Aku hanya hamba

SAYA juga seorang manusia...
Jika apa yang dipostkn bercanggah atau lari daripada kebenaran,
mohon diperbetulkan..
.

Asmaulhusna

Thursday, October 14, 2010

...Tersenyumlah anda...


Pernah x anda senyum pada seseorang, tapi apa yang anda dapat bukanlah senyuman kembali malah satu mimik muka yang masam mencuka...

Kalau anda di situasi ini, bersabarlah, jgn dicerca org itu, jgn pula mengutuk diri org itu di dalam hati..

Rasionallah..bukan semua manusia cirinya happy go lucky..yang akan tersenyum sentiasa x kira masa..

Dan..

Bagaimana pula kalau anda pula mnjdi org itu, yang masam berkerut walaupun orang disekeliling menyedekahkan senyuman untuk anda??



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


My Point

Jadi apa yang ana nk tekankn pd entry ini, tersenyumlah anda walaupun anda memang seorang yang SERIUS..

senyum merupakan salah satu unsur terpenting dalam bahAsa tubuh yang dimiliki setiap org. Dengan senyuman, anda dapat membuatkan orang jatuh cinta pada anda dalam 1 detik. Sesuai digunakan untuk mengenali mad’u baru. Senyum ibarat sebuah jalan yang terbuka lebar menuju hati manusia..ia kunci emas setiap gudang.

Dengannya, seseorg dapat membuka semua jiwa yang sulit ditundukkan. Ia seperti cermin. Ia mampu Memantulkan dan melembutkan hati manusia. Ia adalah SIHIR halal yang bisa menawan hati manusia dan menyihir jiwa mereka.

Wajah yang sentiasa tersenyum membuatkan orang sentiasa merasakan kedekatan hati dengan kita atau erti kata lain, mmbuatkan org lain mudah untuk bergaul dgn kita.

Skrg ana nak Tanya anda 1 soalan, anda lebih suka ibu bapa anda tersenyum pada anda atau masam mencuka apabila berbicara?

Kalau anda kata ya, anda stuju dengan ana.. manusia secara zahirnya, tertarik pada seseorg yg pemurah dgn senyuman dgn penuh keikhlasan berbanding org yg berwajah suram lagi menyeramkan


Kenali Cara senyum

Senyum sederhana- ditandai dgn bibir tertutup

Senyum dusta- ditandai dengan bibir terbuka. Tanpa ada keseimbangan urat saraf pada bahagian wajah lainnya

Senyum putus asa- bibir hanya setengah tersenyum


Senyum je, dapat balasan, InsyaAllah

Rasulullah S.A.W bersabda :

‘senyummu pada saudaramu adalah sedekah’

Daripada sabda rasulullah ini kita dapat lihat, setiap senyum kejujuran akan beroleh pahala sedekah..klu dipikirkan, ramai org mengangap snyuman itu tidak penting walhal dengan senyuman la kita sgt2 mudah mendapat pahala..tidak perlu membuat perkara yang memenatkan..

Cuba bayangkan,

Senyum (A) × Jumlah orang yang ditemui (B) × Hari seumur hidup (C) = ABC


ABC ini adalah pahalah yang anda dapat..Subhanallah..jadi, senyum tidak boleh diremehkan oleh setiap orang yang berakal.

Dalam sebuah Hadis, Rasulullah S.A.W bersabda :

‘ Janganlah kalian meremehkan suatu perbuatan baik yang kecil, meskipun hanya sekadar bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri ‘ (HR Muslim)

Tapi berhati2 lah ketika senyum..JANGAN lah terlalu pemurah menghadiahkan senyuman pada lelaki atau perempuan berlaina jantina dengan anda sehingga dia jatuh cinta pada anda..ana harap anda paham had limitnya..

Dan JANGAN juga memberi senyuman yang tidak tulus, tidak ikhlas dan penuh dengan kejanggalan yang terpendam di dalam hati.


Kenapa kena senyum?

Ketahuilah, shbtku, memberi senyuman merupakan 1 contoh sikap yang ada pada Rasulullah..Rasulullah merupakan sosok tubuh yang banyak tersenyum pada stiap org..

Abdullah ibnu Harits Ibnu Hazm berkata ‘ Saya tidak melihat seoarng pun yang paling banyak tersenyum daripada rasulullah S.A.W

Dari Jarir bin Abdullah ia berkata ‘tidaklah Rasulullah tertutup dari pandanganku semenjak aku masuk Islam, tidak pula aku melihat beliau kecuali aku melihat beliau tersenyum (HR Tirmidzi disahihkan oleh Al-Bani)

Jika anda ingin dicintai manusia, x perlu beri hadiah tapi berikan dan hadapilah wajahmu dengan senyuman.

Rasulullah S.A.W bersabda:

Sungguh, kalian tidak perlu menarik hati maanusia dengan harta kalian. Namun hendaklah kalian membuat wajah kalian tersenyum dan berakhlak baik.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Penutup

Melalui kajian para ilmuan, ketika seseorang itu senyum, maka ada 13 urat saraf yang ikut bergerak. Tetapi apabila seseorang itu muram, 47 urat saraf ikut tegang. Jadi kenapa kita nak membuat urat2 saraf kita tengang dengan berwajah muram?

Ketahuilah sahabat, jika senyum bisa menciptakan keuntungan, maka berwajah muram menciptakan kerugian. Anda senyum anda meraih pahala, anda muram, anda meletakkan gap antara diri anda dan orang lain. Jadi, jika org jauhkan diri pd anda, usah tunding jari pada orang lain sedangkan ia salah anda sebenarnya.


Monday, October 11, 2010

...sanah helwa utk shbtku, AIDA...

post ni, ana tujukan kpd shbt yg telah lama berpisah sejak matrik..

selamat hari lahir ukhtiku...NorAida Jafri ( betul atau x ntah la... )

ana dh alarmkn birtday anti tp ana lpe nk alertkan..sori ye!!!

lgpun ana plak ada dlm hutan utk bermukayyam...jd bru hari ni dpt post sumthing..

huhu trgt time kite sme2 tdo n mabit kt surau...mkn sesame...studi sesame...duk dlm kuliah kdang2 sesame...semuanya masih rsmpn lg dlm pndrive kt otak...hehe


ana harap kt anti,

-moga terus gencar berdakwah walaupun berkeseorangan...

-mga terus istiqamah berada di atas jalanNya...

-moga terus berbuat untk ALLAH

Saturday, October 02, 2010

...Kau Pergi Juga Akhirnya...


19/9/10
kau dimasukkan ke dalam i.c.u kerana sesak nafas dan terus koma

20/9/10
hari ini baruku trma panggilan mengatakan kau sedang terlantar di atas katil dengan bantuan mesin. pelbagai assumption bermain di mindaku..harapanku cuma 1 iaitu kau kembali normal agar aidiladha bisa lagi disambut bersama..aku x dpt pulang menjenguk..exam masih berbaki dlm mggu ini

23/9/10
hari ni sepatutnya kau perlu dioperate utk mmbuang nanah di ginjal..kuman2 telah merebak ke seluruh organ penting, jantung dan paru2..doktor pakar tiada, kes engkau ditangguhkan

29/9/10
kau dh dioperate.. mak ckp kau dh kenal dia, dgr apa yg dia ckp..kau angguk tnda memahami apa yg dia ckp..dan yang paling bahagia kau boleh bercakap dan ada desas desus mengatakan kau akan dipindahkan ke wad biasa..mesin dah x gnakan lgi..alhamdulillah ada tanda2 positif..
yes, aku bleh jmpe kau lg, hatiku berdetik..harapanku menyinar kembali..berbunga hati ini hanya Allah saja yg tahu!!

30/9/10
aku terima msg lg mngatakan jantung kau dh x berfungsi..tersekat nafasku tatkala mmbaca msg itu..alunan kalam Allah sbg ubat utkmu masa kini..msin pernafasan kembali tersarung..

2/10/10
11:15 pg..
mak ckp kau tggal 50-50..sma ada hidup atupun mati..hrapanku tlah mnjunam hingga ke titik zero

9:38 mlm..
1 panggilan dr kakak diterima..aku x nk angkat..spt tahu apa yang akan diungkapkn..nadanya serak..lidahku kelu utk brkta lg..involuntary, air mataku memenuhi kelopak walaupun aku cba bertahan..


hrapanku punah utk beraya dgnmu lagi..janji kami sekeluarga utk mymbut aidiladha dirumahmu hanya tggal jnji yg x tertunai..lambaian tgnmu pada sywal ke-4 kpdku masih basah di minda..andaiku tahu, itu lmabaian terakhir, akanku peluk ciummu dan x kn ku biar kau pulang ke rumahmu..

masih terasa berslah pdmu kerana membiarkn kau mnuggu kmi sekeluarga pulang beraya pd syawal kedua sehingga kau tertidur di atas sofa..

masih terngiang lagi hilai tawamu ketika kita berkunjung ke rumah sanak saudara bersama2..raya syawal ni, kau dh mula bergaya sdikit..baju kurung berwarna hitam tersarung di badanmu beserta tudung trend zaman skrg..klu sblm ni, hari raya pun, kain batik, bju kedah dan anak tudung, menjadi baju rayamu..

igt lg gurauanku dgnmu pada syawal 'wah tok dh cntik menawan skrg..dh pndai bergaya!! mak tgk tok mak, cntik lagi drpd mak..' ucpku kepada ibuku..kau tersenyum gembira..


**************

hari ini, 2/10/10 bersamaan 23 syawal 1431, nenek ana, Sariah binti Din telah kembali ke rahmatullah pd pkul 9.22 mlm disebabkan penyakit 'urosepsis, pneumonia with septic shock' mohon sedekahkan al-fatihah...terima ksih kpd shbt2 yg mendoakan..jenazah akan dikebumikan pd awal pg esok insyaALLAH walaupun ana x smpt nk menatap wajahnya utk kali terakhir

"Ya Allah, aku reda dengan pemergiannya kerana dia milikmu dan aku jua milikmu..aku juga pasti akn menyusulnya nanti kerana engkau tlh berfirman dlm kalamMU bhwa 'setiap yg hidup pasti mersakan mati'

ya Allah andai mati itu lebih baik utk kmi, matikanlah kami di saat engkau reda dgn kami tp jika hidup itu lebih bermakna utk kami, pnjangknlah umur kami.."


p/s: mohon didoakan dpd shbat agar ana slmt smpai pulang ke kg esok..

...............

nmpknya teratak ni dh lma tidak dijengah

berbeza dgn sem sebelumnya, blogger akan sntasa memastikn hmpir setiap mggu new post dpostkn utk perkongsian..

hmmm...sem ni?? bru 5 post sempat dikongsi...mcm mana nk kutip pahala lebih dgn dakwah bil pena ni!!!

nk post tp

x de idea..
x de tenet...
x de masa...
x de kekuatan...

wahai sahabat2, follower2, doaknlh tuan pye blog ni aktif kembali utk berkongsi sesuatu yg bermanfaat dgn org lain...

Sunday, September 05, 2010

...Sekilas memoir ghazwah pada bulan Ramadhan...


InsyaAllah pada entry kali ini saya nk kongsi rincian nama ghazwah/ perang yang terjadi pada zaman Rasulullah S.A.W pada bulan Ramadhan . setakat maklumat yg saya dapat, hanya 2 perang yg berlaku pd bulan barakah ini. (klu ada maklumat tambahan boleh tggalkan di bahagian komen)


1. Ghazwah Badar Kubro berlaku pada Ramadhan 2H, Mac 624M di Lembah Badar

2. Ghazwah Fathul Mekkah berlaku pada Ramadhan 8H, Jan 630M dan tempatnya adalah sekitar Kota Mekkah

********

insyaAllah saya nak kongsi skit psal perang Badar..antara kejayaan penting yg diperolehi oleh tentera islam adalah:

berjaya membunuh beberapa TOKOH PEMIMPIN arab yg musyrik iaitu:

-Abu Jahal (abu hakam)

Pada awalnya ditentang oleh 2 org anak muda bersemangat waja yg baru baru berusia belasan tahun iaitu Muawiz bin Afra’ dan Muaz bin Amru bin Jamuh. Abu jahal jatuh terkulai kerana digasak oleh 2 pahlawan islam ini. belum sempat mereka membunuh abu jahal, muaz bin amr gugur syahid kerana digasak oleh tentera kuffar dan muawiz tercedera. Akhirnya hayat abu jahal ditamatkan oleh Ibnu Mas’ud


-Umaiyah bin khalaf

Berjaya dibunuh oleh bekas hambanya sendiri iaitu Bilal bin Rabah


-Utbah bin Rabiah

Bapa hindun iaitu isteri kepada Abu sufyan..dibunuh oleh Saidina Ali dan Saidina Hamzah tetapi pada awalnya, Utbah ditentang oleh Ubaidah bin al-Harith tetapi ketika menggasak Utbah, Ubaidah cedera dan kakinya terputus..lantas S.Ali dan S.hamzah menamatkan riwayat Utbah bin Rabiah. Ubaidah meninggal dunia di al-Safra, empat atau lima hari selepas peperangan Badar, iaitu semasa kaum muslimin berjalan pulang ke Madinah


********

KEKUATAN CINTA PUTRI RASULULLAH DIUJI

Dalam perang ini juga, terselitnya satu kisah cinta diantara putri Rasulullah, Zainab dan suaminya, Abu al-as..Zainab berdiri ditengah kekalutan samaada harus memilih iman dan cinta kepada Allah atau mengikut suaminya yang ketika itu masih kufur..zainab menerima sinar islam tanpa disertai oleh suami tercinta. Mereka terpisah kerana hukum Allah telah meneNtukan...ketika dalam perjalanan untuk berhijrah, zainab mengalami telah keguguran


Ditakdirkan Allah, suaminya ditawan oleh tentera Islam dalam perang Badar.


Mendengar berita penawanan suaminya oleh tentera Islam, Zainab telah mengirim wang untuk menebus Abu al-As, suaminya yg tercinta.


Zainab menghantar kalung yang diberi oleh ibundanya, Saidatina Khadijah semasa perkahwinannya dengan Abu al-As sebagai wang tebusan.


Bilamana wang tebusan smpai kepada Rasulullah, hati Baginda sayu dan tersentuh kerana kalung itu adalah kalung Saidatina Khadijah, lantas Baginda meminta izin para sahabatnya untuk membebaskan Abu al-Aas, mereka semua pun mengizinkannya. Dan Rasulullah mengenakan syarat kepada Abu al-Aas iaitu supaya membebaskan Zainab.


Selepas Abu al-As dibebaskan, dia juga turut berhijrah dan memeluk Islam..



Sumber : Raheeq al-Maktum Syeikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri


p/s: maaf klu ada sedikit kekurangan. kelopak mata dah x thn menanggung mengantuk

Monday, August 16, 2010

...penyakit down...



bismillahhirrahmanirrahim,
pada entry kali ini bukanlah hasrat hati ingin mengetengahkan penyakit yg dihidapi oleh golongan istimewa iaitu sindrom down tetapi ingin mengupas serba sikit, manajemen penyakit down a.k.a kondisi iman yang semakin jatuh menjunam..


iman kita bukanlah selalunya dalam range yg sekata..adakalanya naik dan adakalanya turun..boleh juga disamakan seperti spring, apabila tiada beban yg menindih, spring akan menegang tetapi apabila terdapat beban yang menindih dari atas, spring tidak mampu untuk bertahan dan akhirnya mengendur sbanyakmana bebanan itu..


begitu juga iman, bilamana tiada unsur atau anasir yg boleh merosakkan iman, iman akan menlonjak pada tahap yang mungkin berada di puncak tetapi apabila terdapat persekitaran yang menekan, iman akan jatuh, dan iman yang terlampau lama berehat, pada akhirnya bisa mengotorkan part yang bernama 'hati'. maka dengan itu terkesanlah penyakit baru yang dinamakan penyakit 'hati'. apabila seseorang menghidap penyakit ini, tiada gunalah lagi segala nasihat dan tazkirah ataupun ceramah yang berjela-jela..


tanda-tanda penyakit 'hati':-


-semakin hilang perasaan berukhwah
-malas untuk membaca al-quran
-hati rsa kosong
-cenderung untuk melakukan perkara yang sia-sia
-malas nak lakukan kebaikan
-solat menjadi tungging-langgang
-berusaha melarikan diri daripada perkara-perkara yang bermanfaat seperti baca buku islami, mendengar ceramah, membaca terjemahan ayat dan sbgnya
-hilang sensitiviti terhadap nasib org lain cthnya, saudara kita di palestin
-sukakan hiburan yang sia-sia


klu tanda-tanda diatas ada pada anda, AWAS!! jgn terlalu lama biarkan keadaan itu agar hati anda tidak sakit dan akhirnya mati...


suka untuk saya kongsi beberapa tip manajemen iman yang hampir futur a.k.a lemah sebelum merebak menjadi penyakit hati:


1. elakkan daripada membaca novel cintan cintun kerana akan membuatkan anda lebih berimaginasi untuk memiliki keindahan dan impian dongeng seperti yang dialami watak dalam novel itu

2. elakkan daripada menonton filem karut-marut yang at the end pengajaran dari cerita yang ditonton x de langsung related dengan ketuhanan cthnya cerita korea, dan sebagainya..x pernah sy tgk ade rakan-rakan yg menangis teresak-esak dan terus bertaubat slps menonton filem korea, hindustan atau sebagainya..yg sy lihat, feedback drpd menonton cerita tersebut hanya termimpi2 wajah tampan dan cantik molek pelakon2

3. bacalah al-quran, tempat dimana mencari balik hati yang hilang

4. ingatlah mati..sebenarnya kita ni sgt perasan, yg menganggap diri kita akan hidup lagi pd esoknya termasuklah sy sendiri..sesaat selepas ni, belum tentu kita masih hidup...

5. pergilah mencari kembali tempat yang mengingatkan kita dengan memori merasakan kemanisan iman..

6. dirikanlah solat malam beserta hati yang penuh kesedaran dan keikhlasan..jgn dirikan solat malam dengan hati yg lalai ataupun mengharap balasan sempena bulan ramadhan..bilamana kita bercakap psal keikhlasan, kita tidak perlu mengharap ape2 balasan. apa yg kita dapat selepas itu biarlah ALLAH yg tentukan

7. hilangkanlah ego dan kedegilan hatimu dan belajarlah menerima nasihat org lain

8. elakkan daripada mendengar lagu-lagu yg lagha..


konsequensi tidak menjaga hati..

pernahkah anda terfikir, mengapa

-seorang ustaz ditangkap khalwat? ( rujuk balik akhbar2 bulan lepas)
-seorang ug bertudung labuh akhirnya memakai tudung biasa dan akhirnya memilih untuk free hair?
-seseorang itu terlibat dengan zina?
-seorang itu sanggup membuang anak luar nikah?
-seorang yg biasa menjaga akhlaknya, pd akhirnya terjebak dengan couple?
-dan banyak lagi...

bagi sy apa yg dapat sy simpulkan, perkara2 ini berlaku disebabkan oleh kurangnya rasa takut dengan Allah S.W.T kerana hati mereka terlalu lama berehat dan akhirnya mati..saya yakin bilamana hati seseorng itu mempunyai iman, mana mungkin dia cenderung melakukan perkara yang bisa merosakkan hidupnya...

jadi untuk anda yang berada diluar, manage lah hati anda..jgn biarkan ia terus down, down dan akhirnya mati..hari ini mungkin kita hanya membaca kisah org lain didalam akhbar tetapi jgn pula kisah diri anda dibaca orang lain didlam akhbar di atas perkara mungkar yg anda lakukan...

' ya Allah, tetapkanlah hati kami di atas dinMU'

akhir kalam, perhatikanlah, botol yg kosong... jgn fikir tiada molekul di dalam nya..gas2 telah memenuhi segenap ruang botol itu..begitu juga hati anda..hati yang kosong amat mudah sekali anasir-anasir jahat memenuhi ruang hati anda..

wallahualam



berharap sgt punya masa yg panjang untuk berkongsi tentang peristiwa dan kejadian dlm perang yg berlaku dlm bulan ramadhan pd era perjuangan Rasulullah dan sahabat2..moga diberi kesempatan lagi untuk menulis..

Sunday, August 01, 2010

...Perubahan Bermusim...


Semua org akan tertanya apa maksud yg ign sy smpaikn dlm entry kali ini..dalam tpik yg akan sy kupaskan adalah tntang sikap segelintir manusia yg berubah mengikut musim atau skop yg lebih kecil adalah perubahan sikap para studen yg adakalanya mengikut musim..mgkin pd entry kali sy akan memfokuskn hya kepada student krna salah satu sbbnya, sy seorg student..mybe pas keje, sy post perubahan bermusim golongan berkejaya plak..insyaAllah.


Time perubahan mendadak


Klu nk ikutkan pengalaman belajar dn pemerhatian dr kaca mta sy sbg seorg pelajar sehinga usia sy skrg yg bkal mencecah 20 thun, boleh dirumuskan bahawa time puncak bila nmpk student2 akan berubah menjadi baik adalah apabila:


--time nk dkat exam--

time tu, surau sekolah atau surau kolej akan dikunjungi oleh org yg jarang kita lihat...ada stgh yg jrg bgun awal pagi, akn memaksa diri utk bangun berqiamullail memohon doa agar dipermudahkan untk menjawab soalan2 exam


--time bila nk pose--

Time tu, kurg la skit studen2 sekolah, u, kolej2 yg merayap2 kt shopping complex..salah 1 sebab, penat berpuasa..krg jugala mengumpat sbb diorg tahu mengumpat tu bleh kurangkan pahala pose..(klu bkn bulan pose pun, ttp jge berdosa..~renungan utk si pengumpat diluar bulan ramadhan~)

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.(49:12)



--time ditinggalkan cewek atau cowok--


Time ni rmai yg nangis sebab ditinggalkan kekasih ‘terchenta’..ada stgh yg baru kenal sejadah, Alhamdulillah, sbb Allah dh buka hati dia utk bertaubat..bg yg frust menongging dan semakin jauh dari Allah, anda perlu beringat, tiada cinta yg lebih kekal selain cinta Allah..melalui pengalaman kwn2 sy yg break dgn cowok diorg, mereka mmpunyai high tendency to find the new ‘kumbang’ dgn reason, jiwa mereka kosong, mereka perlukn partner utk kongsi masalah..ye, manusia diciptakan berpasang-pasangan,

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. (30:21)


Tpi sbbtku sekalian, kita still lg berstatus student skrg..lainla klu kita mmg berniat nk berkahwin wktu belajar, silakan cri teman sehidup anda dgn cara yg betul..tpi klu sje2 nk cri partner utk suka-suka, lebih baik hentikan atau ‘break’ drpd berlarutan melalakukan dosa dan maksiat..


--time bila ada problem--

Time ni lebih kurang yg di atas..rmai yg akan nangis teresak-esak dihadapan Allah..bila masalah dh settle, hilang kebergantungan mereka terhadap Allah..


Salah ke time tu kita nk bykkkan amal ibadat?


Klu nk ckp salah atau betul, itu bukan soalnya..harus diingatkan shbt sekalian, mmg Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang,


.....Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(2:173)



Allah mendengar luahan para hambanya,


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.(2:186)



tapi adakah kita hanya nk dkat dgn Allah, time kita exam? time bln pose? time kita ada masalah?..bila diluar musim tu, kita lalai dr mengingat Allah, kita lupa pahala dosa, ikhtilat (pergaulan) kita entah ke mana.


Ada satu dialog yg sy x bleh lupa yg pernah diucapkan oleh seorg kawan dihdpan sy:


‘wei, aku x bleh jwb la soalan td..aku sedih..mgkin aku x bleh jwb td sebab dosa-dosa aku kot..tpi apa aku dh buat ei? Mgkin selama ni aku banyak kutuk2 org kot..aku rsa aku nk bertaubat la pas ni. Apa yg kita nk buat bila bertaubat ei?’
kata si A smbil menyoal sy


Belum pun sy jwb, sorang lagi kwn sy, si B menyarankan kepadanya agar banyakkn berdoa, berzikir dn sebagainya..sy mulanya sgt gembira jgak dia nk berubah..tpi perubahan dia hanyalah setakat mggu exam..pas tu, titik, noktah..pas tu nothing..


Sahabatku sekalian, Allah bukan kwn kita, yg boleh dipermain-mainkan..DIA lah tuhan yg maha agung, yg menciptakan kita..klu parent kita, kita x bleh nk permainkan mereka, apatah lagi ALLAH S.W.T..jgn sebab kita ada masalah, bru kita nk kembali padaNYA, bila kita senang, kita lupa padaNYA..ambillah pengajaran drpd ayat ini,

Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami dia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.

Sungguh orang-orang yang sebelum mereka (juga) telah mengatakan itu pula, maka tiadalah berguna bagi mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.

Maka mereka ditimpa bencana akibat buruk dari apa yang mereka usahakan. Dan orang-orang yang zalim di antara mereka akan ditimpa (bencana) akibat buruk dari usahanya dan mereka tidak dapat melepaskan diri. (39-51)


Shbt sekalian, jgn sekali kita tergolong seperti ayat di atas, iaitu bila ada masalah, kita akan minta pertolongan dariNYA, tp bila diberi nikmat, jauh sekali utk bersyukur, malah mengganggap segala nikmat datangnya daripada diri sendiri..

Apa yg sy kongsikan ini bkn nk mengaibkan sesiapa, tetapi sbg pengajaran yg kita x seharusnya sebegitu, yg berubah mengikut musim..


Bila masa kita perlu ingat Allah?


Tiada had yg membataskan kita utk mengingat Allah..seboleh-bolehnya, biarlah setiap saat atau kadar yg lbih kecil dr itu, setiap nafas disedut, setiap aliran darah ke tubuh, kita ingat Allah..x rugi sikit pun klu kita igt Allah..

Hai orang-orang yang beriman, ingatlah pada Allah, dengan mengingat namaNya yang sebanyak-banyaknya.(33:41)


(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram. (13:28)

Maka ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku. (2:152)


Klu kta lihat ayat di atas, betapa besarnya kelebihan bila kita igt Allah, Allah akan igt kita kembali..
cuba shbt bayangkn betapa ramai org atas muka bumi ini termasuklah shbt2 sekalian..

x rse lapang ke dada, bila dengar terjemahan ayat ni, Allah akan igt akan kta klu kita ingtNYA??


Penutup


Semua manusia lahir ke dunia berfitrahkan ketuhanan..sejahat mana dia, dia tahu at the end dia akan pulang kepada pemilikNYA..

Klu hari ini kita rsa, kita nk berubah, bersegeralah berubah..jgn dinantikan hari esok, bulan dpan, tahun depan, 10 thun akan dtg atau sterusnya kerana sesat slps ni, belum tentu ajal kita masih ada.




Apa yg sy huraikan bkanlah sekadar rekaan but, itulah realiti yg berlaku dihdpn sy, dialami oleh shbt2 sy sndiri..sy juga kadang2 terleka dn lalai mengingati Allah dgn nikmat dunia, suka untuk sy mengajak diri saya dan juga shbt diluar sana agar kita sentiasa mengekalkan perubahan yg baik sehingga nyawa kita diambil kembali..biar sedikit demi sedikit perubahan kita kearah kebaikan, asalkan kita sentiasa istiqamah..jgn terlalu mndesak diri secara mendadak dan pada akhirnya jln jahiliyyah yg dipilih kembali..



...'Ya ALLAH, aku jtuh cinta'



Ya Allah,
yg membolak-balikan hati kami
selama ini aku tidak pernah tahu
bagaimana rasanya mencinta
namun, aku berharap
bila cinta hadir menyapa ku
aku tidak akan kehilangan engkau

Ya Allah, selama ini aku hanya berharap

semoga bisa mencintai
org yg memiliki cinta yg luar biasa
kepadaMU


Ya Allah, selama ini aku juga berharap

semoga bisa dicintai

oleh org yg bisa mengarahkanku
menuju
keredaanMU


pintaku Ya Allah

izinkan aku memiliki rasa ini
hingga ia menjadi indah di dada kami
tanpa mengurangi rasa cinta kami
kepadaMU




disunting dr buku 'Ya Allah aku jatuh cinta'