Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Wednesday, June 06, 2012

...InGiN...


jari jemari terasa ingin benar menari semula

curahan idea terkubur dek kerana masa

jari vs masa

siapa pemenangnya??

                                                                                                                                                    

                                                                                                       bilakah masanya???

Tuesday, May 22, 2012

...Menata Impian...



kalau umat sekarang ketepikan dakwah

kalau umat sekarang lupa Rasul

kalau umat sekarang jauh dari Allah

kalau umat sekarang menolak hidup berJemaah

1 ku pinta agar aku dan barisan ikhwah wa akhwat

agar...





'Ya Rabb, jadikanlah kami umat yang MENGGANTIkan, bukan umat yang DIGANTIkan'

KAMI MAHU JADI UMAT FIRST PLACE DI MATAMU!!!




Tuesday, March 20, 2012

...Pencerahan...






jiwa yang berkeluh kesah
hati yang tak terungkap sendu
spiritual kian terhakis
akal semakin menipis

oh Rabb, show the way...


Friday, February 10, 2012

...Kedua-duanya timbul KONFLIK...



tadi tetiba kembali satu post dari pada blog akhwatmedic iaitu 'cemburu yang memakan diri'


sudah setahun saya membacanya, tetapi belum faham sepenuhnya. tapi hari ini, terasa nak mengulas isu ini. saya amat menyokong post itu bagi memperingatkan diri saya dan akhwat sekalian.


baru-baru ini saya berdiskusi dengan beberapa akhwat ttg masalah ini. yang kelakarnya, ada seorang akhwat masih tidak percaya masalah ini wujud dalam kalangan aktivis sendiri


mengulas isu ini,


isu syuur berlebihan sememangnya wujud


ukhwah yang hambar bakal meretakkan hubungan sesama akhwat
tetapi jgn kita sangka ukhwah yang berlebihan tiada sebarang masalah
ia juga bakal mwjudkan konflik bagi siapa yang gagal mengawalnya



Bagaimana ia berlaku?



kebiasaannya, manusia memang cenderung untuk dikasihi, disayangi
itu memang tidak dapat dinafikan lagi


insyaAllah, mana-mana aktivis dalam gerakan islam,
Allah mngurniakan keinginan berukhwah kepada mereka
Allah telah mempersatukan hati kita dengan yang lain
untuk menguatkan satu sama yang lain dalam bergerakkerja untuk Allah


saling memberi tausyi'ah, itu semestinya
saling mengingati, itu pasti
saling mengasihi dan menyayangi kerana ALLAH juga benar


jadi kadangkala kita larut dalm kesempurnaan itu...
kita rakus dalam kepentingan diri sendiri...
kita mula tamak untuk memiliki rasa dikasihi oleh orang lain


niat kita berukhwah kerana Allah tersasar
kita letakkan Allah sebagi no 2 kerana mengharapkan kasih akhwat lain daripada cinta Allah yang lebih aula
kita mula cemburu jika akhwat yang kita rapat, bergaul dengan akhwat lain melebihi diri kita
kita tidak senang dengan cara akhwat yang kita kasihi itu


maka, jika keadaan di atas berlaku. berhati-hatilah, virus ukhwah mula menular. kita bakal mengidapi penyakit 'syu'ur yang berlebihan'


Andai penyakit ini terkena kita, ayuh ukhti kareemah, kita rawati segera!
letakkan Allah no 1 di hati kerana DIA yang wajib kita cemburu kalau DIA mencintai atau mengasihi orang lain



Bahana jika Allah bukan yang pertama



akhwat yang dirahmati,


cuba kita lihat apa yang terjadi pada Nabi Yaakub A.S kerana terlalu mengasihi Nabi Yusuf A.S. Allah memisahkan mereka dalam tempoh puluhan tahun. dan akhirnya setelah berapa lama kedua-duanya menderita, baru Allah mempersatukan mereka kembali


begitu juga Nabi Ibrahim yang terlalu kasihkan Nabi Ismail sehinggakan Allah memerintahkan agar Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang dikasihi itu


jadi ukhti sekalian, kita tidak sekuat para Anbia untuk menanggung mehnah dari Allah S.W.T.
kita perlu takut apa yang bakal Allah tentukan seandainya kita mencintai sesuatu lebih daripadaNYA sendiri..


dari pengalaman saya, saya juga pernah cemburukan akhwat saya kerana rapat dengan akhwat yang saya kasihi. sy rasa tidak selesa jika ada akhwat lain rapat dengan akhwat yang saya kasihi itu. dan akhirnya, Allah telah memisahkan kami. dia sudah tidak bersama saya lagi.


1 je khilaf saya yang InsyaAllah yang saya sedar dan menyesal sehingga sekarang iaitu, terlalu mengharapkan kasih orang lain daripada YANG MAHA AGUNG..mgkin itu balasan untuk saya kerana gagal meletakkan Allah no 1 di hati


Solusi cemburu itu


jadi ukhti kareemah


jgn lupa untuk meletakkan Allah di hati. DIA lebih utama untuk ruang dihati kita. bukannnya orang lain..


ingin saya kongsikan 1 tips untuk menngelakkan syuur yang berlebihan itu


kalau dalam post saya sebelum ni 'mengharap cinta seisi langit dan bumi', saya ada berkongsikan satu hadis iaitu



Sesungguhnya jika Allah mencintai hambaNYA, ia akan memanggil Jibril seraya berkata, " Wahai Jibril, aku mencintai si fulan, maka cintailah ia." maka Jibril pun mencintainya, lalu ia Jibril menyeru penduduk langit, "Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan, maka cintailah ia" Maka penduduk langit pun mencintaiNYA, sehingga ia pun dijadikan nya diterima (dicintai) oleh penduduk bumi" (HR Bukhari dan Muslim)



formula ini yang saya gunakan untuk menghapuskan syu'ur itu. Sesungguhnya janji Allah benar dan Allah tidak pernah menyalahi janji


cintai Allah. itu kuncinya..
insyaAllah Allah cinta pada kita juga..bahkan malaikat, penduduk langit dan bumi juga cintakan kita. kasihkan kita.
ingatlah Allah, Allah juga ingat pada kita seperti dalm firmannya dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 152


nak mengharapka orang cintai kita, kasihi kita, rindui kita, cintailah Allah dahulu. nescaya penduduk bumi cintai kita patah lagi akhwat kita. yang penting bersihkan niat kita.






insYaAllah, daripada hadis ini saya cuba aplikasikan dalam hidup. suatu hari saya sgt merindui seorang akhwat. jadi apa yang saya buat, cuba untuk meletakkan cinta pada Allah dahulu dan terus berdoa untuk akhwat itu kerana sy rinduinya kerana Allah. Alhamdulillah, hari itu juga saya menerima mesej dari akhwat itu dahulu mengatakan dia juga rindukan sy kerana Allah. Terima Kasih Allah....


INNAWA'DALLAHIHAQ!!!




Thursday, February 09, 2012

...Kita Buat untuk APA?..



Bismillahirrahmanirrahim...


insyaAllah post kali ini saya nak ulas tentang 1 pertanyaan dari pembaca..


soalannya,


Macammana kita nak rasa ikhlas bila beribadah? Sebab kadang-2 tak dinafikan buat cuma sekadar tunaikan kewajipan shj.


ikhlas adalah satu feel yang x dpt didescribe secara konkrit. ikhlas adalah perasaan yang lahir dari hati yang penuh keyakinan dan pengharapan pada Allah S.W.T. lagi 1 siapa yang ikhlas, x terlahir atau tertulis di dahi. jadi, memang susah untuk kita tahu kita ni ikhlas ataupun tidak


Kenapa kena ikhlas?


kalau sebut pasal ikhlas, ia berkait rapat dengan niat. kita sedia maklum bahawa, tidak terangkat amal seseorang itu

kalau

1. tidak ikhlas..
2. tidak bertepatan dengan sunnah dan syarak...


Bagaimana??


jadi, apa pun amalan kita nak buat baik dari segi beribadah mahupun berdakwah, pertama-tamanya

clearkan niat..

tya diri sendiri
niat beribadah untuk siapa?
Allah?
nak menunjuk?


kalau diperhatikan Khalifah Umar Abdul Aziz,
takkan melangkah khalifah itu melainkan niat-niat yang baru.


makna kata, setiap langkahnya, dia meluruskan niat agar setiap apa yang dia buat disertakan Allah S.W.T.


memang benar, kadangkala niat kita tersasar, contoh tgh solat, terfikir benda lain, bermakna, kita dah x srtakan Allah, maka luruskkan balik niat ibdah kita..


jika niat kita ikhlas, insyaALLAH Allah terima.
tentang hasil , biarlah Allah yang tentukan


ada juga tanda, kalau niat kita benar, kita senang untuk berbuat
contoh nak bangun tahajud, kita mudah bangun untuk mengerjakannya
nak berdakwah atau pergi program yang jauh, hati tenang untuk ke sana
nak baca quran, mudah sekali menghabiskan target mukasurat
mudah dalam mengerjakan dalam segala hal walaupun sukar


yang penting, niat kita bagaimana..


tetapi AWAS!!!


andai kita bangun tahajud, kita mengungkit disebabkan mengantuk dalam kelas,
duit kita habis disebabkan pergi program
x sempat study disebabkan baca quran
x terasa manisnya beribadah


ini tanda niat kita belum lagi ikhlas pada Allah S.W.T


jadi, solusinya mudah, clearkan niat balik.


Effect tidak ikhlas...


hasilnya pasti iaitu Allah x pandang pun apa yang kita kerjakan..
mahukah kita lihat, amal kita rase dah kerjakan dgn banyak
at the end masa dinilai oleh Allah S.W.T, nothing disebabkan niat yang tidak benar..


Pengalaman diri


insyaAllah, sy nak kongsi 1 pengalaman di mana Allah nak mngajar sy tentang ikhlas,


suatu hari, saya perlu berkhidmat untuk satu tempat di area KL untuk memenuhi jam kredit kelas sy. hari pertama, hati sy cukup sayu kerana receptionist dan pekerja tempat tu kebanyakkannya buta atau low vision


sedih rasanya melihat mereka. dah la x dapt merasai nikmat Allah, bekerja pulak macam orang normal. perasaan nak berkhidmat dan membantu di tempat itu sangat tinggi..setinggi gunung kinabalu (penambah perisa..) (^_^)


tetapi segalanya bertukar. niat terus tersasar. daripada ikhlas membantu terus merungut disebabkan terlalu banya kerja yang diberikan seolah kita pekerja tetap tanpa gaji..sehinggakan kerja-kerja itu kena bawa balik rumah


dalam hati merungut disebabkan assgmnt yang berlambak dan keserabutan yang melanda sem lepas seperti yang sy post sebelum2 ni ditambah lagi kerja yang baru diterima..


jadi, nak x nak, kena jugalah buat keje2 tu walaupun masa terhad. 1 weekand tu, sy prepare mase buat benda tu dengan keep in data yang beratus2. dari 8 pagi sampai 11 malam, keje masih x siap. sy ketepikan lapar, selesema time tu untuk fokus siapkan keje. berenti untuk solat dan tilawah.


dah dekat 11.30 malam, dah memang exhausted..dah x leh nak teruskan. jadi sy cdang nak smbung esok. dah save dlm laptop. icon autosave pun keluar.


tapi keajaiban berlaku!


ape jadi??


sy try bukak file tu balik, mcm nak menjerit tgk file tu..nak terjun bangunn, nak meraung, meroyan semua ada.




semua data yang ditaip hilang kesemuanya..
pencarian selepas tu ternyata gagal..
segala penat lelah dari pagi hingga ke malam seolah-olah sia2 belaka...


dah x thu nak buat pape, pegi la nangis dalam bilik air tenangkan hati dan bertanya apela yang Allah nak tunjuk pada sy..


bila dah cool, sy duduk dan berfikir, sy temui jwpnnya. 'rupanya Allah nak ajar balik tentang niat'
Alhamdulillah, Allah menyedarkan saya ketika di dunia lagi!


sy mengaku niat ikhlas nak menolong totally zero


jadi, esoknya sy buat semula keje2 tu dengan niat yang baru. alhamdulillah, dalm masa setengah hari dah siap disebabkan pertolongan Allah. berbanding 1 hari yang sy amek sebelum tu. yang penting husnuzhon dengan Allah.


jadi ibrahnya, dapat lihat kan, niat yang tidak ikhlas, apa yang kita akan dapat adalah
NOTHING!


jadi pesan untuk diri saya dan pembaca sekalian, teruskan ikhlas walau ape pun keadaan sebab kita rasa kite dah berbuat dan beramal dgn bnyaknya kt dunia tapi at the end Allah x nilai dan redho dengan kerja kite kt dunia. jgn kite jd seperti apa yg difirmankan Allah dalam


Surah Al-Kahfi pada ayat 103 dan 104


Katakanlah (Muhammad),'apakah perlu kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?'

iaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya.




Tuesday, January 17, 2012

...Wanita itu dan tudung labuh...



AMARAN: POST NI AGAK KASAR

wanita itu......bertudung labuh
tetapi kasihan kerana masih bercouple


wanita itu......bertudung labuh
tetapi kasihan kerana ikhtilat tidak terjaga


wanita itu......bertudung labuh
tetapi kasihan kerana masih tabarruj


wanita itu......bertudung labuh
tetapi kasihan kerana masih tengok lagi cerita korea


wanita itu......bertudung labuh
tetapi kasihan kerana masih lagi x pakai stokin


wanita itu......bertudung labuh
tetapi kasihan kerana pakai itu disebabkan title sekolah agama


wanita itu......bertudung labuh
tetapi kasihan kerana pakai itu pada zaman sekolah


wanita itu......bertudung labuh
tetapi kasihan kerana masih lagi buta sirah dan tidak faham islam


wanita itu......bertudung labuh
tetapi kasihan kerana asyik bermuka ketat







**********************


inilah dilema wanita muslimat sekarang..disebabkan perkara diatas bolehla diibaratkan,
kerana nila setitik habis susu sebelanga


kenapa sy specifickan golongan ini???...


disebabkan masyarakat sekarang jahiliyahnya sgt tinggi, jd mereka menganggap semua yang bertudung labuh tu alim..asal tudung labuh je alim..gile ke hapa nilai orang dari pakaian..
jadi golongan di atas pun masyarakat panggil alim juga sbb pakai tudung labuh walaupun buat perkara-perkara bodoh diatas...masyarakat sekarang kita tahu banyak yang jauh dari agama jd diorang belajar agama fast trap je dengan contohi orang kt sekeliling..diorang nampak yang pakai tudung labuh pun couple jadi diorang anggap couple tu boleh sebab orang 'alim' yang macam ustazah kt atas tu pun buat..


malula, orang yang insyaAllah bawa imej islam,
aurat nye still x terjaga..
mata dia liar dan ligat je tngok jantan
sembang ngan laki sembrono ja
make up mengalahkn artis yang free hair
muka kalu jumpe kt pasar chow kit (cth je) kelat mcm buah mangga hijau yang putik sgt2
couple, konon-konon couple islamik la..
pastu yang x tahan tengok cite korea or wahat ever movie la smpai melalaikan dia untuk solat dan pergi berdakwah..pastu kaku movie tambah plak hero semua movie semuanya hndsome2..mana ada director bodoh nak amek hero muka macam sampah!! rugi la dia..
dah ada movie mesti ada artis lelaki..pastu tengok muka laki tu..
mcm mana ni? hurm tipula kalau kita ckp kita x nmpk hero tu dalam mane2 movie...jadi, pandangan kita terjaga ke??
lagi satu perkara yang sgt-sgt annoying kalu pakai tudng labuh sebab sekolah agama ja..ataupun time seolah..
haisy, adik oi, pakai tdung labuh sebab rule ke? yang belajaq agama ni semata-mata nak jawab periksa pmr ngan spm je ka? pastu bila dah masuk 'u' amek course bukan agama pakai tdung pendek? sapa ajaq ni?? mana aplikasi dalam hidup kita ni (afwan ye, kalu sy marah @ geram jadi terautomatikly terkeluar loghat antarabangsa sy)


banyak lagi sy nak state tapi yang kt ats pun dah cukup merosakkan imej islam dan wanita muslimah lain...


secara konklusinya, orang bertudung labuh masyarakat letak high expectation dan diperhatikan lebih compare than orang pkai tudung bawal, tudung arini, hano tajimo, yuna la, yun nam hair cair la...byk lagi la...jadi tunjukkanlah akhlak kita selayaknya seprti orang yang bertudung labuh!! jagn disebbkn perkara diatas, berlaku fitnah dalam yng memperlekehkan islam.....


jd ingin juga sy pesan kt diri sy dan juga orang yg seperti di atas agar

-jgn jd nila yang merosakkan warna susu...
-jgn buat perkara-perkara bodoh di atas...







~mata sy hmpir tertutup..
kalu rajin, sy nak create plak, lelaki itu dan kewarakannya, tetapi kasihan................


4.30 am @PR



...Terlerai doh!!...



Alhamdulillah, tpat 1430, 16 January 2012, terlerailah sudah beban 1 sem di bahu!!


las paper agak annoying giler! tp Alhamdulillah papernyer obj+mcq..parah juga nak menanda 300 jawapan sehinggakan sy terpaksa take 15 min utk restkn kepala otak b4 start answering again!!


inilah sem yang paling semput dibuatnye..
inilah sem yang membuatkan sy byk berjegil 4, 5 pagi untuk siapkan report, assignment, presentation, grup work project..
inilah sem yang membuatkan sy test hampir setiap minggu..bygkn 18 minggu study, every week ada test..how crazy i'm!


dalam 4 minggu sebelum2 ni, hari selasa berturut2 ada exam..isnin malamnye hq!! truly, mmg menguji kesabaran dan keikhlasan..


hanya Allah la yg tahu betapa bebesarnya hati saya malam ni..lapangnya bila segala beban dah berakhir...(sebab tu excited giler nak update tambah minum kopi plak time hq tadi)..





sy ada juga compare jadual sy ngan bdak mdc, dental atau course yg ada kt kampus sy..haha course sy lah juara kesibukan..kalau budak dntal ngan mdc kata diorang busy giler smpai ajak kpd Allah pun x nak sebab busy, suka untuk sy ckp, korang penipu..sy nampak ada je yg sempat tonton wayang, baca novel, tgk cerita korea, hang out, dating, tidoq banyak...


dh x de pape untuk sy teruskan post ni.....tp yang pastinya skrg ni dlm mode yang sgt bahagia


p/s: sgt berharap agar 3 lagi sem ke depan, tidak dahsyat seperti ini lagi..














~fokus untuk agenda dakwah selepas ni..
Ya Rabb, 24 jam slps2 ini, aku jundiMu..sibukkanlah aku dengan akhirat kerana sudah hampir 20 minggu akhiratku terganggu dengan dunia..



Wednesday, December 28, 2011

...Alhamdulillah, Bergerak lagi...


Bismillahirrahmanirrahim...


Syukur dipanjatkan pada Rabb sekalian alam...

Hari ni pada tanggal 28 disember 2011

Allah membenarkan resapan oksigen memasuki ruang jasadku

Masih lagi diberi nikmat helaan nafas seperti hamba-hamba yang lain


Syukur juga kerana di usia 21 tahun,

Allah meluluskan lagi agreementku sebagai hamba kerana:


masih membiarkan hamba yang penuh dengan kehinaan ini bertapak di bumi ini..

meminjamkan lagi nikmat keimanan untuk mengeluarkan aku dari dunia yang penuh kepuakaan ini..

meminjamkan nikmat kefahaman beragama untuk melepasakan diri dari perkara batil

memberi kesempatan merasai nikmat hidup bersama para akhwat dalam bersama-sama mengejar redhoNya

memberi kesempatan merasai nikmat sebagai seorang mutarabbi dalam mana ingin menjadi sibgahNYA


memberi kesempatan nikmat sebagai seorang murabbiyyah dalam menelusuri dan menyambungi rantai perjuangan Sang Murabbi Agung, Rasulullah S.A.W


masih membenarkan hambaMu merasai nikmat memiliki ibu bapa agar tidak berasa kosong kerana Engkau tahu mereka nyawaku

masih membenarkan hambaMu mempelajari ilmu mu agar bermanfaat bagi insan yang lain..



Ya Allah, terlalu banyak nikmatmu untuk satu jasad..

Moga diri ini tidak termasuk didalam golongan yang Engkau sebut


‘Qolilamma tasykurun’ (67:23)


Buat akhwat tercinta:







Jazakumullah khair

untuk akhwat2 terlibat di atas kejutan dan planning yang menyentuh jiwa dan perasan semalam

Pendek semalam doanya kerana jiwa sebak menanggung hiba di atas penghargaan menjadi akhwat kalian...

Ku sambungi doa yang x terungkap semalam


‘Ya Allah,

Sesungguhnya Engkau mengetahui

bahawa hati-hati ini telah bersatu berkumpul di perut bumiMU,

Bertemu dalam kecintaanMU

Hati-hati ini telah bersatu,

berpadu untuk mematuhi perintahMu

Hati-hati telah bersatu,

bersatu memikul beban dakwahMu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat,

untuk mendokong syariaatMU di dunia ini ya Allah..

Maka dengan itu,

Engkau eratkanlah ikatan diantara kami..

Suburkanlah hidup kami dengan cahayaMu yang tidak akan pernah sirna

Lapangkanlah dada kami dengan limpahan iman kepadaMU

dan indahnya kepasrahan kepadaMU.

Ya Allah andai hidup lebih bermakna buat kami,

kami mohon menjadi bangsa yang hebat menggantikan.

Bukan menjadi bangsa digantikan..

Andai mati baik untuk kami, kami mohon kesyahidan di jalanMU..

Ya Allah, mereka ini bungaku

Yg menyegarkan pandangan di kala aku keseorangan

Ya Allah, mereka ini permataku

Yg menyinarkan jalan ku lalui seandainya kelam

Ya Allah, mereka ini penawarku

Yang merawat luka di kejahilian dulu..

Ya Allah, mereka yang Engkau titipkan untukku begitu hebat,

kepadaMu jualah hamba berserah diri kerana Engkau lah Yang Maha Hebat

Hamba mohon padaMu ya Rabb,

Bahagiakan kami di dunia dan juga di akhirat kelak

Dalam kelelahan menegakkan agamaMU ya Allah

Ya Allah, jgn engkau biarkan panahan syaitan

Sebagai perosak hubungan dan kecintaan kami kepadaMU

Sesungguhnya kami termasuk dalam orang-orang yang berserah diri..'

Ameen ya RABB



Saturday, December 24, 2011

...Terbang...

terasa nak post something sekarang..

xcited sbb nak share sumthing happen pagi tadi..

ceritanya agak kelakar tetapi perit kpd org yang mengalami..

buat pertama kali selepas dpt lesen, ana terbang bersama sorang lagi akhwat

in other word terbabas di tempat yang 'tak sepatutnya'..

mujur terbabasnya di hadapan akhwat yang baru balik dari riadah..

jazakumullah khyr kepada yang membantu..







ada rona serba salah dalm diri sy membenarkan u.has yang belum ada lesen membawa motor tu..


kalau sy berkeras menghalang mesti perkara ni x berlaku..tapi Allah punya kuasa, Allah berkehendak untuk mengajarkan kami yang mungkin tadi lalai drpd mengingatinya dan seronok dengan dunia...
insyaAllah pengalaman terbang pagi tadi akan menjadi satu ibrah yang akan sy ingat sampai mati...


terbooster daripada 1 mesej dari u. ummu

prinsip bwk kenderaan,

1. ada lesen
2. ada pengalaman yang bagus
3. tidak gopoh dan tidak stunt



insyaAllah, 1 janji sy pada diri, sy x akan membonceng atau menumpang kenderaan sekiranya akhwat itu, tidak mempunyai prinsip di atas...


afwn kathira kalau sy akan menjadi sgt koleris selepas ini sekiranya antunna gagal mempamerkan prinsip di atas...sy harap tiada yang berkecil hati selepas ini


sy x kisah apa yang berlaku kt sy, tapi sy sgt kisah if sumhing happen to my akhwat..sy terasa bertanggungjawab dan sy sedia berkhidmat selagimana antunnna semua masih bergelar akhwat ana..


back to the story,


ibrah yang sy dapat pg tadi, skrg ni baru terasa nikmatnya berkaki..
kesian rumate sy yang mungkin terpaksa drive untuk sy follow up esok..afwan ye rumate, stil x trauma dn x confident!..


alhamdulillah sebab mungkin sementara sy begini..saya mula terbayang kalau Allah merehatkan kaki saya sebulan, satu lebih dari waktu itu, bermakna sy bakal menyusahkan orang lain..follow up sy mungkin terbantut...



terima kasih ya Allah kerana menyedaran saya........




p/s: doakan u.has walaupun no injury detected tapi dia mula terasa lenguh di lengannya.moga kesakitannya sembuh dua tiga hri lagi dan tidak melarat...


~sambung study yang terbantut tadi........


9.30 pm @ PR

Wednesday, December 21, 2011

...bujang....





AKU RINDU AKHWAT2 YANG BERJUANG DI SAF HADAPAN

X INGIN SEKALI AKU MERASA BUJANG DI SAF BELAKANG

KERANA KU TAHU

DIHADAPAN SANA TERSEDIA SYURGAMU

X INGIN LAGI AKU MENOLEH KE BELAKANG

MENCARI KELIBAT KALIAN

KERANA KU INGIN

MENGECAP BAHAGIANYA SYURGA BERSAMA KALIAN

YA ALLAH,

REZEKIKAN KAMI MATI SYAHID YANG MENJADI

BUKTI KELELAHAN KAMI SELAMA INI

TEMUKAN KAMI DI SAF HADAPAN SEBAGAI BUKTI

PERJUANGAN KAMI MEMBELA AGAMAMU

REZEKIKAN KAMI MENATAP WAJAHMU

YANG MENJADI DAMBAAN KAMI SELAMA INI......