Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Thursday, October 21, 2010

...Kasihanilah Mereka...


Setinggi-tinggi kesyukuran pada Ilahi kerana saat ini, detik ini, masih diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di teratak ini...


Kalau melihat pada tajuk di atas, apa yang saya ingin sampaikan adalah perasaan dari hati yang penuh dengan pengharapan, pengaharapan dan pengharapan..


Isunya mungkin simple tapi ramai yang terlepas pandang..entry ini saya tujukan kepada diri saya sendiri, murabbiyyah, kakak usrah, kakak naqibah, pendidik, da’ie dan sesiapa sahaja dirinya yang merasakan dirinya terlibat..


Kadang-kadang, kesibukan menyebabakan kita menjadi seorang yang beralasan dan disebabkan kesibukan, membantutkan gerak kerja dakwah kita..


kesibukan yang saya maksudkan di sini adalah, ke‘pack’an jadual kuliah, kesibukan kerana berada di final year, kesibukan menyiapkan manuskrip, tesis, report, kesibukan menghadapi klinikal, kesibukan menjalani praktikal, kesibukan untuk menghadapi perperiksaan kesibukan menghandle program dan sebagainya..


Segala jenis kesibukan yang saya list ini, sebenarnya dan tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk kita TIDAK membuat halaqah, usrah, discussion group dan lan lain-lain term lagi kepada binaan bawahan kita (binaan merujuk kepada : adik usrah, mutarabbi dan sbgnya). kasihanilah binaan kita..Kasihanilah mereka!!!..mereka perlu dibimbing dan iman mereka perlu dipantau agar mereka tidak futur (kondisi iman lemah).

Konsekuensi apabila binaan kita terabai


Jangan dianggap remeh bila kita x sempat membuat halaqah, usrah dan sebagainya kepada binaan kita..jangan kita ingat iman dan hati binaan kita seperti Rasulullah dan sahabat-sahabat nabi yang mana iman mereka terdidik dan terjaga..bahkan kita sendiri kadang-kadang iman kita down..ketahuilah,


Hati ibarat raja. Maka berilah makanan dengan ilmu sebab jika lewat 3 hari ia tidak diisi oleh makanan berupa ilmu, ia akan mengeras dan akhirnya mati
~ Al-Ghazali


Ibrah (pengajaran) yang boleh kita ambil daripada kata-kata diatas, ketahuilah, hati kita akan mudah mengeras bilamana tidak ditopup dengan ilmu..

Bila ilmu sudah tiada di dada, maka kosonglah iman di hati.. apabila tiada lagi ayat-ayat cinta Allah, tiada lagi peringatan dan tiada lagi pantauan, akhirnya hati akan mati. Jadi, tiada gunanya lagi peringatan pada saat hati mati..

Sayang sekali kalau kita abaikan binaan kita yang masih baru, masih baru dalam dunia tarbiyyah..kadang-kadang mereka mahukan tarbiyyah, mereka mahukan perubahan dengan bantuan kakak usrah mereka..disebabkan alasan kesibukan kita, kita abaikan mereka..kalau jumpa mungkin adakalanya ikut masa free kita..kalau x free, biarkan mereka terkontang-kanting..

Perkara ini selalu terjadi dalam dunia tarbiyyah..lantas apa yang akan terjadi seterusnya kepada binaan kita??

Besar kemungkinan mereka kembali melakukan karat jahiliyyah yang sebelum ini mereka ingin tinggalkan..


Kenapa kita perlu berbuat?


Sahabatku, walau sesibuk mana kita, luangkanlah masa sekurang-kurangnya seminggu sekali atau paling kurang pun dua minggu sekali untuk berjumpa binaan kita....fikirkanlah, bukan saje-saje Allah pertemukan kita dengan mereka.. mereka diamanahkan kepada kita..mereka tanggungjawab kita..kita secara x langsung perlu mendidik mereka..


Jangan diakhirat nanti kita disoal tentang amanah yang diberikan pada kita ini..


Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui..(8:27)

Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggungjawaban)?

(75:36)


Adakah alasan ini yang kita akan ungkapkan pada Allah S.W.T pada hari perhitungan amal kita :



‘ Ya Allah, aku sibuk dulu..jadual kuliah padat, nak siapkan tesis, klinikal, banyak program yang aku nak handle..jadi x sempatlah aku nak jumpa adik usrah / anak halaqah aku’



Adakah alasan ini yang kita akan guna pakai kelak? Adakah Allah terima alasan kita ini?

Sahabatku ingatlah kisah Nabi Musa a.s, tatklala perintah dakwah diarahkan padanya untuk bertemu Firaun :

untuk Kami perlihatkan kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang sangat besar,

Pergilah kepada Firaun; sesungguhnya ia telah melampaui batas".(20:23-24)


Maka nabi Musa berkata:


Berkata Musa: "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku,


dan mudahkanlah untukku urusanku,


dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku,


supaya mereka mengerti perkataanku,


dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku,


(yaitu) Harun, saudaraku,


teguhkanlah dengan dia kekuatanku,


dan jadikanlah dia sekutu dalam urusanku,


supaya kami banyak bertasbih kepada Engkau,


dan banyak mengingat Engkau.


Sesungguhnya Engkau adalah Maha Melihat (keadaan) kami". (20:25-35)

Tidak keluar sedikitpun rungutan daripada mulut Nabi Musa tentang pengarahan terhadapnya malah dia berdoa agar dipermudahkan dalam urusannya..jauh sekali untuknya berkata dia sibuk dengan urusannya..

Ketahuilah sahabatku, tak rugi sedikitpun kalau kita mendidik binaan kita..dalam masa yang sama kita juga dapat meningkatkan kefahaman kita dan meninggkatkan iman dan amalan harian kita..

Jangan kita buat halaqah atau usrah atas dasar untuk menghabiskan sillibus, materi tanpa menitik beratkan pembinaan iman..serulah, didiklah binaan kita kepada Allah dan berbuat untuk Allah..


Penutup

Sahabatku sekalian, andai kita gugur atau syahid sebagai seorang daie atau daiyah, dan bianaan kita pula meneruskan perjuangan dengan ilmu yang kita sampaikan kepadanya, insyaallah, pahala akan tidak akan henti mengalir kepada kita selagi mana ilmu yang kita sampaikan diamalkan oleh orang lain..


‘Apabila mati anak adam, terputuslah segala amalan melainkan 3 perkara, iaitu : doa anak soleh, sedekah jariah dan ilmu yang berterusan’

Jadi suka untuk saya mengajak diri saya dan sahabat-sahabat untuk ‘Bersama-
samalah kita menjadi golongan belajar dan mengajarkan’..

Wallahualam...

3.00 a.m @ PR


1 comment:

Anonymous said...

bersama2 kita berbuat, insyaAllah..

There was an error in this gadget