Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Tuesday, March 08, 2011

...semua ada ragam tersendiri...


Alhamdulillah, bertemu lagi dlm post yg ke berapa ntah utk thun ini..afwan kathira mmbiarkn blog ni terbiar tnpa khabar hmpir sebulan disebabkan ada masalah dan misi yang lebih besar utk diberi perhatian..


hari ni, perasaan gembira masih lagi berbaki sejak pulang dr daurah uiA mggu lepas..telatah, celoteh akhwatku masih berlegar di minda..kdang2 boleh tersenyum kerana tergeletek mengingatkan peristiwa2 dgn mereka..


x tergambar indahnya berukhwah...


alhamdulillah diberi rasa nikmat berukhwah..bkn mggu2 lalu diberi rasa sbegini bahkan alhamdulillah Allah buka jalan pada diri ini utk lebih mengenalnya pada tanggal keramat 1 JUN 2008 yang menjadi titik perubahan besar dlm hidupku..1 turning point yang sudah menjadi sejarah dalam lipatan hidupku..


bukan sejarah lama ingin disingkapkan kembali tetapi ingin mengintrospeksi diri agar sentiasa istiqamah dalam menapaki jalan-jalaNYA..


dah hampir 4 tahun..zaman persekolahan aku tinggalkan...selama 4 tahun itu juga, aku tinggalkan teman2 bersembang, teman2 yang bersama-sama bergerak kerja..teman2 yang sama2 ingin berubah, teman2 yang bersama-sama menuntut ilmu dan terlalu banyak status mereka padaku..


tetapi satu soalan sentiasa tertanya2 di hatiku adakah teman2 itu masih seperti dulu?


Dengan teknologi yang semakin canggih, sistem2 itu adakalanya Berjaya mengubat hati yang sudah kerinduan pada zaman itu, mengubat kerinduan manusia ini pada temannya..just, search nama mereka, ‘yes, aku sudah jumpa mereka!’


Tetapi dalam keseronokan bertemu kembali dengan mereka2 itu di alam maya......


Kadangkala, terukir senyuman melihat ramai teman2 ku sudah berubah..’Alhamdulillah, Allah buka jalan untuk mereka mengenalMU’


Tetapi, kadangkalan hatiku terkejut melihat ada juga teman2ku dulu sudah tidak seperti dulu..terdetik di hati ‘ Ya Allah adakah engkau sudah tutup hati mereka dengan hidayahMU?’


Ya Allah, engkaulah sahaja yang mengetahui isi2 hati mereka!!


Adakah kalamMU, masih mereka tatap?
adakah perintahMu, mereka masih kerjakan?
adakah syurgaMU, menjadi keinginan mereka lagi?
adakah nerakaMU, masih lagi mereka takuti?
adakah azabMU, masih berlegar di ruang fikiran mereka?


tapi kalau aku bertemu mereka pun, aku x layak nak bertanya seperti ni, paling kurang, ade yg akan jawab ' kubur kita lain2'. tapi klu yg rase aku ini masih lagi teman mereka, renung2knlah...


Itulah lumrah kehidupan...manusia akan sentiasa digoda dengan kenikmatan..ye, untuk menjadi baik adalah amat sukar, malah untuk memastikan kita selamanya jadi baik, jauh lebih sukar..


Betulla org ckp, untuk jadi jahat, x pyh tunggu masa yang lama, tapi untuk bermujahadah ke arah kebaikan, masyaAllah, perlukan masa yg sgt lama..


********


Buat sahabat2 yg pernah ku kenali dari dulu hingga hari ini dan kepada mereka yang sudi meluangkan masa membaca entri yang tidak seberapa ini...


Ingin kukongsikan,


Beruntunglah seseorang itu kalau hari ini lebih baik dari semalam,
rugilah seseorang itu kalau hari ini sama seperti semalam
dan celakalah bagi org2 yang hari ini lebih teruk dari semalam..


Wahai sahabatku yang diredai Allah sekalian,


Kita sudah ckup matang untuk menilai yang hak dan yang mana batil bahkan Allah S.W.T dah berikan akal yang waras untuk hambaNYA berfikir..


Janganlah kita menjadi manusia yang kufur terhadap nikmat yang diberikan...sudah diberi jalan tetapi cuba menjauhi jalan itu..wahai sahabat, ketahuilah, insYaAllah, cahaya hidayah Allah sudah menyuluh pada setiap manusia, bergantung kepada kita sendiri samaada mahu membuka hati kita untuk menerima cahaya itu atau menutupi ruang hati kita untuk menolak cahaya itu...


..............typing terhenti...........


5.45p.m@PR


No comments: