cintan cintun kerana akan membuatkan anda lebih berimaginasi untuk memiliki keindahan dan impian dongeng seperti yang dialami watak dalam novel itu

2. elakkan daripada menonton filem karut-marut yang at the end pengajaran dari cerita yang ditonton x de langsung related dengan ketuhanan cthnya cerita korea, dan sebagainya..x pernah sy tgk ade rakan-rakan yg menangis teresak-esak dan terus bertaubat slps menonton filem korea, hindustan atau sebagainya..yg sy lihat, feedback drpd menonton cerita tersebut hanya termimpi2 wajah tampan dan cantik molek pelakon2

3. bacalah al-quran, tempat dimana mencari balik hati yang hilang

4. ingatlah mati..sebenarnya kita ni sgt perasan, yg menganggap diri kita akan hidup lagi pd esoknya termasuklah sy sendiri..sesaat selepas ni, belum tentu kita masih hidup...

5. pergilah mencari kembali tempat yang mengingatkan kita dengan memori merasakan kemanisan iman..

6. dirikanlah solat malam beserta hati yang penuh kesedaran dan keikhlasan..jgn dirikan solat malam dengan hati yg lalai ataupun mengharap balasan sempena bulan ramadhan..bilamana kita bercakap psal keikhlasan, kita tidak perlu mengharap ape2 balasan. apa yg kita dapat selepas itu biarlah ALLAH yg tentukan

7. hilangkanlah ego dan kedegilan hatimu dan belajarlah menerima nasihat org lain

8. elakkan daripada mendengar lagu-lagu yg lagha..


konsequensi tidak menjaga hati..

pernahkah anda terfikir, mengapa

-seorang ustaz ditangkap khalwat? ( rujuk balik akhbar2 bulan lepas)
-seorang ug bertudung labuh akhirnya memakai tudung biasa dan akhirnya memilih untuk free hair?
-seseorang itu terlibat dengan zina?
-seorang itu sanggup membuang anak luar nikah?
-seorang yg biasa menjaga akhlaknya, pd akhirnya terjebak dengan couple?
-dan banyak lagi...

bagi sy apa yg dapat sy simpulkan, perkara2 ini berlaku disebabkan oleh kurangnya rasa takut dengan Allah S.W.T kerana hati mereka terlalu lama berehat dan akhirnya mati..saya yakin bilamana hati seseorng itu mempunyai iman, mana mungkin dia cenderung melakukan perkara yang bisa merosakkan hidupnya...

jadi untuk anda yang berada diluar, manage lah hati anda..jgn biarkan ia terus down, down dan akhirnya mati..hari ini mungkin kita hanya membaca kisah org lain didalam akhbar tetapi jgn pula kisah diri anda dibaca orang lain didlam akhbar di atas perkara mungkar yg anda lakukan...

' ya Allah, tetapkanlah hati kami di atas dinMU'

akhir kalam, perhatikanlah, botol yg kosong... jgn fikir tiada molekul di dalam nya..gas2 telah memenuhi segenap ruang botol itu..begitu juga hati anda..hati yang kosong amat mudah sekali anasir-anasir jahat memenuhi ruang hati anda..

wallahualam



berharap sgt punya masa yg panjang untuk berkongsi tentang peristiwa dan kejadian dlm perang yg berlaku dlm bulan ramadhan pd era perjuangan Rasulullah dan sahabat2..moga diberi kesempatan lagi untuk menulis..

3 comments:

Menapak kubur said...

salam..
Syukran ats entry ni..
Bermanfaat sgt bt akk skrg y jge ade penyakit down ni..iman jatuh menjunam..tgh tahap pemulihan iman..insya Allah..

best analogi spring tu..
Moga akk mnjadi spring y kuat y boleh brtahan walau seberat mane beban y menimpa..

Syukran.. =)

.:: نورحبيب ::. said...

wslm..alhamdulillah..

Insyaallah, moga terus diberi kekuatan oleh Allah untuk terus meniti jalan yang diredainya..

k zira bolehhhhh!!!teruskan berbuat fillah walaupun akak tgh sibuk di tahun akhir...(^^,)

nusrah said...

syukran kuarkan post nih..
may Allah bless every second of ur life