Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Wednesday, March 30, 2011

...BeGiNiLaH ‘JaLaN iNi’ MeNgaJaRkAn KaMi...PART 2


sambungan...(dah bca part 1? jika belum, scroll down ke bawah)


Jalan ini membuatkan kami merasakan bahawa bukan diri kami sahaja perlu didoakan, perlu kami rindui, perlu kami cintai keranaNYA.



Ya, Dulu doa kami untuk kebaikan hidup kami, ternyata kami silap. tapi jalan ini membuatkan kami sedar kami harus mendoakan teman-teman seperjuangan membayangkan mereka dalam tahajud kami, dalam setiap amalan kami, dalam setiap langkahan, dan setiap perancangan kami agar kami bisa merasai kebersamaan dalam berbuat untukNYA kerana Perjanjian ini, kami telah lafazkan acap kali membuka lembaran matsurat



Ya Allah, Engkau Mengetahui
bahawa hati-hati ini
(orang yang telah
dibayangkan
tadi) telah berkumpul
kerana MengasihiMu,
Bertemu untuk mematuhi
(perintah) Mu,
Bersatu memikul beban
dakwahMu.
Hati-hati ini telah mengikat
janji setia untuk mendaulat
dan menyokong syari'atMu,
Maka eratkanlah Ya Allah
akan ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara
hati-hati
ini. Tunjuklah kepada hati-hati
ini akan jalan-Nya (yang
sebenar).
Penuhkan (piala) hati ini
dengan cahaya
Rabbani Mu yang tidak
kunjung malap.
Lapangkan hati-hati
ini dengan limpahan
iman/keyakinan
dan keindahan tawakkal
kepadaMu.
Hidup-suburkan hati-hati ini
dengan ma'rifat
(pengetahuan sebenar)
tentang
Mu . . .
(jika Engkau mentaqdirkan mati)
maka matikanlah pemilik
hati-hati ini sebagai para
syuhada'
dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik baik
sandaran dan sebaik-baik
penolong.



Kami tidak mampu untuk menanggung beban andai hidup kami hanya untuk diri kami sendiri. Hidup kami bukan untuk diri kami sendiri bahkan kami perlukan orang lain untuk memastikan islam kembali tertegak dalam diri setiap MUSLIM.



Assyahid sayyid Qutb ada mengatakan bahawa:



‘seandainya kita hidup untuk diri sendiri, kita akan hidup kecil dan mati sebagai orang kecil. Tetapi seandainya kita hidup untuk ummat , kita akan terus hidup besar dan tidak akan pernah mati’



Kami juga mahu mencontohi As-Syahid Hassan Al-Banna. Walupun beliau telah lama syahid tetapi ruh perjuangan beliau masih tersemai dan tumbuh di jiwa2 para mujahid.



Kami tidak diciptakan untuk diri kami, kerana kami tahu bahawa firman Allah ada meyebut,



Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (3:110)



Jalan ini juga telah menyedarkan kami bahawa ada insan lain yang perlu kami doakan, perlu kami tangisi kerana..



Kami tahu rakyat palestin, saudara kami. Kami PERLU ambil peduli agar manusia syaitan laknatullah di bumi Palestin terhapus di muka bumi. Tangisan mereka, keperitan mereka, kesengsaraan mereka yang terpaksa mereka tanggung akan menjadi persoalan kita diakhirat nanti. Kami tidak punya alasan tidak berbuat jika kami berada di hadapan Allah S.W.T.



Kami tahu muslim di seluruh dunia, saudara kami. Kami perlu doakan mereka agar bangsa Islam menjadi manusia terhebat di muka bumi.



Kami tahu masyarakat jahiliyyah di negara kami adalah saudara kami juga, kami juga mohon agar berhala di dalam hati mereka musnah agar mereka kembali tunduk kepada pencipta kita, agar sama-sama kita kembali Islam dan agar bersama-sama mengerjakan sunnah ALLAH dan RasulNYA.



Jalan ini membuatkan kami sedar bahawa kami juga perlu berbuat. Bukan hanya menumpang dengan ulama-ulama, para ustaz dengan apa yang mereka berbuat. Kami juga harus bergerak, kami juga harus bertindak kerana syurga terbentang kepada sesiapa yang berjuang untuk memilikinya.



Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (3:104)



Kami mahu menjadi sebahagian daripada golongan itu!!


Jalan ini juga banyak menyedarkan kami bahawa langit tidak selamanya cerah, isinya tidak selamanya akan kekal kerana kematian kita sangat pasti. Kami tahu kami perlu berubah kerana esok belum lagi menjanjikan kehidupan seperti hari ini untuk kami. Kami tahu Allah telah menanyakan kepada kita di dalam surat cintaNYA bahawa:



Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik. (57:16)



Kami tidak harus tunggu lama kerana kami perlu tahu,



Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.(57:20)



Dan ketahuilah Allah telah menyarankan agar kita,



Berlomba-lombalah kamu untuk (mendapatkan) keampunan dari Tuhanmu dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai karunia yang besar. (57:21)



Ya, berlumba-lumba mencari keredhoan Allah, bukan mencari keredhoan bos, prof, dr atau sebagainya.



Kami harus tahu bahawa diakhirat nanti, kami perlukan syafaat Rasullullah. Bagaimanakah mungkin kami akan memperoleh syafaat kalau kami sendiri tidak kenal rasul kami, x kenal dengan perjuangan rasul kami, dan x berusaha mengenal rasul kami?


Bagaimanakah mungkin Rasulullah akan memberi syafaat kepada kami kalau kami jauh daripadanya?

Bagaimanakah mungkin Rasulullah akan memberi syafaat kepada kita kalau dia sendiri tidak mengenal rantai-rantai yang mendokong perjuangannya?



Kami ummat Nabi Muhammad, kami perlukan syafaat baginda kerana kami tidak tahu di lapisan mana kami akan dicampakkan. Tapi kami tidak akan pernah henti untuk memohon syurga yang tertinggi yakni syurga Adn. Oleh itu, kami harus meneruskan rantai perjuangan baginda dengan melalui ‘jalan ini’ walaupun nampaknya sukar kerana kami sedar bahawa:


Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, “Neraka itu diliputi dengan syahwat (kesenangan-kesenangan), dan surga itu diliputi dengan hal-hal yang tidak menyenangkan”. [HR. Bukhari juz 7, hal. 186]



Untuk menapaki tangga ke syurga jauh lebih susah berbanding melangkah ke neraka. Beruntunglah orang-orang yang berpenat lelah dalam menelusuri jalan ke syuga kerana disitulah sebaik-baik tempat kembali.





‘Jalan ini’ bukan maknanya, Jalan Pahang, Jalan Ipoh, jalan raya mahupun PLUS. Jalan ini merupakan jalan dakwah yang mana satu sunnaturrasul yang manusia lain ragu-ragu untuk memikulnya. insyaAllah sahabat, jalan ini adalah jalan kita semua. Jalan untuk kita menuju syurgaNYA, Jalan untuk memoleh syafaat nabi, jalan yang penuh onak duri tapi hasilnya pasti akan dapat dituai diakhirat sana.



Wallahualam..



p/s: saya sarankan untuk membaca buku ‘ Beginilah jalan dakwah mengajarkan kami’ karya, LILI NUR AULIA



29 Mac 2011, 3.30PM @ PR

No comments: